Monday, April 27, 2009

Amalan Terbalik




KEGUGURAN


“Ring..ring..”muzik dari nada dering handsetku berbunyi.


“Assalammualaikum “ aku memulakan bicara.


“Wa'laikumussalam” balas Abdullah bukan nama sebenar.


Abdullah baru sahaja berhenti kerja dari tempat aku bekerja kerana mendapat tawaran bekerja ditempat lain yang lebih menarik bagi beliau.


“kau apa khabar?”Tanya aku cuba meneka hajat Abdullah menelefon.


“aku ok je”balas Abdullah sambil diam seketika dan kembali menyambung kata-kata.


“isteri aku gugur(keguguran kandungan)” luah Abdullah.


“Innalillahi…..” balas aku terkejut.


Sebenarnya sebelum ini aku pernah berdiskusi dengan Abdullah berkenaan isu fiqh,ternyata pendapat fiqh yang beliau pegang berbeza sekali denganku.Sehinggakan beliau menuduh tokoh yang aku ambil pendapat sebagai pembawa fahaman kaum Muda.

Alhamdulillah perbezaan fiqh yang amat ketara tidak sekali menjejaskan hubungan persaudaraan diantara kami.Jesteru aku amat tidak bersetuju jika ada yang mengatakan perbincangan isu khilaf membawa kepada perpecahan.Kembali kepada kisah aku dan Abdullah,kebetullan hari tersebut aku cuti.


“Ko dekat mana sekarang ni?” aku mula terfikir untuk menzirahi beliau kerana aku terbayangkan hadis Rasulullah SAW:





اصنعوا لآل جعفر طعاما فإنه قد أتاهم أمر شغلهم
“Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far. Sesungguhnya mereka tengah ditimpa musibah yang menyibukkan mereka” (HR. Abu Dawud nombor 3132, At-Tirmidzi nombor 998, Ibnu Majah nombor 1610, dan lain-lain; shahih lighairihi).


Daripada hadis ini apa yang aku faham Abdullah juga dilanda musibah,wajar sekali untuk aku membantu beliau dengan cara yang termampu.Jika zahir hadis di seru untuk meyediakan makanan,jadi aku bantu dengan berusaha menderma dan juga menziarah serta memberi kata-kata semangat.Tidak lupa juga aku dan rakan sekerja yang lain mengutip derma untuk Abdullah.


Cuba bayangkan Abdullah yang dilanda musibah dan ditambah kesedihan yang menimpa beliau sekeluarga,tiba-tiba aku pergi menemuinya dan menyuruh beliau belanja aku KFC.


Mungkin akan ada yang berkata aku ini kejam tidak berhati perut,mana tidaknya sudahla beliau masih sedih dengan musibah yang menimpa,ada kawan seperti aku bukan nak membantu tapi menambahkan lagi beban dibahu beliau.



SUNNAH MASYARAKAT VS SUNNAH NABI SAW





Jangan terkejut jika dikatakan sebenarnya ini yang banyak dan kerap berlaku di dalam masyarakat kita.Jika ada sahaja kematian pasti sesetengah pihak akan menuntut dengan kenduri arwah.


“enta tak sayang jenazah ka?kenapa tak buat kenduri tahlil?”


“ini malam ke berapa arwah dah pergi? Takkan takde buat apa-apa(makan free)?”


Begitulah amalan yang menjadi Sunnah Masyarakat yang mana jika diperhatikan amat bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW dan juga amat bertentangan dengan fitrah manusia.


Hadis diatas jika dirujuk kepada kitab bahrul mazi karya syeikh idris al marbawi(ulama Nusantara) menceritakan kisah Jaafar yang terbunuh di medan peperangan.


Jadi daripada hadis ini apa yang berlaku dizaman Nabi SAW adalah Baginda SAW menyeru:


اصنعوا لآل جعفر طعاما فإنه قد أتاهم أمر شغلهم
“Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far. Sesungguhnya mereka tengah ditimpa musibah yang menyibukkan mereka” (HR. Abu Dawud nombor 3132, At-Tirmidzi nombor 998, Ibnu Majah nombor 1610, dan lain-lain; shahih lighairihi).


Bayangkan,saudara/saudari menghadiri kenduri arwah yang berlaku dalam masyarakat kita dan tanpa disengajakan duit yang digunakan untuk kenduri arwah adalah wang simpanan si mati kepada anak-anak beliau yang sudah menjadi anak-anak yatim,ketika itu apa yang masuk ke dalam perut saudara/saudari adalah harta anak yatim!


Renungkan Firman Allah yang bermaksud:


Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
(An-Nisaa' : 10)



Didalam isu kenduri arwah ini tidak dinafikan terdapat dua kelompok agamawan yang berbeza pendapat.Gologan pertama adalah golongan yang berpegang kepada Sunnah masyarakat,adapun golongan yang lagi satu memilih untuk berpegang kepada Sunnah Nabi SAW.


Saya tidak mampu untuk memaksa pembaca untuk memilih pendapat yang saya persetujui,tetapi saya pohon agar setiap pembaca mempunyai prinsip di dalam isu ini,apa pun pendapat yang dikemukakan hendaklah di bawakan dalil,bukti,hujah atau sandaran nasnya,jika ayat suci Al-Quran,apakah tafsir yang dirujuknya?jika ia hadis Nabi SAW,apakah status Hadis tersebut?apakah Syarah Ulama Hadis terhadap Hadis tersebut?

Bagi yang mahu mempertahankan Sunnah Masyarakat,silakan,akan tetapi renungkanlah Hadis Baginda SAW dan ayat suci Al-Quran ini.


Firman Allah SWT yang bermaksud:


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(A-li 'Imraan:31)


Hadis Shahih Baginda SAW yang bermaksud:


“Barang siapa yang mengada-ngadakan perkara baru dalam agama kami ini apa-apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak.”


(Hadis Riwayat Bukhari&Muslim)

Juga artikel yang berkaitan dengan perbincangan kali ini:

kenduri arwah dari kaca mata sunnah

dan

amalan jahiliah disangka ajaran agama






Bagi yang ingin memanjangkan diskusi sila daftar ke forum :

siber fiqh

atau

forum fiqh





Ibn Yaacob
Ampang,Selangor.
28 April 2009 / 3 Jamadil Awwal 1430

http://www.ibnyaacob.blogspot.com/



9 comments:

Anonymous said...

bila golongan yg menggelarkan diri mereka assunnah, salafi dll.. mengamalkan padangan mereka dan menegur,mengkritik yg 'so called' sunnah masyarakat tidak mengapa, tapi bila golongan ini ditegur, kita dikatakan tak ilmiah, tak berlapang dada.. sebenarnya kamu yg tidak mengikut ijmak, mengikut kehendak hawa nafsu sendiri, ulama2 dari saudi di golongkan yg terbaik, menaikkan ulama ketaraf syaikhul islam.. sebab itu bila dilihat dari tulisan2 golongan kamu semua, kamu akan sentiasa berasa kamu betul, pendapat lain lemah, tidak sahih, kurang ilmiah dsbnya.. sedangkan para sahabat pun berbeza pendapat tidak bertelingkah, RasuluLlah SAW tidah menghukum mereka... mengapa tidak berlapang dada menerima ketetapan ijmak ulama bermahzab Syafie dan Syaifiiyah dan paling penting mengapa berkeras hendak menegakkan dakwah kamu dan tidak beradab di negara nusantara khususnya di Malaysia?kamu sudah tahu di Malaysia bermahzab tetapi masih berdegil utk tegakkan Sunnah dan Quran versi kamu. kamu tidak mengamalkan mahzab, kamu mempersoalkan ulama lain dgn tuduhan2 yg bermahzab Syafii tidak mengamalkan sepenuhnya dan bermacam2 tuduhan seolah2 golongan kamu lebih tahu. pelik, tidak mengamalkan, tidak mahir dan arif dlm mahzab2 syafii dan syafiiyah kemudian menempelak.tahukah kamu bahawa terjemahan2 kitab yg dilakukan oleh ulama2 saudi atau pro salafi tidak jujur, menterjemahkan sebahagian dan menghilangkan sebahagian hanya kerana tidak sealiran dgn pendapat kamu.Niat buruk sebenarnya dalam kelompok kamu jika tidak masakan Penerbit yang Salafi/ASsunnah/Wahabi/Kaum Muda menamakan syarikat penerbitan mereka Pustaka Imam Syafiie, Pustaka AsSyairah dan bermacam2 lagi.. hanya semata2 utk mengelirukan mereka yg bermahzab Syafiie, yg mengikut AsSyaiirah.selagi mana kamu berpegang kepada pendapat ust2 Sunnah kamu dan menafikan ust yg tak sunnah, selagi itulah mata dan mata hati kamu tertutup utk mengetahui kebenaran.ingatan akan hadith RasuluLlah SAW diakhir zaman, ada golongan org muda yg tidak mahir dalam bab agama tetapi merasakan mereka betul... carilah Hadith ini dan cuba baca pendapat2 selain dari ust sunnah kamu..juga penerbitan bukan pro salafi sebaliknya dari ahli sunnah wal jama'ah,baca ketetapan ijmak ulamak mereka selain dari saud dan seangkatan.tak perlu suruh saya, kerna saya sudah berada di dalam kelompok kamu dahulu dan mudah percaya dan menuduh org lain bidaah, kufur, fasik, sesat dsbnya hasil didikan Salafiah versi kamu. baru menghafal beberapa hadith, baru membaca terjemahan, mudah menghukum.. WALLahu'alam.. semoga kita tidak mudah melatah, beradab dan pelajari dari ulama2 Ahli Sunnah Wal Jama'ah silam dan bersangka baik dgn amalan2 org nusantara dan tidak menuduh mereka dengan panggilan2 sebaliknya mengkaji adat resam bangsa nusantara dan bagaimana ulama dahulu berdakwah agar mereka bisa menjadi org Islam.. sentiasa kita nasihat menasihati dgn beradab dan bukan bersangka buruk dan menghukum.wassalamu'alaykum

ibnyaacob said...

salam wahai saudara/i ku.Terima kasih kerana sudi menjadi tetamu di blog ana yang tak seberapa.juga ana amat berterima kasih di atas kesudian memberi maklumbalas terhadap artikel amalan terbalik ini.


ana tidak pasti sama ada saudara/i telah membaca artikel ini sepenuhnya atau sekadar separuh jalan,ana tidak tahu maka tidak wajar sama sekali untuk ana melemparkan tuduhan terhadap saudara/i TANPA FAKTA atau BUKTI yg JELAS bimbang kelak didakwa di Mahkamah Akhirat.

diantara artikel ini ada ayat yang ana tulis


"Saya tidak mampu untuk memaksa pembaca untuk memilih pendapat yang saya persetujui,tetapi saya pohon agar setiap pembaca mempunyai prinsip di dalam isu ini,apa pun pendapat yang dikemukakan hendaklah di bawakan dalil,bukti,hujah atau sandaran nasnya,jika ayat suci Al-Quran,apakah tafsir yang dirujuknya?jika ia hadis Nabi SAW,apakah status Hadis tersebut?apakah Syarah Ulama Hadis terhadap Hadis tersebut?

Bagi yang mahu mempertahankan Sunnah Masyarakat,silakan,akan tetapi renungkanlah Hadis Baginda SAW dan ayat suci Al-Quran ini."


ana tidak memaksa,cuma memberi pandangan,kalau mahu diteruskan amalan tersebut silakan,tapi renungkan dahulu nasihat yang diberikan

"Firman Allah SWT yang bermaksud:


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(A-li 'Imraan:31)


Hadis Shahih Baginda SAW yang bermaksud:


“Barang siapa yang mengada-ngadakan perkara baru dalam agama kami ini apa-apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak.”


(Hadis Riwayat Bukhari&Muslim)"

penegasan,ana tidak memaksa!



akhi berkata menerima ijmak ulama syafie?

sedangkan pendapat bida'ah dholalah kenduri arwah ini datangnya dari Imam Nawawi
dari syeikh daud fathani

dari syeikh idris al marbawi


ingin saya petik kata-kata seorang ulama tanah air:

saya ingin bertanya, apakah jika seseorang tidak mahu kenduri arwah maka dia menjadi wahabi? Kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i tulisan tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji. Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut:

“Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya.

Apakah semua penulis itu wahabi?!!.Jika kita tengok kitab-kitab melayu jawi kita dapati perkara yang sama. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga Allah merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya.”

Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: “Maka bid’ah yang tidak elok.” Apakah mereka semua juga wahabi?!!.


saya dan tokoh ini bukan membawa hujah EMO seperti saudara/i.jika tidak percaya sila rujuk:

1. Bahrul Mazi ( Juzuk 7, m/s 130)

Telah berkata Sohibul Syamil dan lainnya adapun bermasak ahli mayat akan makanan dan dihimpunnya orang-orang memakannya maka kerja itu tiada dinaqal daripadanya sesuatu. Maka ialah bid’ah yang tiada elok , ini kalam sohibul Syamil. Dan mengambil dalil ia dengan hadis Jarir Bin Abdullah r.a katanya “ Adalah kami bilang dan kami kirakan berhimpun orang-orang kepada ahli mayat dan berhimpun memperbuat makanan kemudian daripada tanamnya mayat ialah daripada bilangan ratapan-ratapan” meriwayatkan dia oleh Ahmad Bin Hambal dan Ibn. Majah dengan Isnad yang Sohih.

2. Bughyatul Tullab : As Syeikh Daud Bin Abdullah Bin Idris al-Patani ( m/s 33 – 34)

(Dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian memperbuat makanan menyerukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebanyakkan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bidah bagi segala orang yang diserukan dia memperkatakan seruannya.

3. Furuk Masail : Terjemah Maulana As Syeikh Daud Bin Abdullah Patani (m/s 182 – 183)

Apakah hukumnya barang yang dikerjakan oleh ahli mayit daripada mempersembahkan makanan berhimpun manusia atasnya dahulu daripada ditanam mayat dan kemudian daripadanya dan menyembelih pada kubur dan demikian lagi yang dikerjakan manusia dengan barang yang dinamakan dia dengan kafarah dan daripada dikerjakan yakni berhimpun memberi makan awal malan kemudian daripada ditanam mayat dan 7 harinya dan 20 dan 40 dan apa yang demikian itu haramkah atau makruh atau harus ? (Maka dijawabnya ) Maka adalah segala yang tersebut itu makruh yang dicela pada syarak kerana tegah pada syarak.

4. Sabilal Muhtadin : Mohd Arshad B. Abd Al-Banjari ( m/s 87)

(Dan makruh) lagi bidah bagi yang kematian memperbuat makanan yang diserukannya segala manusia atas memakan dia dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah teradat (dan demikian lagi) makruh lagi bidah bagi segala mereka yang diserunya memperkenankan serunya.

5. Kasyfullilthami ‘an as ilatil anam : Zainul Abidin Ibn Mohd Al Patani (m/s 85)

Barang yang dikerjakan oleh ahli mayat daripada mempersembahkan makanan dan berhimpun manusia atasnya dahulu daripada tanam mayat dan kemudian daripadanya dan menyembelih pada kubur dan demikian lagi yang dikerjakan oleh manusia dengan barang yang dinamakan dia dengan kifarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudia daripada ditanam mayat dan 7 hari dan 20 dan 40 dan difahamkan yang demikian itu seperti yang diperbuat oleh kebanyakkan orang itu maka adalah segala yang tersebut itu makruh yang dicela oleh syarak.

6. Kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: Keset keluaran Pustaka Al-Jihat Bangunan PAS Kota Bharu. No 38 dan 39. Yb. Menteri Besar berkata: semua amalan tersebut adalah amalan jahiliyah. Dan tidak sabit dengan nash.Semuga ahli perjuangan Islam di Malaysia menggambil petunjuk dari para Pemimpin mereka. satu drp Keset ambil ada disini

Wallahu a'lam.

Anonymous said...

Assalamualaikum!

to anonymous yang kat atas tu,

saya lihat comment saudara/i, lebih berpusatkan kepada kebencian terhadap gol. Wahabi/ kaum muda etc..
saya melihat dari content entri penulis ini sbg membuka minda dan pemikiran kita tentang 'kegiatan' kita sebagai 'sebuah masyarakat' yang berada hampir dengan saudara semuslim yang ditimpa musibah..
tetapi malang sungguh, lain yang di harapkan untuk kita sama2 renung dan bincangkan...lain pula yang jadi.. SERIOUSLY, OUT!!!

Kita ni SAUDARA! Kiblat yang sama. sama2 sujud pada TUHAN yang sama.. so, yang perlu dibincang..bincanglah betul2.. tak perlulah tunjuk emo x tentu arah tujuan. rasanya kalau saudara nak lepaskan geram kat wahabi ke kaum muda ke... better wat blog sendiri dan betul2 kemukakan isu tersebut. bukan di sini.... i means, bukan di tempat kita membincangkan 'ilmu'...

moga kebencian saudara/i terhadap Wahabi, tidak akan menghalalkan yang haram~~ Wallahualam! =)


~mee kari~

ibnyaacob said...

terima kasih mee kari kerana memahami maksud penulisan saya.

tiada masalah untuk kita berdiskusi dengan aman tanpa EMO yang tidak terkawal.

kalau saudara tidak setuju dengan pandangan yang saya nyatakan,bawakan hujah,dalil(sekalipun ianya hadis dhaif dan jika ianya memenuhi syarat yang diletakkan oleh ulama dalam beramal dengan hadis dhaif,maka dipersilakan)

mana tau jika hujahnya mempunyai sandaran yang kuat maka kita boleh saling berlapang dada dan saling menerima ianya dalam perkara ta'dudus sunnah(sunnah yang berbilang-bilang)

Anonymous said...

Salam.

Emosi dtg apabila tiada hujah yg hendak dikemukan tp masih tetap utk mempertahankan sesuatu amalan.
Sbg cth, ditempat sy, seorg ust mempersoalkan golongan yg tidak menyapu muka selepas salam. Sy lihat itu hak ust tersebut utk tidak bersetuju tetapi ust tersebut tidak mengemukan hujah dari hadith dr Nabi saw utk menyatakan adanya sapu muka.

MaM

ibnyaacob said...

benar MaM,

jika ada yang tidak setuju,nyatakan hujah dan dalilnya.

jangan dilemparkan nafsu amarah..boleh jadi saudara kita 'mood'nya agak kurang baik ketika membaca artikel ini.tidak mengapalah,biasalah kita sebagai manusia,ada hari ceria,ada hari sedih,ada hari tertekan sangat dengan berbagai masalah seperti masalah kewangan dan maslah di tempat kerja.

apa pun saya masih mengalukan saudara untuk saling bertukar fikiran dan mungkin boleh saling berkenal-kenalan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan sesama kita.

harap saudara tidak kecil hati dan sudi bertamu lagi di www.ibnyaacob.blogspot.com

w'salam.

zua jelita said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

buang yg keruh, amik yg jernih.

peace!
~mee kari~

ibnyaacob said...

moga kita dapat mengambil manfaat dari apa yng disampaikan walau pun terdapat beberapa urat perbezaan.