Sunday, May 24, 2009

Jeling Buku(Zikir Selepas Solat)



Setiap yang diciptakan Allah SWT pasti ada tujuannya yang tersendiri,begitulah juga penciptaanya manusia sepertimana Firman Allah SWT yang bermaksud:


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Adz-Dzaariyaat:56)


Diantara salah satu bentuk ibadat yang diperintahkan ialah berzikir(mengingati) Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:


Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
(Al-A'raaf:205)


Jeling buku kali ini cuba melakukan perbandingan diantara buku-buku zikir selepas solat yang terdapat di pasaran,jika kita ke kedai buku untuk mencari buku zikir selepas solat pasti akan temui berbagai-bagai format buku zikir yang terdapat di pasaran.Habis,bagaimana sikap kita dalam memilih buku untuk berzikir dalam melaksanakan ibadat kepada Allah.


Apakah yang menjadi panduan dalam kita memilih buku di pasaran.Bagi saya,saya akan memastikan setiap penulis buku menyatakan setiap rujukan yang dilakukan,dan jika ayat Quran yang di petik harus dinyatakan dari surah mana,begitu juga Hadis perlu dinyatakan sumber dan juga derjatnya.Begitu juga jika pendapat seseorang tokoh itu dipetik perlu juga dinyatakan dari mana sumbernya,dari mana kitab yang dipetik pendapat tokoh tersebut.


Saya lebih menyakini zikir yang bersumberkan Hadis-hadis nabi SAW berbanding zikir-zikir yang dicipta oleh manusia.Ini kerana Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis menyatakan yang bermaksud:


“Barang siapa yang mengada-ngadakan perkara baru dalam agama kami ini apa-apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak.”


(Hadis Riwayat Bukhari&Muslim)


Jika setiap penulis buku menyatakan sumber rujukannya barulah rasa lebih yakin untuk beramal.Jadi kali ini melalui tinjauan yang saya lakukan terdapat beberapa buku yang mana penulisnya menyediakan rujukan dan dalil bagi setiap zikir dan doa yang dipaparkan.Diantaranya:


  1. Zikir Pagi Petang & Selepas Solat


Penulis: Dr Abdul Basit Haji Abdul Rahman


Harga Buku: RM4.00


Terbitan: Telaga Biru



Zikir Waktu Pagi dan Petang (al-Ma'thurat) serta Zikir Selepas Solat Lima Waktu, dikumpul dari al-Quran dan Hadis Rasulullah saw, berukuran kecil (poket saiz) senang untuk dibawa bersama..Di dalam buku yang kecil dan padat ini disediakan zikir-zikir yang bersumberkan dari hadis-hadis rasul SAW.Juga dinyatakan adab berzikir secara ringkas.


Boleh di beli :


http://www.dartaibah.com/v2/index.php?_a=viewProd&productId=10


http://www.telagabiru.net.my/



  1. Zikir-Zikir Selepas Solat Fardhu


Penulis: Hafiz Firdaus Abdullah


Harga Buku: RM4.50


Terbitan: Jahabersa



Berzikir adalah juga termasuk salah satu bentuk ibadah kepada Allah (swt), oleh itu hanyalah Dia yang berhak menentukan bagaimanakah cara yang selayaknya untuk hamba-hamba-Nya mengingati-Nya. Tiada cara lain bagi kita mempelajari kalimah-kalimah zikir tersebut kecuali melalui ajaran Rasulullah (saw).


Maka melalui risalah yang serba sederhana ini, penulis ingin menampilkan kepada para pembaca sekalian, zikir-zikir selepas solat fardhu sebagaimana yang diucapkan, dilafazkan, diajarkan dan dilakukan oleh Rasulullah (saw).Didalam buku ini setiap bacaan zikir dan doa dinyatakan setiap sumber rujukannya dan status hadis juga dinyatakan.Penulis juga menyatakan pandangan ulama berkaitan adab-adab berzikir dan disertakan rujukan dari setiap kitab ulama yang dirujuknya.


Boleh di beli :


http://www.jahabersa.com.my/hafiz-firdaus-abdullah/zikir-zikir-selepas-solat-fardhu-sm




  1. Zikir & Doa Rasulullah S.A.W Selepas Solat



Penulis: Muharman Bachtiar & Adlan Abdul Aziz


Harga Buku: RM6.00


Terbitan: Darulfuqaha


Buku ini bukan hanya menyediakan bacaan zikir dan doa selepas solat,malah turut mengupas adab-adab berzikir mengikut sunnah rasul SAW dan dinyatakan sekali dalil bagi setiap pendapat yang dikemukakan.Buku yang sarat dengan perbincangan ilmiah berkaitan adab zikir dan kepentingan zikir serta setiap bacaan zikir yang disediakan juga disertakan sumber rujukan dan status hadis tersebut.


Boleh di beli :


http://www.darulfuqaha.com/



Ibn Yaacob

Ampang,Selangor.
24 Mei 2009 / 29 Jamadil Awwal 1430

http://www.ibnyaacob.blogspot.com/

No comments: