Seringkali kita lihat gambar ini,hakikatnya kita sekadar tidak ambil peduli
Adalah menjadi kebiasaan bagi imam yang bertugas mengungkapkan hadis rasulullah tatkala tiba masa berdiri bagi mendirikan solat jemaah.Sesungguhnya ucapan tersebut bukanlah kata-kata yang direka-reka tanpa tujuannya,ini kerana kata-kata tersebut adalah shahih dari mulut rasulullah SAW yang mulia yang bermaksud:
Dari Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda”Luruskan shaf kamu,karena shaf yang lurus termasuk solat yang sempurna”
(Hadis Riwayat Muslim)
Dukacita di dalam masyarakat kita agak tidak mengendahkan seruan tersebut.Kita mengaku cinta kepada nabi,akan tetapi perintah baginda yang ringan seperti ini sering kali dipinggirkan.Ketahuilah sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah perlu diterjemahkan dengan mengikuti(ittiba’) sunnah-sunnah beliau yang shahih.Apa mungkin seorang anak mengaku cintakan ibu bapa tetapi tidak menuruti perintah kedua ibu bapanya?Cuba hayati hadis shahih rasulullah ini yang bermaksud:
Daripada Anas bin Malik r.a: daripada Nabi Saw, sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman.Pertama,hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai kecuali kerana Allah.Ketiga,hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”
(Hadis Riwayat Bukhari&Muslim)
Jika kecintaan kepada ibu bapa menuntut kepada ketaatan terhadap perintah mereka,apakah pula alasannya kita untuk tidak mengendahkan perintah rasulullah,sedangkan kedudukan cinta terhadap rasulullah adalah lebih tinggi berbanding kecintaan terhadap kedua ibu bapa kita.Begitulah kecintaan yang sebenar kepada rasulullah perlu kepada mengikuti (ittiba’) sunnah baginda SAW sebagaimana yang difirmankan Allah SWT yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Ali 'Imraan:31)
Mungkin ada yang rasa tidak selesa jika bersolat dalam keadaan rapat-rapat serta dalam shaf yang lurus.Tidak kurang juga yang timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu dan merapatkan tumit ketika bersolat berjemaah bersama-sama.Ketahuilah bahwa didalam sunnah yang dipandang ringan ini terkandung penawar bagi penyakit perpecahan yang sedang melanda umat Islam masa kini,hayatilah apa yang telah di tuturkan oleh Rasulullah 1400 tahun dahulu,yang bermaksud:
Dari Abu Masud r.a. , katanya Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata” Luruskan barisanmu(shaf),jangan bengkok-bengkok,nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah belah.
(Hadis Riwayat Muslim)
Begitulah kelebihan solat berjemaah yang sempurna shafnya dapat mengeratkan perpaduan sesama Muslim.Terdapat sesetengah masjid yang mewujudkan amalan bersalaman selepas solat bagi mengeratkan perpaduan sesama kita,akan tetapi Rasulullah mempunyai cara tersendiri di dalam mewujudkan perpaduan yang utuh di kalangan para sahabat dengan menyempurnakan shaf.Ini terbukti dengan lahirnya generasi yang ditarbiah oleh Rasulullah sangat menjaga perpaduan sesama mereka dan tidak mementingkan diri seperti puak Muhajirin dan Ansar yang dapat satukan.
Agak menghairankan didalam masyarakat kita terdapat budaya yang amat sensitif jika terdapat kanak-kanak yang maju untuk ke shaf hadapan dan solat bersama-sama orang dewasa,tetapi tidak pula sensitif dengan seruan Rasulullah bagi meluruskan dan merapatkan shaf.Ada yang beranggapan tidak sempurna shaf jika terdapat kanak-kanak bersolat bersama-sama dengan orang dewasa tetapi tidak pula merasakan solatnya tidak sempurna jika shafnya tidak lurus,sedangkan rasulullah telah mengungkapkan hadis yang bermaksud:
Dari Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda”Luruskan shaf kamu,karena shaf yang lurus termasuk solat yang sempurna”
(Hadis Riwayat Muslim)
Jika begini pasti lebih banyak ruang untuk jemaah yang hadir
Seringkali kelihatan tatkala solat jumaat ada jemaah yang terpaksa solat diluar masjid disebabkan ruang didalam masjid sudah dipenuhi oleh para jemaah.Mungkin jika para jemaah didalam masjid dapat merapatkan dan meluruskan shaf sedikit sebanyak dapat memberi ruang kepada jemaah yang diluar untuk turut sama bersolat didalam masjid.
Jika benar kita ikhlas cintakan rasulullah dan ingin mengeratkan perpaduan sesama muslim,ikutilah sunnah rasulullah.Mulakan dengan sunnah yang mudah ini dengan melurus dan merapatkan shaf,leburkan ego,eratkan perasaan kasih sayang sesama muslim dengan menyempurkan shaf.Semoga kita dapat meraih solat yang sempurna dan mengeratkan perpaduan sesama kita.Ayuh luruskan shaf kita seperti mana yang telah di perintahkan oleh rasulullah dan semoga mendapat kenikmatan syurga bagi mereka yang mentaati rasulullah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
(An-Nisaa':13)
Ibn Yaacob
Ampang,Selangor.
7 Julai 2009 / 14 Rejab 1430
http://www.ibnyaacob.blogspot.com/
7 comments:
artikel yg sangat berguna jika dipergunakan. Salam alaik.salam blog
jkk...boleh dipergunakan utk disebarluaskan...
l ini telah diterbitkan di akhbar berita harian:
Saf sembahyang jemaah rapat, lurus bukti mencintai Rasulullah
Oleh Syamsul Annuar Yaacob
MENJADI kebiasaan bagi imam bertugas mengungkapkan hadis Rasulullah SAW ketika berdiri mendirikan solat jemaah. Ucapan itu bukan direka tanpa tujuan kerana kata itu sahih daripada mulut Rasulullah SAW.
Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna.” (Hadis Riwayat Muslim)
Namun, seruan itu sering diabaikan masyarakat yang mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW, tetapi memandang ringan seruan Baginda. Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu diterjemahkan dengan mengikut sunnah Baginda.
Anas berakta, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Pertama, hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai kecuali kerana Allah. Kedua, taat ibu bapa selagi tidak melanggar perintah Allah. Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika kecintaan kepada ibu bapa menuntut ketaatan terhadap perintah mereka, apakah pula alasannya tidak mengendahkan perintah Rasulullah SAW sedangkan kedudukan cinta terhadap Baginda lebih tinggi berbanding ibu bapa.
Begitulah kecintaan sebenar kepada Rasulullah SAW perlu mengikut sunnah Baginda seperti firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali-Imran, ayat 31)
Mungkin ada yang tidak selesa jika bersolat dalam keadaan rapat serta dalam saf lurus. Tidak kurang juga timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu dan bertemu kaki ketika solat jemaah.
Ketahuilah bahawa dalam sunnah yang dipandang ringan ini, terkandung penawar bagi penyakit perpecahan yang sedang melanda umat Islam kini.
Daripada Abu Masud, katanya: “Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok, nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah-belah.” (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah SAW mempunyai cara tersendiri mewujudkan perpaduan utuh di kalangan sahabat dengan menyempurnakan saf. Ini terbukti apabila generasi yang ditarbiah Rasulullah SAW amat menjaga perpaduan dan tidak mementingkan diri seperti puak Muhajirin serta Ansar yang dapat disatukan.
Ada pihak beranggapan tidak sempurna saf jika kanak-kanak solat bersama, tetapi tidak pula rasa solatnya tidak sempurna jika saf tidak lurus.
Setiap kali solat Jumaat atau hari raya, jemaah bersembahyang di luar atau di pekarangan masjid kerana ruangan dalam sudah penuh. Jika semua mementingkan susunan saf yang betul dan lurus, pasti ada jemaah berpeluang solat di dalam masjid.
Jika benar ikhlas cintakan Rasulullah SAW dan ingin mengeratkan perpaduan Islam, ikut sunnah nabi supaya merapatkan serta meluruskan saf supaya hilang perasaan ego dan sombong sebaliknya lahir rasa kasih sayang.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Agama/20090717225614/Article
salam
anda menulis di berita harian?
Alhamdulillah ana baru cuba submit satu artikel dan diterbitkan,moga bermanfaat..
assalamu'alaykum,
sebuah tulisan yang baik. Semoga saudara2 kita mengambil pengajaran darinya, dan akan kita melihat perubahan dalam masyarakat, ameen.
"Ketahuilah bahwa didalam sunnah yang dipandang ringan ini terkandung penawar bagi penyakit perpecahan yang sedang melanda umat Islam masa kini,hayatilah apa yang telah di tuturkan oleh Rasulullah 1400 tahun dahulu,yang bermaksud: Dari Abu Masud r.a. , katanya Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata” Luruskan barisanmu(shaf),jangan bengkok-bengkok,nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah belah. (Hadis Riwayat Muslim)"
sangat setuju.
semoga Allah membalas anta dengan kebaikkan melalui tulisan ini.
Terbaik...patutlah keluar barisan jadi bengkak bengkok! :)
Post a Comment