Tuesday, February 27, 2007

siapa syiah ini?mengapa syiah wajib ditolak?

Mengapa Syiah Wajib Ditolak

ustaz rasul dahri

Kertas kerja “Mengapa Syiah Wajib
Ditolak” telah dibentang dan
dikulliahkan di Masjid Negeri, Negeri
Perlis. Penulis merasakan bahawa
masyarakat Islam Perlis amat perihatin
tentang isu Syiah. Mereka juga sangat
mengharapkan ketampilan para ulama Ahli
Sunnah wal-Jamaah yang dapat menerangkan
kepada umat Islam tentang bahaya dan
sesatnya akidah serta fahaman Syiah.
Penulis merasa bertanggungjawab memenuhi
permintaan mereka setelah diminta
memberi kulliah tentang kegiatan Syiah
yang sudah lama menyebarkan fahaman
mereka di seluruh Malaysia dan kini mula
ingin menyebarkannya pula di Negeri Perlis.

Semoga Jabatan Agama Islam Perlis, para
iman, ahli jawatan kuasa Masjid Negeri
Perlis dan para ulama Perlis sentiasa
berusaha menghidupkan kegiatan dakwah
Islamiyah dalam usaha menghalang,
menggagalkan dan membasmi kegiatan
dakwah Syiah di Perlis. Mudah-mudahan
segala usaha suci mereka mendapat
keredhaan dan dirahmati Allah Subhanahu
wa-Ta’ala. Amin!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتِعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ،
وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ سُرُوْرِ اَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ
اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ
يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ
اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . أمَّا بَعْده:

Baru-baru ini penulis telah
diminta agar memberi penjelasan kepada
umat Islam Perlis tentang bahayanya
fahaman Syiah terhadap akidah Islamiyah.
Isu ini disuarakan kerana terdapatnya
beberapa orang aktivis Syiah yang cuba
menyebarkan fahaman Syiah di Negeri
Perlis. Oleh kerana fahaman Syiah ini
benar-benar sesat, menyesatkan dan boleh
memecah-belahkan umat Islam, maka dengan
‘inayah Allah penulis dengan rasa
tanggungjawab dan hati yang ikhlas
insya-Allah akan berusaha sedaya mungkin
bekerjasama dengan para ulama dan
masyarakat Islam untuk sama-sama
menyekat dan membenteras fahaman sesat
ini supaya tidak tersebar di kalangan
umat Islam yang berakidah Ahli Sunnah
wal-Jamaah walau di mana saja mereka berada.

Agar hakikat kesesatan
akidah Syiah dapat diketahui dan
difahami oleh masyarakat Islam Ahli
Sunnah wal-Jamaah, maka penulis
menyiapkan kertas kerja tentang
penyelewengan dan bahayanya fahaman
serta akidah Syiah. Kertas kerja yang
ringkas ini akan dibentangkan sebagai
siri kulliah akidah terutamanya di
beberapa masjid di sekitar Perlis, Pulau
Pinang dan Selangor insya-Allah.

Semoga Allah membantu kita
sekalian menghapuskan fahaman yang sesat
ini dari terus merebak dan sentiasa
memelihara akidah Ahli Sunnah
wal-Jamaah, kedaulatan agama, negara,
kerajaan, masyarakat dan perpaduan Ummah
Islamiyah. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Definisi (شِيْعَة) Syiah Dan Tasyayyu' (تَشَيُّع)

Dari segi etimologis
(bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut,
Penyokong, Pendukung atau Pembela".
Contohnya: Syiah Ali, bermaksud satu
kelompok yang berupa "Penyokong,
pendokong atau pembela Ali". Menurut
Terminologi (istilah) syara, Syiah
bermaksud "Sesiapa yang mengangkat
kepimpinan Ali radiallahu 'anhu dan
anak-anaknya". Dan apabila disebut si
Fulan itu Syiah maka dia menganut atau
berfahaman Syiah.

Tasyayyu' (التشيع) pula
menurut keterangan Syeikh al-Mufid ialah[1]:

التشيع لغة : هوالاتباع على وجه التدين
والولاء للمتبوع علىالاخلاص.



"Tasyayyu' menurut etimologi adalah
sikap mengikut yang didasari agama dan
mengangkat orang yang diikuti dengan
ikhlas".[2]

Pada zaman pemerintahan
Khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman
kalimah syiah dalam erti faktual suatu
kelompok atau fahaman belum wujud dan
belum terbentuk. Tetapi kelompok ini
lahir ketika terjadinya pertikaian dan
peperangan antara Syiah (penyokong) Ali
dan Syiah Muawiyah. Hanya kelompok
Syiah di waktu itu kesemua mereka
berfahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Abdullah Bin Saba' (Si Munafik)

Abdulah bin Saba' adalah
seorang pendita Yahudi dari Yaman.
Berpura-pura masuk Islam (secara nifak)
di zaman Khalifah 'Uthman bin Affan
radiallahu 'anhu. Dialah pereka ajaran
Syiah yang ekstrem yang menjadi punca
bersemaraknya perpecahan dalam kalangan
masyarakat Islam terutama dalam kelompok
Syiah itu sendiri. Abdullah bin Saba'
pernah berkata yang ditujukan kepada
Khalifah Ali radiallahu 'anhu:
"Engkaulah Allah".[3] Maka Ali
mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah
bin Saba' tetapi ditegah oleh Ibn Abbas.
Penyokong Ali membuangnya ke Madain
(Ibu Negeri Iran lama).

Abdullah bin Saba' orang
pertama mengkafirkan Abu Bakar, 'Umar
dan 'Uthman dan tidak mengiktiraf
kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan
Ahli Bait".[4] Seorang ulama Syiah
Muhammad Husin al-Zain pernah
memperkatakan tentang Abdullah bin Saba':

"Abdullah bin Saba' mengeluarkan qaul
(yang sesat), mengajarkan fahaman yang
ghalu (keterlaluan)..... dan
perbuatannya sangat melampaui batas".[5]

Saad bin Abdullah al-Qumy
seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum
Syiah yang lahir pada 229H mengakui
wujudnya Abdullah bin Saba'. Beliau
menyebut beberapa nama orang yang
berkonspirasi yang digelar sebagai
Saba'iyah. Menurut beliau lagi bahawa
komplot Saba'iyah adalah firqah pertama
dalam Islam yang mengeluarkan
perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).

Saad bin Abdullah al-Qumy ulama besar
Syiah yang masyhur ini telah memastikan
bahawa Abdullah bin Saba' adalah orang
yang mengeluarkan perkataan dan
menampakkan dirinya mengecam dan
menentang Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman
radiallahu anhum serta tidak mengiktiraf
kekhalifahan mereka.[6]

Pegangan Syiah Imamiyah yang
ada sekarang adalah berasaskan ideologi
dan doktrin sesat Abdullah bin Saba'.
Fahaman ini disampaikan (dipelihara)
dalam bentuk riwayat hadis yang
dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli
Bait) dengan penuh kebohongan tetapi
diterima oleh mereka yang jahil.[7]

Syiah Mengkafirkan Para Sahabat

Agama Syiah mengkafirkan
para pembesar sahabat secara umum.
Pengkafiran ini boleh dilihat dalam
kitab-kitab besar Syiah yang ditulis
oleh ulama mereka, contohnya ialah
wasiat para ulama mereka:

1. Abu Ja'far berkata:

"Semua manusia (kaum muslimin Ahli
Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli
Jahiliyah (kafir/murtad setelah
kewafatan Rasulullah) kecuali empat
orang, Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar".[8]

2. Al-Kulaini[9] mensifatkan Abu
Bakar, 'Umar dan 'Uthman telah terkeluar
dari kalangan orang yang beriman
(murtad/kafir) lantaran tidak melantik
Ali sebagai khalifah setelah Rasulullah
sallallahu 'alaihi wa-sallam wafat.[10]
Malah al-Kulaini mengkafirkan seluruh
penduduk Mekkah dan Madinah. Menurut
Kulaini:

"Penduduk Madinah lebih buruk dari
penduduk Mekkah dan penduduk Mekkah
telah kufur kepada Allah dengan
terang-terang".[11]

Al-Kulaini juga menetapkan
dalam kitabnya al-Kafi:

"Sesiapa yang tidak beriman kepada Imam
Dua Belas maka dia adalah kafir walaupun
dia keturunan Ali atau Fatimah".[12]

3. Al-Majlisi seorang ulama besar
Syiah menegaskan:

“Bahawa mereka (Abu Bakar, 'Umar dan
'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan
murtad, keluar dari agama, semoga Allah
melaknat mereka dan semua orang yang
mengikut mereka dalam kejahatan mereka,
sama ada orang dahulu atau orang-orang
kemudian".[13]



Budak Ali bin Husin berkata:



"Saya pernah bertanya kepada Ali bin
Husin tentang Abu Bakar dan 'Umar. Maka
dia menjawab: Keduanya kafir dan
sesiapa yang mencintainya juga kafir".[14]

4. Abu Basir (ulama Syiah) menegaskan:

"Sesungguhnya penduduk Mekkah telah
kufur kepada Allah secara terang-terang
dan penduduk Madinah lebih buruk dari
penduduk Mekkah, lebih buruk tujuh puluh
kali dari penduduk Mekkah".[15]

Demikianlah kenyataan,
fatwa, kepercayaan, pandangan dan
tuduhan jahat para ulama Syiah terhadap
Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada terhadap
ulama atau orang awamnya.

Al-Quran Menurut Syiah

Menurut kepercayaan penganut
Syiah al-Quran yang ada sekarang sudah
diubah-suai, ditambah dan dikurangi oleh
para sahabat dan tidak asli. Al-Quran
yang asli berada di tangan Ali yang
kemudian diwariskan kepada
putera-puteranya. Menurut Syiah lagi
bahawa pada masa sekarang ini al-Quran
yang asli berada di tangan Imam Mahadi
al-Muntazar.

Al-Kusyi pula berkata:

"Tidak sedikitpun isi kandungan di dalam
al-Quran (yang digunakan oleh Ahli
Sunnah wal-Jamaah sekarang, Pent.) yang
boleh kita jadikan pegangan".[16]

Menurut para ulama Syiah:

“Seseorang itu akan dianggap kafir dan
masuk neraka kerana tidak mengikut Imam
Dua Belas Syiah atau kafir terhadap Syiah”.

Syiah banyak merubah ayat-ayat al-Quran
dan tafsirannya. Contohnya ayat:

مَاسَلَكَكُمْ فِى سَقَرٍ

"Mengapa kamu masuk neraka?"

(Menurut penafsiran ulama
Syiah):

قَالُوْا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّيْن

"Orang-orang kafir menjawab, Kami tidak
solat".

Ulama Syiah merubah
tafsirannya yang sebenarnya kepada
maksud dan tafsiran:

"Kami (masuk neraka kerana) tidak
mengikut Imam (Syiah)".[17]

Begitulah kekarutan,
khurafat dan batilnya kepercayaan
penganut syiah yang telah disepakati
oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah
sebagai akidah yang sesat lagi menyesatkan.

Hadis Menurut Syiah

Syiah menolak hadis-hadis
sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis
Ahli Sunnah wal Jamaah, seperti Imam
Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang
lainnya. Syiah hanya menerima hadis
yang diriwayatkan oleh perawi Ahli Bait.
Menurut Syiah hadis bukan semata-mata
dari Nabi tetapi dari Imam Dua Belas
yang maksum. Nilai perkataan imam yang
maksum senilai dengan wahyu dan sabda
nabi.[18]

Syiah Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

1. Syiah menggelar golongan Ahli
Sunnah wal-Jamaah sebagai Nasibi(نَاصِبِي)
"Penipu, Pembangkang atau penentang Ali
bin Abi Talib" kerana mereka
mendahulukan Abu Bakar, 'Umar dan
'Uthman sebagai khalifah.

Begitu juga ulama Syiah
mengkafirkan pengikut mazhab Syafie,
Hambali, Maliki dan Hanafi kerana mereka
digolongkan sebagai an-Nasibi. Menurut
ulama Syiah lagi:

"Dalam kalangan ulama (Ahli Sunnah) dari
Malik, Abi Hanifah, Syafie, Ahmad dan
Bukhari semua mereka kafir dan
terlaknat".[19]

Keyakinan Syiah yang sesat ini
diambil dari keterangan ulama mereka
Syeikh Husin al-'Usfur ad-Darazi
al-Bahrani. Beliau menegaskan:

"Riwayat-riwayat para imam menyebutkan
bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah
mereka yang digelar Ahli Sunnah
wal-Jamaah".[20]

2. Syiah menganggap seluruh Ahli
Sunnah wal-Jamaah kafir yang setara
dengan orang-orang kafir musyrikin dan
najis. Berkata Abu Qasim al-Musawi
al-Khuri (ulama besar Syiah):

"Najis ada sepuluh jenis, yang
ke sepuluh adalah orang kafir, iaitu
yang tidak beragama atau yang beragama
bukan Islam atau beragama Islam menolak
yang datang dari Islam. Dalam hal ini
tidak ada perbezaan antara murtad, kafir
asli, kafir zimmi, Khawarij yang ghalu
atau an-Nasibi (Ahli Sunnah
wal-Jamaah)".[21]

Berkata Ruhullah al-Musawi
(ulama Syiah):

"Sesungguhnya an-Nasibi (Ahli
Sunnah wal-Jamaah) dan Khawarij
dilaknati Allah Subhanahu wa-Ta'ala.
Keduanya adalah najis tanpa diragukan
lagi".[22]

3. Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah
kerana tidak mengiktiraf (tidak
mengimani) Imam Dua Belas. Berkata
Yusuf al-Bahrani (ulama Syiah):

"Tidak ada perbezaan antara
orang yang kafir kepada Allah Subhanahu
wa-Ta'ala, RasulNya dan yang kafir
kepada para Imam Dua Belas".[23]



Dan berkata Kamil Sulaiman
(ulama Syiah):

"Sesiapa yang meyakini para
Imam Dua Belas maka dia adalah orang
yang beriman dan sesiapa yang
mengingkarinya dia adalah kafir".[24]

Syiah menghalalkan darah dan harta Ahli
Sunnah. Berkata Muhammad bin Ali
Babawaihi al-Qummi, dia meriwayatkan
dari Daud bin Farqad:

"Aku bertanya kepada Abu
Abdullah 'alaihis salam: Bagaimana
pendapat engkau membunuh an-Nasibi (Ahli
Sunnah wal-Jamaah)? Dia menjawab:
Halal darahnya akan tetapi lebih selamat
bila engkau sanggup menimpakan dengan
tembok atau menenggelamkan (mati lemas)
ke dalam air supaya tidak ada buktinya.
Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan
hartanya? Dia menjawab: Rampas sahaja
semampu mungkin".[25]

Berkata Abu Ja'far ath-Thusi
(ulama Syiah):



"Berkata Abu Abdullah 'alaihis
salam (Imam as-Sadiq): Ambillah harta
an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dari
jalan apapun kamu mendapatkannya dan
berikan kepada kami seperlima".[26]



Yusuf al-Bahrani berkata (ulama
Syiah):

"Dari dahulu sehinggalah
sekarang, bahawa an-Nasibi kafir dan
najis secara hukum, dibolehkan mengambil
segala harta benda mereka bahkan
dihalalkan membunuhnya".[27]

Begitulah sikap golongan
Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah
yang mereka gelar sebagai an-Nasibi.
Mereka bukan sahaja memusuhi Ahli Sunnah
malah mengistiharkan bunuh dan rampas
harta benda Ahli Sunnah wal-Jamaah. Dan
rampasan tersebut dianggap oleh mereka
sebagai ganimah (harta rampasan perang).

Agama Syiah Mewajibkan Taqiyah

Taqiyah (dissimulation)
adalah satu prinsip yang diyakini oleh
syiah Imamiyah. Berpegang kepada
taqiyah adalah wajib bagi setiap
penganut Syiah. Ianya adalah satu sikap
yang menyembunyikan kebenaran yang
(kononnya) jika didedahkan akan membawa
kemusnahan diri atau agama seseorang
Syiah.[28] Pada mulanya taqiyah
dilakukan kerana takut terjadinya
penindasan dari pihak pemerintah.
Tetapi selanjutnya diamalkan untuk
menipu, berbohong dan seterusnya untuk
menghalalkan sesuatu yang haram atau
sebaliknya.

Orang-orang Syiah akan menyamar sebagai
Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk
memerangkap Ahli Sunnah yang kurang
faham akan agama mereka. Tujuannya
supaya dapat dirosakkan fahaman, akidah
dan amal ibadahnya.

Abu Ja'far berkata:

"Taqiyah adalah agamaku dan agama nenek
moyangku. Dan tidak beragama bagi
sesiapa yang tidak bertaqiyah".[29]



Abdullah berkata:



"Wahai Abu 'Umar! Sesungguhnya sembilan
persepuluh dari agama terletak pada
taqiyyah, tidak beragama bagi sesiapa
yang tidak bertaqiyyah pada segala
sesuatu, kecuali arak dan menyapu
sepatu".[30]



Diriwayatkan dari Ali bin Muhammad:



"Wahai Daud! Sekiranya kamu mengatakan
bahawa orang yang meninggalkan taqiyah
sama seperti orang yang meninggalkan
solat, maka sesungguhnya betullah
kata-katamu itu".[31]

Sebenarnya taqiyyah dalam
agama Syiah adalah perbuatan nifak,
pembuat nifak adalah seorang munafik.
Tidak ada hadis sahih yang menghalalkan
taqiyah sebagaimana yang dilakukan oleh
golongan Syiah. Si Munafik pula
dilaknat Allah dan ditempat di neraka
yang paling bawah (kerak neraka), maka
Ahli Sunnah wal-Jamaah diharamkan dari
bertaqiyah.

Syariat Syiah Yang Menyesatkan

Syariat Syiah yang sebenar
amat bertentangan dengan syariat Ahli
Sunnah wal-Jamaah. Syiah digolongkan
oleh Imam Syahrastani di dalam bukunya
“Al-Milal Wan-Nihal” dan al-Bagdadi
dalam bukunya “Al-Faraq Bain al-Firaq”
segabai golongan 72 yang ke neraka,
kerana penganut Syiah selain
mengkafirkan Amirul Mukminin Abu Bakar,
‘Umar al-Khatab, Uthman radiallahu anhum
dan para sahabat yang lain, mereka juga
lebih meyakini syariat Daud 'alaihis
salam daripada syariat Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa-sallam. Abu
Ja'far berkata:

"Apabila Imam ghaib (Imam Mahdi) datang,
ia akan memerintah dengan hukum syariat
Daud (bukan syariat Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam, pent)".[32]



Nikah Mut'ah

Syiah menghalalkan nikah
mut'ah seberapa banyak, beberapa kali
yang diinginkan dan yang semampu.
Mereka menghalalkan nikah mut'ah
sehingga ke Hari Kiamat. Sebaliknya
Ahli Sunnah wal-Jamaah telah
mengharamkan nikah mut'ah sehinggalah ke
Hari Kiamat. Antara hadis (hadis-hadis
sahih) dari Nabi Muhammad sallallahu
'alaihi wa-sallam yang mengharamkan
nikah mut’ah ialah:

عَنْ عَلِيِّ اَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى
عَنْ نِكَاحِ الْمُتْعَةِ يَوْمَ خَيْبَرَ وَعَنْ لُحُوْمِ الْحُمُرِ
اْلاَهْلِيَّةِ.



"Dari Ali (Bin Abi Talib): Sesungguhnya
Nabi Sallallahu 'alaihi wa-sallam telah
melarang nikah mut'ah pada hari
peperangan Khaibar dan baginda
mengharamkan makan daging keldai
kampung".[33]



اَنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى يَوْمِ
الْفَتْحِ عَنْ مُتْعَةِ النِّسَاءِ.



"Sesungguhnya Rasulullah sallallahu
'alaihi wa-sallam melarang nikah mut'ah
pada hari futuh (pembukaan) Mekkah".[34]

Antara tanda-tanda penganut
agama Syiah ialah menghalalkan nikah
mut’ah walaupun telah diharamkan oleh
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Golongan Syiah telah menyelewengkan
hadis-hadis sahih yang mengharamkan
mut’ah. Oleh itu, orang-orang beriman
yang mengakui sebagai Ahli Sunnah
wal-Jamaah perlu membenteras fahaman dan
ajaran Syiah kerana Syiah adalah
golongan yang sesat lagi menyesatkan.

RUKUN IMAN AGAMA SYIAH

Rukun iman Agama Syiah
berbeza dengan rukum iman Ahli Sunnah
wal-Jamaah, kerana rukun iman Syiah
hanya lima perkara, iaitu:

1. Beriman kepada keEsaan Allah -
(التوحيد)

2. Beriman kepada Keadilan -
(العدل)

3. Beriman kepada Kenabian -
(النبوة)

4. Beriman kepada Imam -
(الامانة)

5. Beriman kepada Hari Kiamat -
(المعاه)

Imam Malik secara
terang-terangan telah mengkafirkan
golongan Syiah kerana golongan ini
membenci para sahabat Nabi dan sesiapa
yang membenci sahabat Nabi adalah kafir.
Hal ini telah disepakati oleh
sebahagian besar ulama.[35]

Imam Malik rahimahullah juga pernah
menjelaskan tentang Syiah:

"Mereka (Syiah) jangan diajak berbual
dan jangan pula diberi perhatian, mereka
adalah golongan pembohong".[36]



Imam Syafie rahimahullah pula berwasiat:



"Belum pernah aku saksikan di kalangan
manapun manusia yang begitu berani
menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi
palsu seperti golongan Syiah".[37]

Begitulah fatwa-fatwa para
ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah terhadap
golongan Syiah. Tidak terdapat
seorangpun dari kalangan mereka yang
menerima Syiah sama ada fahaman atau
akidah mereka. Oleh itu, berwaspadalah
terhadap gerakan, doktrin dan di’ayah
Siyah, kerana pada hakikatnya mereka
adalah pembohong yang hanya mengajak
kepada kesesatan, pecah-belah dan
kehancuran umat Islam. Wallahua’lam.
Walhamdulillahi rabbil ‘alamin.

[1]. Syeikh al-Mufid adalah seorang
ulama Syiah abad (414 H/ 1022M).

[2]. Lihat: Awaailul Maqalat. hlm. 2.
Syeikh al-Mufid.

[3]. Lihat: Rijal al-Kusyi. Hlm.
106-108. (Kitab ini "Rijal al-Kusyi")
adalah kitab tertua menjadi rujukan dan
pegangan golongan Syiah.

[4]. Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah
al-Imamiyah al-Ithna 'Asyariah. (1/74).

[5]. Lihat: الشيعة فى التاريخ Hlm.
213. Muhammad Husin al-Zain.

[6]. Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah
al-Imamiyah al-Ithna 'Asariyah. (1/74).

[7]. Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah
al-Imamiyah al-Ithan 'Asariyah. (1/77).

[8]. Lihat: Tafsir as-Safi. (1/389).

[9]. Al-Kulaini, nama penuhnya Muhammad
bin Yakub al-Kulaini. Meninggal dunia
pada 328H

[10]. Lihat: Usul al-Kafi. (1/488).

[11]. Ibid. (2/409).

[12]. Lihat: Al-Kafi. (1/372-374).

[13]. Lihat: بحار الانوار. (4/385).
Muhammad Baqir al-Majlisi

[14]. Ibid. (2/216).

[15]. Ibid. (2/410).

[16]. Lihat: As-Safi. (1/33).

[17]. Lihat: Usul Kafi. (1/438).

[18]. Keyakinan bahawa para imam maksum
menjadikan semua perkataan yang keluar
dari mereka adalah sahih. Maka tidak
diperlukan menyandarkan sanadnya kepada
Rasulullah s.a.w sebagaimana di kalangan
Ahlu Sunnah wal-Jamaah. Lihat: Tarikh
al-Imamiyah. Hlm. 140. Abdullah Faiyad.

[19]. Lihat: Asy-Syiah wa as-Sunnah.
Hlm. 7. Ihsan Ilahi Zahiri.

[20]. Lihat: Al-Masail al-Khurasaniyah.
Hlm. 147.

[21]. Lihat: Manhaj Shalihin. (1/116).

[22]. Lihat: Tahrirul al-Wasilah.
(1/116). Cetakan Beirut.

[23]. Lihat: Al-Hadiq an-Nadirah.
(28/153). Cetakan Beirut.

[24] Lihat: Kitabul Khalash Fi Zilli
al-Qaimmul Mahdi. Hlm. 44. Cetakan
Beirut, Lebnon.

[25]. Lihat: 'Ilal asy-Syar'i. Hlm.
44. Cetakan Beirut.

[26]. Lihat: Tahzibul Ahkam. (1V/122)
Cetakan Tehran.

[27]. Lihat: Al-Hadiq an-Nadirah Fi
Ahkam al-Atraf at-Tahirah. (X11/323-324).

[28]. Lihat: Al-Qummi, terjemahan Asaf
.A Fyze. Hlm. 71.

[29]. Lihat: Usul Min Kafi. (2/219).

[30]. Ibid.

[31]. Lihat: Wasail asy-Syiah (X1/466).
Cetakan Tehran.

[32]. Lihat: Tarikh Ma Ba'da Zuhur.
Hlm. 728. Cetakan Beirut.

[33]. H/R Bukhari (5/78 dan 6/129).
Muslim (9/189-190).

[34]. H/R Muslim. (4/133).

[35]. Lihat: Sunnah dan Syiah,
Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr.
Abdullah Muhammad Gharib. Edisi
pertama, Surabaya. 1984.

[36]. Ibid. Hlm. 57.

[37]. Ibid. hlm. 57.

No comments: