JELING BUKU 10 APRIL 2009
Alhamdulillah,Allah telah mengurniakan penulis ini kesempatan untuk berkarya yang mana setiap karya beliau banyak mendidik,memotivasi serta mengajak kepada sunnah Nabi SAW.Setiap novel beliau yang saya ikuti bukanlah sekadar novel biasa mahu pun novel cinta semata.Penulis pernah dinobatkan sebagai novelis sayembara mengarang novel Remaja DBP 2006.
Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
Karya terbaru penulis ini adalah buah tangan beliau selepas mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta.Jesteru itu sedikit sebanyak pengalaman beliau berjaya dikongsi bersama dalam menghidupkan watak di dalam karya beliau kali ini,malah bagi saya sendiri seolah-olah watak dalam karya beliau kali ini adalah seperti jalan hidup penulis(fatimah syarha) sendiri sehingga ke alam perkahwinan
Seperti penulisan beliau yang lalu,
penulis tidak jemu-jemu memberikan gambaran sebenar hubungan yang halal disisi Islam. Isu ‘couple’, berdating, berbalas panggilan telefon dan juga bersms dengan bukan mahram.Penulis membuat kita kembali berfikir adakah amalan masyarakat seperti bercouple itu di benarkan dalam agama? Adakah bila bertunang seolah-olah kita mendapat satu tiket kebenaran untuk lebih bebas bersama pasangan? Apakah pandangan agama terhadap berdating,berbalas panggilan telefon dan juga bersms dengan bukan mahram.Kadangkala suasana kehidupan membuatkan kita alpa dan terbiasa dengan semua ini,sedangkan bagaimana pula dengan penilaian syarak?
Penulis juga sedikit sebanyak berkongsi sunnah-sunnah dialam perkawinan di dalam karya kali ini dan juga panduan-panduan terhadap para isteri dan juga para suami serta para bakal suami isteri
Sampingan.
Watak di dalam karya ini membuatkan saya kembali teringat seorang teman yang mirip kepada watak di dalam bingkisan ini.Beliau juga sangat menjaga pergaulan dengan bukan mahram dengan mujahadah,jesteru itu teman saya itu dipelihara Allah SWT dari penganiyaan dan kezaliman, hampir sahaja beliau bertemu jodoh dengan insan yang jijik dan tidak sepatutnya dengan beliau,akan tetapi saya percaya Allah memelihara beliau dan akan memberikan yang terbaik buat teman saya,semoga Allah SWT memelihara dan memberikan beliau kebahagiaan didunia dan diakhirat kelak.
Dapatkan manfaat dari buku ini!
Fatimah Syarha Mohd Noordin
RM12.00
Telaga Biru Sdn Bhd
http://www.telagabiru.net.my
Bagi yang sukar mendapatkan buku-buku penulisan Fatimah Syarha,
Buku ini juga boleh dibeli daripada Fatimah Syarha,sila ke blog abu usamah untuk maklumat lanjut.
Ulasan:
Ibn Yaacob
Ampang,Selangor.
10 April 2009 / 14 Rabiul akhir 1430
http://www.ibnyaacob.blogspot.com/
diedit semula oleh ibnyaacob pada 28 April 2009 / 3 Jamadil Awwal 1430
6 comments:
layang2,
saling menyayangi tak beerti akan saling memiliki. Tapi,akan saling mendoakan....kan?
Allah juga akan melindungi awak, sentiasa.
=)
saling menyayangi tak beerti akan saling memiliki. Tapi,akan saling mendoakan....kan?
------------------------------------
kenyataan ini benar,tapi ia lebih pahit dari hempedu untuk diterima,
ibaratkan seseorang perlu melakukan sesuatu yang dia sendiri tahu bakal mengalami penyesalan seumur hidup,atau pun sedang mengalaminya,lebih teruk lagi penyesalan itu akan mengikutinya selamanya..
semoga doa kita sesama muslim tidak putus-putus dan bermanfaat di kehidupan akhirat kelak..
pahit?
percayalah, pengorbanan semata-mata untuk mendapatkan redha Allah, adalah yang paling manisssssss di dunia ni.. lebih dari segalanya2..
dan redha Allah itu, pada redha ibu dan ayah.
redha dan rahmat Allah yang kita nak cari, kan?
semoga!
=)
mee kari~
speechless..
-tukang basuh baju-
wah bicara soal hati di sini,semoga kita dapat meletakkan cinta kepada Allah& Rasul SAW dan seterusnya bagi saya seorang lelaki cinta selepas rasul adalah bonda,bonda,bonda,ayahanda....
bila baca buku ini,terasa jauh sangat budaya kehidupan saya sendiri,terlalu banyak yang asing dan harus diakui sebenarnya diri sendiri yang selama ini memang hidup asing dari budaya Islam.
kembali bersemangat untuk meluruskan kehidupan dengan budaya Islam,walaupun sukar diluruskan,namun perlu diluruskan juga,kalau tidak semua diluruskan,jangan langsung ditinggalkan semua!
saya nak beli buku berjudul pemilik cintaku.. oleh Fatima Sharha.. macam mana ye?
dah cari kat kedai buku, tapi mengecewakan, dah xde, sapa yang jumpa tolong saya dapatkannye.
tolong emelkan kepada saya di alamat:
hazierah89@gmail.com
Post a Comment