Wednesday, March 18, 2009

IKTIBAR SEEKOR IKAN


Sebaik pintu rumah di buka saya terus ke aquarium berisikan ikan gapi yang baru di beli minggu lalu.



“mesti ikan-ikan ini lapar” omong sendirian.


Sambil tangan membuka penutup aquarium memberi ikan makan.


Minggu lalu saya kebosanan selepas makan. Tinggal keseorangan menonton tv,baca buku, surfing internet,main besi.Saya tak nampak makhluk bernyawa lain melainkan saya seorang di rumah.Nasib baik tak bercakap dengan dinding rumah.


“Nak buat apa hari ini? Bosan, “


Mencari idea,menambah hobi.Kalau di kampung ada kucing,datang idea bela binatang.


“bela kucing nanti berak dalam rumah,malasla pula”


“ikan senang, letak dalam aquarium tak payah susah-susah!”



Terlintas idea untuk memelihara ikan,terus saya ke kedai ikan di taman kosas,Ampang.


Saya memilih untuk membeli tiga ekor ikan jantan dan tiga ekor ikan betina.Bagaimana nak tahu yang mana satu jantan dan yang mana satu betina? Teringat nujum pak belalang,kalau yang di belakang itu jantan yang di hadapan itu betina, itu itik bolehla berkejaran.Nasib baik tauke kedai tersebut sudah asingkan di antara jantan dan betina.


“baik bela jantan dgn betina,baru ikan-ikan ini tak terseksa” rasa kasihan di hati.


Sengaja saya belikan berpasang-pasangan,kasihan ikan-ikan ini kalau hidup tanpa pasangan, begitu juga manusia,kalau boleh saya tak mahu ada yang menderita ketiadaan pasangan hidup.Namun demikian ada juga

makhluk yang suka bersendirian seperti hamster Syrian.


Firman Allah S.W.t yang bermaksud :

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Ar-Ruum : 21)



Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami.

(Adz-Dzaariyaat : 49)



KEMATIAN


“Aik, mati”sedih saya.


“Apasal ikan ini mati? Air kotor? Gadoh?”


Seekor ikan gapi betina dah sampai hukum.


Apa pun penyebabnya yang pasti memang sudah di nyatakan setiap yang bernyawa pasti akan mati.


Renungan buat diriku



Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(A-li 'Imraan: 185)



Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa.Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

(Ar-Rahmaan: 26-27)





Ya! Kematian tetap akan datang jua..


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".

(Al-Jumu'ah : 8)




“Perbanyaklah mengingat si pencabut segala kesenangan(maut)”

(Hadis Riwayat Tirmizi)





Saban hari kita melihat kematian,dan belum ada sejarah, manusia yang tak mati-mati. Namun apakah persiapan kita untuk kembali kepadaNya sudah memadai?Alangkah gembiranya jika kita jika mendapat jemputan seakan tetamu istimewa ke majlis-majlis besar dan dapat pula makan bersama perdana menteri yang adil serta sultan yang bertimbang rasa,sedang itu baru sahaja menjadi tetamu istimewa di dunia.


Ayuh Persiapkanlah diri dengan iman dan amal soleh moga mendapat jemputan yang lebih istimewa kelak.


Sebagaimana Firaman-Nya yang bermaksud:


(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!

(Al-Fajr : 27-30)




Renungkanlah..




Ibn Yaacob
Ampang,Selangor.
18 Mac 2009 / 21 Rabiul awwal 1430

http://www.ibnyaacob.blogspot.com/



1 comment:

Anonymous said...

Great! very very nice entri.
Alhamdulillah.
keep it up!
teringat lagu Bila Waktu Telah Berakhir by Opick. macam sesuai ngan cerita saudara ni..