Mana mungkin minyak bercampur air.Itu antara perumpamaan yang sering kita dengari sejak dahulu lagi, begitu juga ibaratnya Syirik yang sama sekali mustahil untuk bersama Tauhid.
Berkata Muhammad bin Ismail At-tamimi
“Mencampuradukkan antara syirik dan iman tidak mungkin dapat dilaksanakan.Maka maksud dari ayat tersebut adalah,mereka tidak memiliki dua sifat secara bersamaan,iaitu kekafiran setelah keimanan atau keimanan itu sendiri”[i]
Apakah Syirik?Sebelum kita mengetahui makna syirik, terlebih dahulu perlulah kita mengetahui makna Tauhid. Ini kerana Syirik adalah lawan bagi kata Tauhid.
Tauhid adalah mengesakan Allah SWT dalam ibadat dengan mengarahkan ibadat tersebut semata-mata kepadaNya sahaja dan tidak mensyirikkanNya[ii]
Manakala Syirik adalah menjadikan sesuatu sebagai sekutu Allah dalam hal-hal yang merupakan hak murni Allah.Seperti menjadikan tuhan atau beberapa tuhan selain Allah yang di sembah, ditaati,dimintai pertolongan,dicintai atau lainnya.Semua ini tidak ada yang brhak mendapatkannya selain Allah.[iii]
Adapun Syirik terbahagi kepada dua iaitu:
-Syirik akhbar(besar)
-Syirik asghar(kecil)
*Seputar berkaitan isu tangkal,azimat,jimat(Tamimmah)
Penulisan kali ini akan mengupas isu yang masih tidak lekang oleh masyarakat kita berkaitan penggunaan tangkal.
Barangkali sesetengah kita masih tidak sedar ternodainya tauhid disebabkan menggunakan tangkal dan azimat.Kita di seru bergantung harap hanya kepada Allah SWT tidak selain Nya.
Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
( Al-An'aam:17)
Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan. Kemudian, apabila Ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.
( Al-Nahl:53-54)
Dalam satu hadis:
“Sesungguhnya jampi,tangkal dan susuk adalah syirik”[iv]
Adalah amat pelik ketika dunia dihambat teknologi masih ada manusia yang bergantung harap kepada batu-batu,tulang haiwan,air kotor dari longkang dan berbagai lagi bahan-bahan yang kotor lagi karut marut yang digunakan untuk dijadikan tangkal dan azimat untuk mendapatkan perlindungan.
Pendapat pertama , ia dibolehkan. Ini adalah pendapat sekolompok sahabat, di antaranya Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash. Ini pulalah makna tekstual apa yang diriwayatkan Aisyah. Pendapat ini juga dikemukakan oleh Abu Ja’far al Baqir dan Ahmad bin Hanbal,menurut salah satu riwayat dari beliau. Mereka mengkhususkan hadits yang melarang mengalungkan tamimah pada tamimah yang di dalamnya terdapat syirik.
Pendapat kedua, ia dilarang. Pendapat ini juga dikemukan oleh sekolompok sahabat, di antaranyaialah Ibnu Mas’ud danIbnu Abbas(r.a). Ini pulalah pendapat Hudzaifah,Uqbah bin Amir dan Ibnu Ukaim. Sekolompok tabi’in juga menguatkan pendapat ini, di antaranya para sahabat Ibnu Mas’ud dan Ahmad dalam suatu riwayat yang kemudian di pilih oleh sebahagia besar pengikutnya dan para ulama muta’akhirin memastikan pendapat ini dengan mendasarkan pada riwayat Ibnu Masud(r.a), ia berkata
“Aku mendengar Nabi SAW bersabda,’ sesungguhnya ruqyah,tamimah dan tiwalah(pelet) adalah syirik”[v]
Pendapat kedua adalah benar kerana tiga alasan:
1. Keumuman larangan Nabi SAW ,serta tak ada dalil yang mengkhususkannya.
2. Untuk tindakan prefentif,karena hal itu menyebabkan dikalungkannya sesuatu yang tidak boleh
3. Bahwasanyajika ia mengalungkan sesuatu dari ayat al –quran maka hal itu menyebabkan pemakaiannya menghinakan,misalnya dengan membawanya waktu buang hajat,istinja atau lainnya.[vi]
*AMARAN BAHAYANYA SYIRIK
Jesteru itu kita perlu menyedari betapa bahayanya syirik kepada kehidupan ini,ini kerana Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
( Luqman:13)
Dan juga Syirik menghapuskan amal pelakunya,tidak kira jika hajinya sudah sepuluh kali,ianya sia-sia kerana terlibat dengan syirik.
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
(Az-Zumar: 65)
Selain itu dosa syirik tidak akan mendapat keampunan daripada Allah SWT
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
(An-Nisaa': 48)
Pelaku syirik juga diharamkan syurga.
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
(Al-Maaidah: 72)
Jawaban Rasulullah SAW di bawah juga selari dengan firman Allah SWT
“Dari Jabri r.a., katanya seorang laki-laki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya ‘ Ya Rasulullah! Apakah itu dua masalah wajib?’ Jawab Rasulullah SAW ., ‘ Siapa yang mati tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun,dia masuk syurga.Dan siapa yang mati menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain dia masuk neraka”[vii]
Selain itu jika kita amati ulama tersohor masa kini juga seperti Dr Yusuf al –Qardawi juga tidak lupa memasukkan bab jimat/tamimah ini di dalam kitab beliau iaitu al- halal wal haram fil Islam. Begitu juga Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz di dalam Al- Fatawa Juz Awwal dan Al- Fatawa juz Tsani
Oleh itu saudara,tinggalkanlah perbuatan bergantung harap terhadap tangkal mahu pun azimat.Seharusnya kita kembali menghayati salah satu ayat yang tidak kurang 17 kali kita ungkapkan dalam sehari dan kembali memohon kepada-Nya.
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
( Al- Faatihah: 5)
[i] Fathul Baari edisi terjemahan jilid 1 :157
[ii] Manhaj Aqidah Ahli As-Sunnah Wal Jamaah,Ismail Omar:5-6
[iii] Hakikatut- Tauhid , edisi terjemanhan Tauhid & fenomena kemusyirikan,Dr. Yusuf Al-Qardawi:70
[iv] Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan ibn majah-syekh al bani menilai shahih,dinukil dari Bahaya Syirik oleh Dr. Abdullah Yasin
[v] Hadis Riwayat Ahmad,Abu Daud,Ibn Majah dan Al-Hakim dinukil dari terjemahan kitab tauhid(3) Dr Shalih bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan
[vi] terjemahan kitab tauhid(3) Dr Shalih bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan: 85-86
No comments:
Post a Comment