Sunday, May 23, 2010

Bahaya Syirik

DEFINISI SYIRIK:[1]



Syirik adalah menyamakan selain Allah dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Rububiyyah dan Uluhiyah serta Asma’ dan Sifat-Nya.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullaah berkata: “ Syirik ada dua macam.Pertama,syirik dalam Rububiyyah,iaitu menjadikan sekutu selain Allah Ta’ala yang mengatur alam semesta,sebagaimana Firman-Nya:


قُلِ ٱدۡعُواْ ٱلَّذِينَ زَعَمۡتُم مِّن دُونِ ٱللَّهِۖ لَا يَمۡلِڪُونَ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَلَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا لَهُمۡ فِيهِمَا مِن شِرۡكٍ۬ وَمَا لَهُ ۥ مِنۡہُم مِّن ظَهِيرٍ۬ (٢٢)


Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka".

(Saba’: 22)



Kedua,syirik dalam uluhiyah,iaitu beribadah (berdoa) kepada selain Allah,baik dalam bentuk doa ibadah mahu pun doa mas’alah.”[2]


Umumnya yang dilakukan manusia adalah menyekutukan dalam Uluhiyyah Allah,Iaitu dalam hal-hal yang merupakan kekhususan bagi Allah,seperti berdoa kepada selain Allah di samping berdoa kepada Allah atau memalingkan sesuatu bentuk ibadah seperti menyembelih(qurban), bernadzar,berdoa dan sebagainya kepada selain Allah.



Kerana itu, barang siapa menyembah dan berdoa kepada selian Allah Subhanu wa taala beerti ia telah meletakkan ibadah tidak pada tempatnya dan memberikannya kepada yang tidak berhak,dan itu merupakan kezhaliman yang paling besar.

Allah Subhannahu wa Taala berfirman:


إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٌ۬ (١٣)

“…sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

(Luqman: 13)



Diriwayatkan dari Abu Bakrah RA.Ia berkata: Rasulullah SAW bersabda (bermaksud):

“Mahukah aku beritahukan kepada kalian tentang dosa-dosa besar yang paling besar?”(Baginda mengulanginya tiga kali.) Mereka(para sahabat) menjawab: “ Tentu saja, ya Rasulullah.” Baginda bersabda: “Syirik kepada Allah,durhaka kepada kedua orang tua.” Ketika itu Baginda bersabda: “ Dan ingatlah,(yang ketiga) perkataan dusta!” Perawi Berkata: “Beginda terus mengulanginya hingga kami berharap Baginda diam”[3]




[1] Syarah Rukun Islam Jilid 1 oleh Yazid Bin Abdul Qadir Jawas

[2] Iqtidhaa-ush Shiraatil Mustaqiim(II/226) oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah[dikutip dari Syarah Rukun Islam Jilid 1 oleh Yazid Bin Abdul Qadir Jawas

[3] Riwayat Bukhari(no.2654) dan Muslim (no.88). [dikutip dari Syarah Rukun Islam Jilid 1 oleh Yazid Bin Abdul Qadir Jawas