Saturday, May 09, 2009

Kemelut Perak: Antara Gila Merebut Kuasa & Penyelesaian


Isu di Perak kini dilihat seolah-olah tidak berkesudahan,masing-masing dilihat tidak mahu mengalah.


Sivakumar:bagi PR beliau speaker yang SAH,bagi BN beliau speaker yang tidak SAH



jika kita bertanya kepada pihak PR,sudah pasti mereka berkata"kami dipihak yang benar!"

begitu juga jika ditanya kepada pihak BN,sudah pasti jawapan yang sama iaitu "kami dipihak yang benar!"

jadi apakah penyelesaian untuk isu ini?bagaimana pula sikap kita untuk menilai isu yang panas ini?




Sivakumar terus menjadi 'rebutan'



SIKAP DALAM MENILAI SESUATU ISU


sesetengah orang sebelum menilai sesuatu isu,beliau terlebih dahulu telah menyediakan keputusan bagi penilaian yang AKAN dilakukan.Ini melambangkan sikap tidak jujur dan tidak adil terhadap diri sendiri.kita perlu adil dalam apa jua penilaian yang hendak dilakukan,baik dari isu (Pakatan Rakyat) vs. (Barisan Nasional).isu (wahhabi/kaum muda/salafi) vs. (tradisional/kaum tua/khalafi) dan juga adil didalam apa jua isu yang dihadapi yang memerlukan penilaian.


Akhirnya



apa pun langkah yang diambil,eloklah ayat al-quran
ini dijadikan Prinsip buat kita semua:

surah al-Maa’idah : 8



Maksudnya :

“Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya,

“Sekiranya(anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”.


TERTANYA-TANYA


Saya masih tertanya-tanya.mengapa tidak saja dibubarkan DUN?seandainya diadakan pilihanraya baru,jika PR menang,BN harus akur,begitu juga jika BN menang,PR juga harus akur.

Ada yang mengatakan adalah menjadi pembaziran untuk dibubarkan DUN dan diadakan pilihanraya semula.Agak sukar untuk diterima alasan untuk mengelakkan pembaziran dalam isu yang penting seperti isu di Perak.Mengapa dalam isu penting seperti ini pula alasan pembaziran yang diberikan,walhal dalam isu lain yang lebih kurang pentingnya pembaziran masih berleluasa.

fikir-fikirkan dengan ADIL..


Ibn Yaacob
Ampang,Selangor.
09 Mei 2009 / 14 Jamadil Awwal 1430

http://www.ibnyaacob.blogspot.com/

7 comments:

Laman Permata Diri said...

Salam..ana ambik post nie tuk bg shbt2 ana len bace...info yg bagus...n kata2 yg hebat...bleh ker??...klu x leh x per la..syukran..:)

ibnyaacob said...

dialu-alukan syeikh...

silakan...moga ada manfaat..

tokapi said...

Assalamualaikum Sahabatku yang dirahmati Allah.. semoga sihat hendaknya...

Kupasan saudara ada betulnya juga... tetapi mengenai saranan saudara bab pembubaran DUN, ini persoalan saya.

1. Pembubaran DUN bukanlah sekadar satu acara yang suka-suka sahaja. Terdapat peraturan-peraturan dan undang-undang yang terlibat dalam proses tersebut.

2. Dalam sistem yang diamalkan di kebanyakan negeri di Malaysia, pembubaran DUN akan diusulkan oleh Menteri Besar / Ketua Menteri dan kemudiannya haruslah mendapat perkenan Sultan @ Yang Di-Pertua Negeri.

3. Memanglah selalunya, mengikut konvensyen, Sultan @ YDP Negeri akan memperkenankan permintaan tersebut sbg contoh untuk membolehkan Pilihanraya Umum dijalankan serentak.

4. Tetapi ia tetap konvensyen dan undang-undang tetap undang-undang. Bagi sesetengah negeri, contohnya di Perak, Sultan mempunyai kuasa budi bicara untuk memperkenankan atau tidak memperkenankan pembubaran DUN.

5. Mari kita imbas kembali senario yang telah berlaku. Februari yang lalu, Speaker DUN Perak telah memaklumkan kepada SPR kononnya terdapat kekosongan di tiga DUN di Perak dengan berbuktikan surat perletakan jawatan adun-adun tersebut.

6. Namun, ADUN-ADUN tersebut, telah menafikan mereka meletak jawatan dan menjelaskan surat yang mereka tandatangani itu ialah 'akujanji' tanpa tarikh dan satu surat dikeluarkan kepada SPR untuk membatalkan surat pertama yang ditandatangani dengan unsur paksaan.

7. SPR, sebagai badan yang bertanggungjawab dalam mengisytiharkan kekosongan DUN dan pilihan raya, mengambil tindakan yang adil dengan menerima alasan yang diberikan oleh 3 ADUN tersbut yang menyatakan mereka tidak pernah berhasrat meletak jawatan sebagai ADUN. Natijahnya, tiada Pilihan Raya Kecil diadakan di sana.

8. Bertitik tolak dari itu, akhirnya, ketiga-tiga ADUN tersebut mengambil keputusuan untuk keluar dari parti masing-masing dan mengisytiharkan menjadi pihak BEBAS di dalam DUN. Manakala, seorang ADUN BN yang melompat ke PKR seminggu sebelum itu, turut sama rujuk kembalike BN. Perlu diingat, ketika itu, sidang Dewan belum pun lagi bermula.

9. DS Nizar sudah hampir pasti mengetahui bahawa ADUN-ADUN BEBAS tersebut akan menyokong BN di DUN kelak. Jika ini hakikatnya, maka beliau FAHAM dan TAHU bahawa beliau SUDAH kehilangan MAJORITI KEPERCAYAAN dari AHLI-AHLI DUN untuk menjadi MENTERI BESAR.

10. Oleh sebab itu, DS Nizar, sehari awal sebelum DS Najib mengadap Sultan Perak, telah menghadap Tuanku Sultan dan menyampaikan hasrat beliau supaya DUN Perak dibubarkan. Sudah tentunya Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak digunapakai oleh Nizar dalam permohonan ini.

11. Apa itu Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (UUTP) ? Ia menyatakan :

"Jikalau sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu, kemudian hendaklah dia mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu dikecualikan dengan permohonnnya Duli Yang Maha Mulia membubarkan Dewan Negeri itu."

12. Apakah maksudnya? Sekiranya seorang MB telah tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli DUN, beliau hendaklah membubarkan majlis mesyuarat kerajaan negeri yang terdiri daripada dirinya sendiri sebagai Menteri Besar (ketua exco) serta ahli-ahli majlis (EXCO) yang lain, MELAINKAN, sekiranya beliau MEMOHON PERKENAN MEMBUBARKAN DUN dan DIBENARKAN SULTAN, maka DUN AKAN DIBUBARKAN.

13. Ini jelas menunjukkan, tindakan DS Nizar menghadap Sultan pada petang 4 Februari 2009 untuk memohon pembubaran DUN membuktikan beliau faham dan akur bahawasanya, beliau tidak lagi mendapat majoriti sokongan ahli dewan.

14. Tetapi kenapa Sultan bertitah supaya Nizar tunggu keesokan harinya untuk diberitahu semula? Kenapakah Sultan tidak membubarkan DUN seperti mana yang diminta oleh Nizar? Keesokan harinya, Sultan telah dimaklumkan oleh DS Najib, bahawa 3 ADUN BEBAS telah berikrar untuk menyokong BN. Dalam hal ini, Sultan menitahkan ketiga-tiga ADUN tersebut berjumpa sendiri dengan Tuanku untuk memastikan perkara ini, KERANA SEBELUM INI, Speaker memaklumkan mereka telah meletakkan jawatan.

15. Nizar dipanggil semula menghadap Sultan dan kali ini, Sultan, dengan mengikut perlembagaan dan undang-undang seperti Perkara 16(6) menitahkan Ds Nizar membubarkan Majlis Mesyuarat Negeri yang diketuainya seperti yang dibincangkan sebelum ini. Dalam menentukan pembubaran DUN tersebut, Sultan telah menggunakan KUASA BUDI BICARA Tuanku seperti termaktub dalam Perkara 18(2)(b) UUTP.

16. Apakah Perkara 18(2) UUTP? Ia menyatakan bahawa :

"Duli Yang Maha Mulia bolehlah memutuskan mengikut timbangannya sendiri pada menjalankan kuasa-kuasa yang tersebut di bawah (sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa yang pada menyempurnakannya dia boleh memutuskan mengikut timbangannya sendiri di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu –
(a) Lantikan seorang Menteri Besar
(b) Keengganan memberi persetujuan kepada satu permohonan bagi pembubaran Dewan Negeri;"

17. Seterusnya, dengan Perkara 18(2) ini jugalah, beserta Perkara 16(2)(a), Perkara 16(7), Maka Sultan melantik Menteri Besar yang baru (Dr Zambry) untuk menerajui Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang juga baru ditubuhkan dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) yang baru juga dilantik.

18. Apa itu Perkara 16 (2)(a) ? Ia adalah :

"Duli Yang Maha Mulia hendaklah mula-mula sekali melantik sebagai Menteri Besar pada mengetuakan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu seorang ahli Dewan Negeri yang pada timbangannya boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu."


19. Apa itu Perkara 16 (7) ? Ia adalah :

"Tertakluk kepada Fasal (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain daripada Menteri Besar itu hendaklah memegang jawatan selama keredaan Duli Maha Mulia tetapi seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu bolehlah pada mana-mana ketika meletakkan jawatannya." -- ["Fasal (6)" di sini merujuk kepada Perkara 16(6). Perkara ini menceritakan bahawa para EXCO hendaklah memegang jawatannya selama mana Sultan mempersetujuinya dan boleh meletak jawatan mengikut kemahuannya sendiri kecuali bila mana Perkara 16(6) terpakai yakni apablia Menteri Besar tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN dan ini memaksa Majlis Mesyuarat Negeri tersebut dibubarkan. -- Rujuk kembali Perkara 16(6)]

20. Yang menjadi pertikaian adalah 'kekelabuan' mengenai pentafsiran Perkara 16 (6) tersebut oleh sesetengah pihak. Antaranya ialah kerana "proses tidak mendapat majoriti kepercayaan" tersebut tidak berlaku semasa dalam persidangan dewan. Begitu juga dengan perkataan "hendaklah dia mempersembahkan letak jawatan" -- perkataan "hendaklah" jika ditafsirkan membawa erti "mesti meletak jawatan" tetapi tidak pula dinyatakan dalam perkara itu sendiri jika ingkar melaksanakan perkara tersebut, apakah yg akan terjadi.

21. Mengenai "proses tidak mendapat majoriti kepercayaan" tersebut, ada pihak berhujah, ianya hendaklah berlaku semasa persidangan dewan. Tetapi, di dalam Perkara 16(6) tersebut tidak dinyatakan dengan jelas prosedurnya.

22. Tindakan Nizar sendiri yang menghadap Tuanku dan memohon perkenan pembubaran DUN tersebut, dilakukan semasa bukan persidangan dewan dan ini menunjukkan, beliau TAHU DAN MEMPERAKUI TELAH KEHILANGAN MAJORITI KEPERCAYAAN AHLI DEWAN DAN MENGGUNAKAN PERUNTUKAAN DALAM PERKARA 16(6) tersebut untuk membubarkan DUN. Jika dilihat, tiada pilihan lain lagi bagi Nizar untuk melepaskan jawatan kerana UUTP menyebutkan beliau harus meletakkan jawatan semua ahli majlis mesyurat kerajaan negeri termasuk dirinya sendiri sebagai ketuanya.

23. Apakah yang tersirat di dalam penjelasan saya mengenai 22 point di atas? Bukan mudah untuk meminta pembubaran DUN! Yang mempunyai kuasa untuk memperkenankan pembubaran DUN ialah Sultan, dan bukannya kerajaan memerintah. Walaupun secara konvensyennya, Sultan akan memperkenankan sebarang permintaan oleh kerajaan, tetapi pada satu ketika, Sultan telah menggunakan kuasa yang tersimpan untuk Tuanku itu untuk kepentingan negeri Tuanku sendiri.

24. Malang sekali, ramai antara kita tidak faham dan mula menyalahkan Kerajaan. Saranan pembubaran DUN disebut seolah-olah ianya amat mudah dan senang untuk dilaksanakan. Beginilah, sekiranya KERAJAAN BN sekarang ini mempersembahkan kepada DYMM Sultan Perak untuk pembubaran DUN, adakah jaminan bahawa Sultan akan memperkenankannya? Atas alasan apakah nanti yang hendak digunapakai untuk pembubaran DUN tersebut? Sekiranya Perkara 16(6) nak dijadikan alasan, sudah semestinya tidak logik kerana MB yang dilantik, Dr Zambry masih lagi mempunyai majoriti kepercayaan ADUN.

25. Tambahan pula, pilihanraya umum baru berlalu hanya setahun yang lepas dan Kerajaan BN yang kembali memegang kembali tampuk pemerintahan negeri Perak sudah pasti mahu membuktikan kebolehan mereka untuk mentadbir negeri dengan baik dan saksama. Apakah perlunya untuk pembubaran DUN lagi?

26. Apakah kerajaan pakatan pembangkang akan membuat perkara yang sama (membubarkan DUN) yakni semasa mereka mempunyai majoriti (walaupun majoriti mudah) sokongan ahli dewan untuk memerintah? Saya rasa tidak. Rujukan saya ialah kes di Kelantan tak lama dahulu dimana kerajaan PAS hanya mempunyai majoriti mudah 1 kerusi DUN sahaja dan masih memegang kuasa hingga tamat tempoh sesi DUN tersebut.

26. Saya mengakui saya adalah penyokong BN dan agak kecewa kerana ramai yang tidak faham peruntukan undang-undang dan menyalahkan BN dalam hal ini. Pembubaran DUN adalah hak Sultan untuk memperkenankan, bukan hak BN. Seandainya sejak sedari awal lagi Sultan mahukan, sudah tentu usul Nizar kepada Tuanku untuk pembubaran DUN akan diperkenankan.

27. Sekarang kita patut tanya, kenapa Sultan tidak merestui tindakan Nizar tersebut? Tidak mahu saya nyatakan, tapi saya bagi 'klu' untuk sama-sama kita cari dan fikirkan.

- 999 tahun...
- Siapa MB, siapa MB de-facto
- Saranan Mufti Perak tidak diendahkan.

28. Sultan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan hak-hak orang Melayu terjamin.

29. Sultan juga bertanggungjawab sebagai ketua dalam menjaga kesucian agama Islam di negeri masing-masing.

30. Mudahkan pembubaran DUN? Ya, mudah untuk berkata sahaja. Tetapi bagi yang terlibat, terutama di pihak KDYMM Tuanku, pasti ada rasionalnya untuk tidak membuabarkan DUN dan merestui perubahan kerajaan di Perak ini.

Wassalamulaikum.

ibnyaacob said...

Alhamdulillahterima kasih tidak terhingga kepada saudaraku dan juga sahabatku azhar osman(tokapi).

hujah yang mantap berserta bukti-bukti yang kukuh dari akta tubuh kerajaan negeri yang mana saya yakin beliau telah menyenaraikan semuanya dengan adil melalui penilaian yang dibuat oleh beliau sendiri barangkali

saya juga rasa beliau amat jujur dengan pandangan beliau dan tidak meninggalkan sedikit pun hujjah dari akta tubuh negeri perak yang mungkin tidak menyokong pandangan beliau,ini kerana setiap apa yang diperkatankan akan dihisab kembali diakhirat kelak.

bagi saya hujah beliau amat mantap,saya sendiri tidak punyai hujah untuk menyokong atau membantah mana-mana pihak,baik BN mahu pun PR.

Cuma sebagai rakyat kelahiran negeri Perak ini,saya mahukan Islam terus kukuh di Perak.dan dapat pula Islam ini di dakwah kepada non muslim di Perak sendiri.
(p/s:bila saya menyebut Islam,saya maksudkan Islam yang tulen dari nabi SAW tanpa merujuk kepada mana-mana parti politik)

masa BN memerintah Perak dahulu,tidak timbul juga masalah pentadbiran seperti yang berlaku pada persidangan DUN baru-baru ini.juga semasa PR memerintah selama setahu juga masih tidak timbul kekecohan.Akhir-akhir ini apabila BN kembali memerintah timbul kekecohan yang dahsyat.Saya tidak menyalahkan BN atau PR.saya berlepas diri dari menuduh mana-mana pihak.

sama ada BN atau PR memerintah,elakkanlah peristiwa ini dari berulang.

berkenaan hujah:

27. Sekarang kita patut tanya, kenapa Sultan tidak merestui tindakan Nizar tersebut? Tidak mahu saya nyatakan, tapi saya bagi 'klu' untuk sama-sama kita cari dan fikirkan.


- 999 tahun...
- Siapa MB, siapa MB de-facto
- Saranan Mufti Perak tidak diendahkan.

ini adalah salah satu contoh hujah dari penyokong BN,jika digoogle kan pasti kita akan jumpa hujah yang menyanggah dari PR.

ini yang saya katakan :

jika kita bertanya kepada pihak PR,sudah pasti mereka berkata"kami dipihak yang benar!"

begitu juga jika ditanya kepada pihak BN,sudah pasti jawapan yang sama iaitu "kami dipihak yang benar!"

apa pun hujah kita,mahu pun dakwaan kita,jika ianya benar,Alhamdulillah kerana kita telah menyatakan yang benar!

tetapi jika ianya hanya melalui sangkaan atau pun dakwaan yang berunsur fitnah,siapa sedia menghadapi perbicaraan di akhirat kelak!

cuma saya masih terfikir apakah ada alternatif lain untuk menyelesaikan kemelut ini?kerana hujah saudara sama seperti yang saya nyatakan PR akan ada hujahnya,BN juga pasti ada hujahnya.

Tetapi isu ini tidak akan selesai dengan pihak PR yang tidak puas hati dengan amarah,dan juga pihak BN juga pasti merasakan ianya bukanlah pemerintahan berasaskan mandat oleh rakyat.ianya disebabkan permainan(lompat parti/keluar parti/hilang majoriti) orang politik.

Ibarat seperti seorang jejaka yang mendapatkan seorang anak dara secara paksa tanpa gadis tersebut rela bersama dengannya.Benar lelaki tersebut berjaya mendapatkan gadis tersebut,tetapi ianya bukanlah sesuatu yang bermaruah lagi boleh dibanggakan.

Bagi saya BN adalah parti yang menitik beratkan maruah Melayu,jesteru BN juga memerlukan kemenangan bermaruah untuk menerajui negeri Perak.


JALAN KELUAR MASIH SAMA:

Artikel ini bukanlah ditulis untuk mengatakan BN di pihak yang benar,atau pun PR dipihak yang benar,sebaliknya disebalik masalah yang timbul,saya cuba memikirkan apakah jalan keluar bagi masalah yang panas ini,lebih-lebih lagi isu ini timbul dinegeri kelahiran saya sendiri.

saya masih mengharap diadakan pilihanraya semula,dan jika BN menang,maka itu satu kemenangan bermaruah kerana diberi mandat oleh rakyat,maka PR wajar menerimanya.begitu juga jika PR menang semula dalam pilihanraya,BN juga harus menerimanya.


PENGHARGAAN:

Terima kasih sahabatku tokapi di atas kesudian bertamu di blog ini dan memberi maklum balas yang positif serta hujah yang mengandungi dalil/bukti yang mantap.

Anonymous said...

Ana Setuju Dgn Pandangan Ibnu Yaacob untuk melihat pilihanraya diadakan semula dan mandat diberikan kepada rakyat.

Antara PR & BN mesti salah satu dari keduanya ada yang benar...Terserah pada rakyat untuk membuat penilaian..Untuk Mengenali Kaedah Mengenal kebenaran boleh baca :

http://tintadaie.blogspot.com/2009/01/kaedah-megenali-kebenaran.html

Anonymous said...

Nizar berjaya di Mahkamah Tinggi

Kita diajar bahawa manusia merancang, Allah swt juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah lah sebaik-baik perancangan…….

Begitulah kita dalam menghadapi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi yang mengisytiharkan bahawa Dato Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.. Hakim Abd Aziz Abd Rahim, dalam penghakimannya menyebut bahawa seseorang Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatannya melalui proses undi tidak percaya di dalam dewan sebagaimana yang diputuskan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak, Stephen Kalong Ningkan pada tahun 1966,

Keputusan ini bermakna Nizar lah Menteri Besar yang sah di Perak kini dan bukannya Dr Zambry Abd Kadir.

Di dalam kes Stepehen Kalong Ningkan lawan Tun Abang Haji Openg dan Tawi Sli, Ketua Menteri Sarawak itu dimaklumkan oleh Gabenur Sarawak ketika itu bahawa beliau telah hilang keyakinan separuh dari ADUN Sarawak dan mohon supaya beliau meletakkan jawatan. Kalong Ningkan enggan atas alasan pelucutuan beliau hanya boleh dibuat melalui undi tidak percaya di dalam dewan yang bersidang.

Begitulah juga kes Nizar dan kini mahkamah kita mendukung keputusan yang sama.

Syabas diucapkan kepada panel peguam Nizar dan seluruh rakyat yang memberikan simpati dan sokongan selama ini. Tetapi kejayaan ini belum muktamad kerana panel peguam Dr Zambry telah pun membuat rayuan terhadap keputusan ini. Persidangan mahkamah mungkin entah sampai bila kesudahannya.

Apa pun kita mengharapkan semua pihak mengiktiraf keputusan mahkamah ini. Yang sebaiknya kini adalah demi memelihara keamanan di Perak dan menjamin kestabilan negeri dan rakyat, MB yang sah sewajarnya mengadap ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak, memohon agar dewans egera di bubarkan untuk diserahkan kembali mandat kepada rakyat negeri Perak. Biarlah rakyat memutuskan nasib dan masa depan mereka, bukannya mana-mana pihak lain demi menjunjung dan menghormati demokrasi yang sama-sama kita dukung.

http://n32.blogspot.com/

ibnyaacob said...

begitula,tapi saya merasakan masih perlu kepada satu pilihanraya yang baru.Walaupun nizar menang di mahkamah,belum tentu mandat rakyat memihak kepada beliau.jika diadakan pilihan raya maka itu lebih wajar dan lebih adil buat dua-pihak,baik PR mahu pun BN.