Sesungguhnya perbincangan politik lebih memecahbelahkan masyarakat,perbezaan pendapat politik telah menyumbang kepada terhasilnya mazhab syiah, perbezaan pendapat politik juga suatu ketika dahulu menyebabkan masyarakat Negara kita menimbulkan isu takfir dan juga solat dua imam dalam satu masjid.
Didalam perbezaan pendapat fiqh,perbincangan isu khilaf yang dibincangkan dengan niat yang ikhlas dan suasana yang ilmiah serta adab khilaf yang dipatuhi tidak sedikit pun menimbulkan isu perpecahan seperti mana yang berlaku dalam suasana politik hari ini.Cuma yang mencemarkan perbincangan isu khilaf ialah sikap taksub atau fanatic sesetengah individu terhadap pendapat guru-guru meraka mahu pun pendapat fiqh mazhab anutan mereka.
Sesungguhnya peselisihan pendapat(khilaf) yang diizinkan ialah perselisihan para mujtahid dari kalangan ahli fikah,mufti dan hakim dalam masalah-masalah ijtihadi yang diizinkan berijtihad dan berselisih.Masalah tersebut ialah masalah yang tidak ada nas yang qatie.Ini apa yang disebut oleh Dr Abd Karim Zaidan di dalam buku beliau ‘ikhtilafi syariatil islamiah’
AGAMAWAN MENAKUTKAN ORANG DENGAN AGAMA
Amat
‘ Saya amat tidak bersetuju sekiranya ada di antara sahabat-sahabat semua mempertikaikan para ulama.’
Adakah dengan membandingkan pendapat setiap ulama dan kemudian memilih pendapat yang lebih hampir kepada nas Al-Quran dan sunnah tanpa taksub kepada mana-mana pandangan mereupakan perbuatan yang dicela?
Apa yang penting di dalam menyuburkan fiqh Islam serta perbincangan khilaf ini perlu di patuhi adab-adab atau pun etike ketika berhadapan dengan isu-isu khilafiyah.Suka saya senaraikan beberapa adab di dalam membicarakan isu-isu khilaf:
1)Setiap orang mesti membersihkan diri dari Barah taksub mazhab(hukum fiqh)
2)Tidak harus merasa sempit dada dengan perbezaan pendapat mazhab(hukum fiqh).
3)Kita tidak harus memaksa orang lain menerima pendapat kita dalam isu khilaffiyah
4)Tidak harus menghina pendapat ulama yang tidak kuat hujahnya atau pun tidak selari dengan pendapat kita.
p/s:Bingkisan ini hanya suatu bingkisan terhadap isu yang ditimbulkan dalam salah satu forum yahoo group.
Ibn Yaacob
Ampang,Selangor.
12 April 2009 / 16 Rabiul akhir 1430
http://www.ibnyaacob.blogspot.com/
1 comment:
salam. maaf, pada pemahaman saya, bukanlah tidak boleh berbincang pada pekara khilaf..silakan...
tetapi menafikan/menidakkan pandangan/perbuatan berbeza orang lain pada pekara itulah yang tidak wajar(selagi pekara khilaf itu masing-masing mempunyai nas-nasnya)..
Post a Comment