Alhamdulillah,dah masuk 25 tahun saya di lahirkan.Biasanya dalam masyarakat kita akan disebut hari JADI,ternyata pada hari JADI dan bulan hari JADI saya banyak sekali perancangan yang tak menJADI,berbagai-bagai perancangan semua tak menJADI.Tidak mengapa,kita hanya berusaha dan merancang,selebihnya Allah jua yang menentukan.
Saya tak tahu apa yang patut dibuat sempena hari JADI,lantas saya terfikir contoh terbaik kita Rasulullah SAW.Adakah Baginda SAW juga 'celebrate' hari JADI?atau adakah ibadat khusus seperti solat cukup umur?Adakah para sahabat dan kaum keluarga Baginda SAW menyambut hari JADI Rasulullah SAW seperti mana kita menyambutnya pada hari ini pada setiap kali Maulid Rasul?Jika mereka tidak menyambut hariJADI Rasulullah SAW seperti kita adakah bermakna mereka tidak cintakan Rasulullah SAW?Teringat saya maksud ayat alQuran yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(A-li 'Imraan:31)
Teringat saya semasa di zaman tingkatan satu-tiga. Ustaz saharuddin Ibrahim pernah beritahu, "bila tiba hariJADI umur memang bertambah,akan tetapi harus diingat hayat semakin berkurangan".Jesteru,saya hanya bermuhasabah diri dan kembali merenung kesilapan-kesilapan(terlalu banyak dan nyata tidak perlu diungkap aib sendiri) yang telah saya lakukan dan bertekad untuk tidak mengulanginya.Ini sejajar dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud:
Tidak wajar seorang mukmin akan disengat dua kali dari satu lubang (sarang binatang) yang sama. [Hadith Muslim no. 2998] dari ABUSAIF
Dalam hidup saya memang terkesan dengan cara 'learn From Mistake'.Biasanya bila dah silap baru saya menyesal dan akan cuba elakkan dari melakukan kesilapan yang sama berulang kali.Misalnya,jika saya tahu jalan A akan membawa kepada mudarat seperti a ,manakala jalan B akan membawa kepada mudarat b,dengan itu saya akan cuba elakkan daripada menghampiri kepada jalan-jalan tersebut,bukan sekadar masuk ke jalan tersebut,tetapi perlu dielakkan dari menghampirkan diri ke arah jalan tersebut.
Misalnya jika seorang yang panas baran dan kaki gaduh,sedikit punya pertikaman lidah pasti membawa kepada adegan WWF atau pun gejala 'smackdown'.Bagi mengelak adegan yang tidak diingini atau pun adegan kebudak-budakan dari berlaku,maka perlu dielakkan dari terlibat dengan sebarang bentuk pertikaman lidah yang tidak mendatangkan manfaat atau pun bila tangan sudah mengigil hentikan pertikaman lidah dan baca:
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ.
“Aku berlindung kepada Allah dari setan yang terkutuk.”
(Riwayat Bukhari&Muslim)
Kalau tak percaya boleh cuba,pasti nampak lebih matang dan macho tanpa pergaduhan.
Kadang-kadang rasa agak meluat dengan cerita seperti artis yang ingin kembali ke pangkal jalan dan separuh pangkal mereka tersungkur seperti yang sedang hangat berlaku kepada seorang pendakwah masa kini.Bila kembali difikirkan wajarkah kita terus menghukum mereka disebabkan sakit mata melihat senario ini berlaku.Membantu tidak mahu,tetapi Membenci laju!Iya memang meluat,tapi pernah kita fikirkan bagaimana kehidupan mereka sebelum ini,berapa banyak perubahan yang mereka perlu alami dan berapa hebat mujahadah yang mereka lalui akibat ketagihan melakukan perbuatan dosa yang dilakukan di zaman jahil mereka?Adakah wajar kita terus menghukum mereka yang ingin bertatih pulang kembali tanpa kita sendiri memberi sokongan?Sungguh beruntung bagi yang lahir tanpa terjebak ke alam jahil kerana tidak ketagihan dosa.
Kita lihat kepada beberapa orang penyanyi terkenal tanah air yang terlibat dengan ketagihan dadah(dosa).Sesekali keinsafan timbul,mereka ini cuba bertatih pulang menyahut seruan fitrah mengharap keampunan dari ALLah SWT.Walaubagaimanapun,kesilapan lalu kerap kali mendatangi mereka dan sesekali mereka tewas.Apabila mereka tewas lantas penghukum-penghukum bersorak"dia tu nak berubah?jangan harapla,berapa lama dia boleh tahan?"
Maaf jika ada yang terasa,penulisan ini juga ditujukan kepada diri sendiri juga.Semoga saya dapat bermuhasabah dan mengelakkan diri dari melakukan kesilapan-kesilapan yang lalu serta istiqomah dengan usaha pembaikkan diri.Amin..
Ibn Yaacob
Kuala Kangsar Bandar DiRaja,Perak.
3-4 Jun 2009 / 9-10 Jamadil Akhir 1430
http://www.ibnyaacob.blogspot.com/
4 comments:
selamat hari lahir sahabat!
ddoakan semoga diberkati usia, dilimpahi rezeki dan bhgia di dunia dan akhirat..
btw cepat² lah kawen ok :)
terima kasih abg fauzi sudi doakan saya.
kena tunggu abg fauzi kahwin dulu kot..
Salam....terima kasih atas ingatan....
Kita hanyalah insan yang banyak kelemahannya...perjalanan hidup banyak mengajar betapa lemah nya diri ini sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan daripada-Nya.
Sebaik-baiknya saya yang harus memberikan hadiah atau doa atau nasihat kepada saudara terutama sekali pada hari jadi saudara akan tetapi saudara pula yang memberikan nasihat kepada saya dan kepada para pembaca semua.
Jazakumullah kerana mengingatkan dan semoga persahabatan kita ini akan sentiasa di redhai Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui.
thanks fandi,biasalah fandi,aku ni terlalu banyak kelemahan,kalau tanpa muhasabah diri atau tanpa Islam mungkin aku lebih teruk,nauzubillah..
Post a Comment