BUKU FORMULA SOLAT SEMPURNA
Jeling buku kali ini memaparkan buah tangan dari bakal Dr Zaharuddin Abd Rahman yang merupakan seorang yang pakar agama khususnya fiqh muamalat.
kebiasan kita hari ini solat berdasarkan ikut-ikutan, dari mana contoh takbir, qiam, rukuk,iktidal, sujud dll kita perolehi?apakah sumber atau hujah yang menjadi sandaran kepada perbuatan tersebut tidak diketahui.Alhamdulillah di dalam buku ini Ust Zaharuddin Abd Rahman telah berusaha membawa dalil-dalil bagi setiap perbuatan di dalam solat.
Ayuh tingkatkan kualiti solat yang anda persembahkan kepada Allah SWT saban hari!
http://www.zaharuddin.net
NOVEL HIKMAH HATI
Buku kedua merupakan hasil penulisan novel julung kali oleh juga bakal Dr Maszlee Malik.Penulis merupakan ahli agama yang terkenal dengan pembelaannya terhadap saudara- saudara kita di Palestin.
SINOPSIS HIKMAH HATI
Di bumi Aden, Ghulam dilahirkan sebagai anak yatim. Dialah yang menyara si
ibu yang sudah tua dengan bekerja di kedai membuat kaca dan mengembala
kambing. Hatinya sering dihiburkan dengan cerita si Ma’di al-Najjar yang
buta itu tentang sejarah bumi Yaman, Saba, kerajaan Rom dan Empayar Parsi.
Suatu hari, tersebar perkhabaran tentang pencarian seorang budak keturunan
Bani Israel yang pintar untuk menggantikan Shaylam, ahli sihir istana yang
semakin gering. Dia teruja hendak menjadi ahli sihir dan orang kepercayaan
Shah, raja kerajaan Himyar yang dianggap sebagai jelmaan tuhan.
Hidup ahli sihir istana dilimpahi dengan kesenangan, kekayaan dan
kehormatan. Apatah lagi dapat berdampingan dengan Shah yang disembah oleh
semua rakyat jelata! Namun, hadir seseorang yang tidak dikenali.
Apakah kehadiran insan itu akan merenggut impian indah Ghulam? Dia tidak
mahu terus diulit kemiskinan dan melarat mencari rezeki. Pilihannya cuma ada
dua; sama ada lari daripada orang itu ataupun berdepan!
Dapatkan segera!
http://maszleemalik.blogspot.com/2009/02/hikmah-hati.html
Isu Zafrul: SELAMI MAKRIFATNYA
22 hours ago
1 comment:
hikmah hati macam sama dn hadis ni:
Haddab bin Khalid menceritakan kepada kami daripada Hammad bin Salamah daripada Sabit bin Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir. Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; “Usiaku telah lanjut, berilah kepadaku seorang ghulam (budak/ remaja) untuk aku ajarkan kepadanya ilmu sihir.” Maka diberikan kepadanya seorang ghulam untuk diajarkan ilmu sihir kepadanya. Di perjalanannya menuju kepada ahli sihir terdapat seorang rahib. Maka ghulam bertemu dengannya, mendengar pengajarannya dan tertarik dengannya. Setiap kali ghulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib dan bertemu dengannya. Apabila dia mendatangi ahli sihir, dia akan dipukul. Lalu dia mengadu perkara tersebut kepada rahib. Rahib menjawab; “ Apabila kamu takut kepada ahli sihir, maka katakanlah; Keluargaku menyebabkan aku pulang lewat. Apabila kamu takut kepada keluargamu, maka jawablah; Ahli sihir menyebabkan aku pulang lewat.”
Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia bertembung dengan seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang ramai. Ketika itu, ghulam tersebut berkata; “Pada hari ini, aku akan mengetahui adakah ahli sihir yang lebih afdal ataupun rahib yang lebih afdal.” Maka dia mengambil seketul batu lalu berdoa; “Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Kamu sukai daripada urusan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai dapat lalu-lalang.” Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang ramai dapat lalu lalang. Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Maka rahib berkata,
“Wahai anakku, kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungguhnya aku melihat bahawa urusanmu telah sampai kepada satu peringkat. Kamu akan diuji. Sekiranya kamu diuji, janganlah kamu menceritakan tentang aku.” Ghulam tersebut mempunyai kebolehan untuk mengubati penyakit buta sejak lahir, sopak dan dia juga mengubati berbagai lagi penyakit. Seorang pembesar diraja yang sentiasa bersama raja telah mendengar kisah kebolehan ghulam. Beliau adalah seorang buta. Lalu beliau mendatanginya dengan membawa hadiah yang banyak. Beliau berkata; “Semua yang aku kumpulkan ini adalah untuk kamu sekiranya kamu dapat menyembuhkan aku.” Ghulam menjawab; “Aku tidak boleh menyembuhkan seseorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah. Apabila kamu beriman kepada-Nya, aku akan berdoa kepada- Nya, maka Dia akan menyembuhkan kamu.” Lalu beliau beriman, maka Allah menyembuhkan penyakitnya.
Kemudian beliau mendatangi majlis raja. Beliau duduk di sisi raja sebagaimana sebelumnya. Raja berkata kepadanya; “wahai Fulan, siapakah yang telah mengembalikan penglihatanmu?” Beliau menjawab; “Tuhanku.” Raja bertanya lagi; “Apakah kamu mempunyai tuhan selainku.” Beliau menjawab; “Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” Beliau terus menerus diseksa sehinggalah beliau menceritakan tentang ghulam. Maka ghulam pun dibawa menghadap. Raja berkata kepadanya; “Wahai anakku, sesungguhnya sihir kamu telah sampai peringkat dapat menyembuhkan penyakit buta, sopak dan berbagai lagi yang kamu lakukan.” Ghulam menjawab; “Aku tidak boleh menyembuhkan sesiapa pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah.” Maka dia pun diseksa. Dia terus menerus diseksa sehinggalah dia menceritakan tentang rahib.
Maka rahib dipanggil lalu dikatakan kepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Rahib enggan berbuat demikian lalu dibawa gergaji dan diletakkan di tengah-tengah kepalanya sehinggalah tubuhnya terbelah dua. Kemudian dibawa pembesar diraja dan dikatakan kepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Dia enggan lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepalanya sehinggalah tubuhnya terbelah dua. Selepas itu ghulam dibawa dan dikatakan kepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Dia enggan lalu dia diserahkan kepada sekumpulan tentera raja. Raja berkata; “pergilah kamu semua membawanya ke bukit sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu sampai ke kemuncaknya, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak, maka campakkanlah dia. Mereka pergi membawanya dan mendaki bukit tersebut.Ghulam pun berdoa; “Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai.” Lalu bukit bergoncang dan mereka semua jatuh.
Ghulam pun pulang untuk menemui raja. Raja berkata kepadanya; “apakah yang telah dilakukan oleh kawankawan kamu?” ghulam pun menjawab; “Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka.” Lalu dia dihantar kepada sekumpulan tentera yang lain. Raja berkata; “pergilah kamu semua membawanya ke sampan. Bawalah dia ke tengah lautan, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak,campakkan dia ke laut. Maka mereka pergi membawa ghulam lalu dia berdoa; ; “Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai.” Maka sampan pun terbalik dan mereka semua tenggelam. Ghulam pun pulang untuk menemui raja. Raja berkata kepadanya; “apakah yang dilakukan oleh kawan-kawan kamu?” dia menjawab; “Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka.”
Kemudian dia berkata kepada raja; “Sesungguhnya kamu tidak boleh membunuh aku sehingga kamu melakukan apa yang aku suruh.” Raja berkata; “Apakah dia?” ghulam menjawab; “Kamu kumpulkan orang ramai di suatu kawasan lapang dan kamu salibkan aku pada sebatang pokok. Kemudian kamu ambil anak panahku daripada bekasnya, dan letakkan pada busarnya. Selepas itu sebutlah “Dengan Nama Allah, Tuhan ghulam,” dan panahlah aku. Sekiranya kamu melakukan sedemikian, kamu boleh membunuhku.” Maka raja pun mengumpulkan orang ramai di suatu kawasan lapang, menyalibnya pada sebatang pokok, kemudian mengambil anak panah kepunyaan ghulam daripada bekasnya dan meletakkan pada busarnya. Selepas itu raja berkata; “Dengan Nama Allah, Tuhan ghulam,” sambil melepaskan anak panah menuju sasarannya. Anak panah tersebut kena pada bahagian di antara mata dan telinga ghulam lalu dia meletakkan Tangannya pada tempat panahan dan meninggal.
Orang ramai pun berkata; “Kami beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman dengan Tuhan ghulam.” Maka raja pun datang dan dikatakan kepadanya; “Apakah tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman.” Lalu raja memerintahkan supaya digali parit dan dinyalakan api. Raja berkata; “Sesiapa yang tidak kembali kepada agama asalnya, maka humbankan dia ke dalamnya.”
Mereka pun melaksanakan perintahnya sehingga datang giliran seorang perempuan dengan membawa bayinya. Dia berhenti kerana takut untuk terjun ke dalam api. Lalu bayinya berkata; “Wahai ibu, bersabarlah, sesungguhnya ibu berada di atas kebenaran.”
Sahih Imam Muslim.
Post a Comment