Thursday, July 30, 2009

Peristiwa Di Nisfu Syaban 2005

Gambar Hiasan


“assalammualaikum,lepas maghrib kita ada baca yasin 3 kali sempena dengan nisfu syaban”pengumuman tidak rasmi orang kuat surau al-aman.



“baca yasin 3 kali,untuk apa ni?” aku menduga



Sesudah solat maghrib selesai,jemaah pun mula mengambil tempat dan terhasil satu bulatan di dalam surau ini seperti kebiasaan khamis malam jumaat.



“malam ini malam nisfu(separuh/pertengahan) syaban,jadi malam ini kita baca yasin 3 kali” Ulang Imam yang mengetuai bacaan yasin yang kemudiannya di ikuti dengan doa yang agak panjang.



Inilah yang berlaku ketika saya masih belajar di tingkatan 3(tahun 1999).Saya terus mengamalkannya dengan penuh keikhlasan mengharapkan amalan ini diterima Allah SWT.Sehingga pada tarikh(Thursday, September 22, 2005) saya terbaca satu artikel berkaitan amalan ini yang saya kira sudah agak sebati dengan saya.






"nak buat apa ekk sempena nisfu sya'ban ni??puasa?qiam?zikir?ye ke??
Message: daripada
syaikh Yusuf Al-Qardawi menukil kata-
kata al-imam Ibn al-'Arabi dalam persoalan bulan
sya'ban:



"tiada hadith yg dipercayai kesahihannya
mengenai keutamaan malam Nisfu Sya'ban. jika
kita hendak menerima hadith2 yang menerangkan
ttg keutamaan malam nisfu sya'ban dan hendak
memperingatinya dengan amal2 kebajikan,maka
hal ini TAK PERNAH berasal dpd Rasullullah
mahupun para sahabat dan umat muslimin pada
abad pertama padahal mereka adlh umat islam yg
terbaik.



-dpd semua sumber tersebut tidak ada riwayat
yang menerangkan bahawa malam nisfu ysa'ban
diperingati dgn berkumpul di masjid2 , membaca
doa2 tertentu dan melakukan solat2 khusus spt
sesudah solat maghrib, sejumlah orang berkumpul
untuk membaca yaasin dan solat sunat 2 rakaat
dgn niat2 tertentu spt mohon pjg umur, ditambah
dua rakaat lagi dan doa dijauhakn ktergantungan
hidup dr org lain dan berdoa pjg lebar yg tak
berasal drpd kalangan salaf" [fatwa Mu'ashirah
(edisi terjemahan oleh al-hamid al-husaini dgn
judul Fatwa-fatwa mutakhir; pustaka hidayah,
Bandung 1996), ms. 480-481]

sebenarnya, terdapat satu HADITH SAHIH
berkenaan nisfu sya'ban yang saya amat yakin
ramai yang terlepas pandang terhadap hadith ini..



-diriwayatkan oleh al-imam ibn Hibban, berkata
Syaikh Syu'ib al-Arna'uth hafizahullah dalam
semaknya ke atas Sahih Ibn Hibban (Muassasah
al-Risalah, Beirut 1997) jilid 12,ms
481,no.5665 "hadith sahih bi syawahid" dan
diriwayatkan juga oleh al-Imam al-munziri dlm
kitabnya at-Targhib wa al-Tarhib "sahih
bisyawahid" dan Syaikh al-albani dalam al-Targhib
wa al-tarhib, jld 1,ms.597,no:1026: "hassan sahih"

hadith tersebut ialah: "Allah akan memperhatikan
semua makhluk pada malam nisfu sya'ban, maka
dia akan mengampuni semua makhlukNya kecuali
orang musyrik dan yang BERMUSUHAN (sesama
sendiri)"



sahabat-sahabat sekalian, pa yg kita boleh dpt
dpd hadith ini?
bukan dengan pengamalan zikir dan wirid spjg
malam,juga bukan dgn berpuasa sunat nisfu
sya'ban...

ttp, cara beramal dgn hadith ini adlh dgn cara
melayakkan diri kita supaya mendapat
pengampunan allah. terdapat dua syarat
kelayakan ,yang pertama tadi kita dah
lulus,insyaAllah... yang kedua pula kita perlu
pastikan bahawa kita TIDAK BERMUSUHAN dgn
sesiapa di kalangan umat islam...jika
ada,hendaklah kita bermaaf-maafan dan
menghubungkan silaturrahim...

itulah cara kita beramal ketika nisfu Sya'ban...

mungkin ada yang akan berkata: apa salahnya
kita buat amalan-amalan lain yg baik..semua tu
adlh perkara baik...

benar...ttp, biarlah setiap yg hendak kita lakukan
adlh yang dianjurkan oleh allah dan
rasulullah..jangan kita lupa,rasulullah adalh
pembimbing kita dan paling dekat dgn allah..sudah
pasti baginda yg lebih mengetahui apa yang allah
sukai..bukannya kita...

lagipun,jika kita terlalu bertindak beramal dgn
hadith-hadith dhaif dan meninggalkan yang
sahih..itu juga salah satu sebab umat islam kini
semakin berpecah-belah dan akiqah tergugat....itu
yang orang nampak islam susah! sebab maca2
benda yg islam tak anjurkan tapi kita tokok
tambah...kan jadi fitnah...

untuk akhirnya,semoga artikel ini memberi
manfaat dan ilmu kepada yang membaca....





SIKAP





“Aik,abis tu selama ini apa yang aku buat tak betul ke?” Soal saya sendiri selepas meneliti hujah artikel tersebut.Benar saya harus jelas dalam apa yang ingin dilakukan seperti firman ALLah di dalam ayat ini.



Firman-Nya yang bermaksud:



“Dan janganlah kamu berpendirian di dalam sesuatu perkara yang kamu tidak ada pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu akan dipersoalkan (di akhirat).”

(Surah Al-Isra’ 17 : 36)



“sia-sialah apa yang aku dah buat selama ini,artikel ini ada dalil dari hadis yang shahih,siap ada pandangan ulama terkenal dr yusuf al-qaradawi lagi.”Konflik menghujah diri.


“Kalau silap takkan aku nak terus amalkan,takpe baik aku Tanya ustaz dulu,kalau memang amalan aku selama ini tak betul aku kena ubah ikut cara yang betul”Cuba mencari kepastian dengan merujuk ahli ilmu.tidak wajar saya terus menerima kabar tanpa memastikan kebenarannya dan keshahihannya terlebih dahulu.Ini bertepatan dengan ayat ini.


Firman-Nya yang bermaksud:



“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan”

(Surah Al-Hujurat 49 : 6)




Dalam dilema.Bagi mendapat kepastian saya telah menghantar email artikel tersebut kepada ustaz yang mengajar saya ketika itu,beliau seorang lulusan al-azhar.Alhamdulillah ustaz tersebut prihatin terhadap persoalan yang dilontarkan dan lantas mengirim balas dengan kandungan:




Assalamualaikum

Ada beberapa perkara yang perlu difahami berkaitan dengan ibadat. Asal bagi sesuatu ibadat adalah haram, kecuali ada dalil (nas al-quran atau Hadis) maka barulah boleh sesuatu ibadah itu dilakukan. Sebab itu dalam hal ibadat, kita perlu mengikuti amalan Rasulullah saw. Bagi memahami dengan lebih jelas bab Bid’ah, saya majukan jawapan dari pihak panel Islamonline.

………………………………………………………………..

Those who try to understand the concept of Bid`ah in its linguistic sense maintain that the root of the word includes that which is new and unprecedented. Hence, they define Bid`ah as everything that has been introduced following the death of the Prophet (peace and blessings be upon him) and the golden eras of his Companions (may Allah be pleased with them all).

The aforementioned linguistic definition encompasses what is good and what is bad, acts of worship (`Ibadat) and others that are otherwise. Those who follow this definition argue that the word Bid`ah as well as the acts related to it are praised in certain religious contexts while condemned in others. This may explain why some scholars have dubbed certain innovative acts as being religiously recommended while classifying others as being religiously condemned.

Imam Shafi`i stated that innovative acts are of two kinds: the first one includes those things that do not go in harmony with the Qur'an, Sunnah, traceable tradition (Athar) and the consensus (Ijma`) of Muslims. The second kind includes those innovations that bring about that which is good and this kind is not condemned.

The previous classification of Bid`ah is also maintained by Imam An-Nawawi.

However, Imam Al-`Izz ibn `Abdus-Salam classified Bid`ah into five categories:

1-Obligatory innovation, such as combining and classifying Arabic sciences and teaching them.

2-Religiously recommended innovation, such as building schools.

3-Religiously forbidden innovation, such as reciting the Qur’an in a way that changes the meaning of its words from their contexts.

4-Religiously condemned innovation, such as decorating mosques.

5-Religiously permitted innovation, such as serving different dishes on one dining table.

On the other hand, those who adopt the technical definition of Bid'ah state that innovation includes things that apparently resemble Shari`ah, but genuinely they don’t. On the basis of this definition, all innovations are strongly condemned, and hence they can not include the five categories mentioned by Imam Al-`Izz ibn `Abdus-Salaam above. This may explain the Prophetic saying, "Every innovative act is an aberration."

Also, Imam Malik stated that he who innovates something in Islam while deeming it to be a good innovation has alleged that Muhammad (peace and blessings be upon him) was unfaithful in disseminating his message as Allah Almighty says: "This day are those who disbelieve in despair of (ever harming) your religion; so fear them not, fear Me! This day have I perfected your religion for you and completed My favor unto you, and have chosen for you Al-Islam as religion. Whosoever is forced by hunger, not by will, to sin: (for him) Lo! Allah is Forgiving, Merciful." (Al-Ma'idah: 3)

Hence, the innovations that are unlawful in Islam include the following:

1-Being innovated, in the sense that the innovation does not take place during the early Islamic period.

2-The innovation is considered unlawful when it contradicts one of the primary sources of Islam, such as the Qur'an and the Sunnah.

As a result, things that are new and unprecedented, but go in line with the spirit of Islam, and do not contradict its basics are not considered innovations. It is recorded that some of the Prophet's Companions (may Allah be pleased with them all) would say the Talbiyah (during Hajj) in a formula different from that said by the Prophet (peace and blessings be upon him). For example, Anas (may Allah be pleased with him) would say, "Labbayka Haqqan Haqqa Labbayka Ta`abbudan Wa sedqa." ‘Truly I am at your service O Allah; I am at your service in true worship of You.’

Also, `Umar (may Allah be pleased with him) is reported to have gathered people to perform Tarawih (Ramadan night prayer) in congregation. It is noteworthy here that the same act did not exist during the lifetime of the Prophet (peace and blessings be upon him).

May Allah guide you to the straight path, and direct you to that which please Him, Amen.

Allah Almighty knows best.




Kebenaran tersuluh.benarlah artikel tersebut berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh ustaz yang dikasihi.Tiada apa yang hendak dimalukan jika saya tersilap,benar selama ini saya tersilap,begitulah saya sebelum ini beramal hanya dengan ikut-ikutan tanpa ilmu yang shahih serta berhujahkan ikhlas semata lantas beribadat tanpa panduan yang ditinggalkan rasulullah SAW.


Benar diantara syarat ibadat yang diterima ialah ikhlas,tetapi bukanlah ikhlas semata yang dituntut.Jika ikhlas semata dijadikan hujjah maka solat isyak yang ditunjukkan oleh rasulullah SAW dengan 4 rakaat boleh di tokok tambah menjadi 10 rakaat,10 rakaat lagi banyak amlannya,lagi pula amalannya baik,iaitu solat dan lagi pula penuh keikhlasan.


Jika ikhlas semata-mata dijadikan hujjah maka begitulah agama akan hilang keasliannya.Adakah benar ikhlas semata-mata yang dituntut dalam beramal?Tidak dinafikan peranan niat yang ikhlas dalam beramal amat tinggi kedudukannya sebagaimana hadis rasulullah SAW:


Diceritakan dari Amirul Mukminin, Abi Hafash, Umar bin Khattab ra, beliau berkata : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya sahnya amal itu hanya dengan niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang hanya memperoleh yang dia niatkan…”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Tetapi ikhlas sahaja masih belum mencukupi,ketahuilah bahawa ibadat itu perlu kepada ilmu.Perlu difahami bahawa selain peranan niat yang ikhlas,ibadat juga perlu kepada panduan dengan mengikuti syariat yang dibawakan rasulullah SAW.Amat malang bagi umat Muhammad SAW yang diutuskan rasul yang sepatutnya di jadikan teladan tetapi disia-siakan.Sehinggakan ada yang merasakan dirinya lebih alim dari rasulullah SAW sehinggakan tidak mahu mengikut petunjuk rasulullah SAW,lantas mencipta petunjuk dalam ibadat dengan cara yang tersendiri.Nauzubillah.barangkali sesetengah daripada kita terlupa dengan Firman Allah SWT yang bermaksud:


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Ali 'Imraan:31)



Dan juga pesan rasulullah SAW di dalam melakukan ibadat-ibadat khusus yang lain seperti pesan rasulullah SAW di dalam solat yang bermaksud:


“Solatlah kalian,sebagaimana kalian melihat aku solat”

(Hadis riwayat Bukhari)



Juga pesan rasulullah SAW dalam melakukan ibadat haji yang bermaksud:


“Ambilah dariku cara manasik haji!”

(Hadis riwayat An-Nasai)



Didalam perkara ibadat kita disuruh mengikut sebagaimana yang dilakukan oleh rasulullah SAW,jesteru itu harus diperiksa setiap amal ibadat kita adakah ada dalil yang menunjukkan ianya shahih dari rasulullah SAW?


Jika tidak kita harus bimbang dengan amaran dari hadis rasullah SAW yang bermaksud:


“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak.”

(Hadis riwayat Bukhari)



Jangan kita melakukan qias di dalam perkara ibadat,lebih-lebih lagi dengan mendakwa qias ini mendatangkan amalan yang berniat baik,ini kerana niat yang baik sahaja masih belum memadai seperti yang tercatat di dalam riwayat ini yang bermaksud:


Daripada ‘Amr bin Salamah katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.

Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”.

Berkata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?”

Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik. Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka. Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi.

Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.”

(Riwayat al-Darimi di dalam Musnadnya dengan sanad yang dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Shahihah, jld. 5, m.s. 11./Dinukil dari buku Bid’ah Hasanah istilah yang di salah fahami)




Semoga Allah menerima amalan yang lalu berdasarkan ilmu yang terhad kita terpaksa melakukan ibadat secara ikut-ikutan tanpa berdasarkan dalil dari perbuatan rasulullah SAW yang shahih, Semoga kita dapat meningkatkan mutu amal ibadat kita dengan menambahkan ilmu mempelajari ibadat yang mengandungi dalil yang shahih dari rasulullah SAW supaya di terima oleh Allah SWT.

WA.




Ibn Yaacob

Ampang,Selangor.
31 Julai 2009 / 09 Syaban 1430

http://www.ibnyaacob.blogspot.com/



Sunday, July 26, 2009

Seminar & Forum: Iman Orang Asing (1 & 2 Ogos 2009)



Dewan Pengajian Qur’an & Hadith Tropika Paradise (DPQHTP)
JEMAAH SUNNAH LEMBAH KLANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum,

FORUM DUA HARI:
“IMAN ORANG ASING”
1 & 2 OGOS 2009
Aturcara majlis adalah seperti berikut:

Sabtu, 10 Sya’ban 1430/1 Ogos 2009

08:00 pagi
Pendaftaran para peserta

09:00 pagi
Ucapan Pengerusi Program

09:10 pagi
- Ucapan Pengetua Islamic Centre Bin Baz, Yogyakarta
- Perasmian Forum oleh Pengetua Islamic Centre dan al-Fadhil Ustaz Abu Islam Fathul Bari

09:30 pagi
Sesi I: “INDAHNYA ISLAM”
Oleh Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas

11:00 pagi
Jamuan Ringan

11:30 pagi
Sesi II: “IMAN DI SISI ORANG ASING”
Oleh Dr. Abdullah Yassin

01:00 tengahari
Sesi Soal Jawab

01:30 tengahari
Jamuan Tengahari/Solat Zuhur

02:30 petang
Sesi III: “ALLAH DI SISI ORANG ASING”
Oleh Ustaz Fadlan

04:00 petang
Sesi Soal Jawab dan berhenti untuk Solat fardhu Asar

06:00 malam
Satu Jam Tazkirah bersama:
TUAN GURU SHEIKH MUHAMMAD ABDUL QADIR MANDEELI

08:00 malam
Dialog bertajuk: “PEDULI IMAN”
Bersama Panel:
1. Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas
2. Ustaz Abu Ihsan al-Atsary
3. Ustaz Abu Islam Fathul Bari

Ahad, 11 Sya’ban 1430/2 Ogos 2009

07:45 pagi
Ketibaan para peserta

08:00 pagi
Sesi IV: “KITAB DI SISI ORANG ASING”
Oleh Dr. Johari Mat

09:30 pagi
Sesi IV: “MALAIKAT DI SISI ORANG ASING”
Oleh Ustaz Mohd Roesfan

11:00 pagi
Jamuan Ringan

11:30 pagi
Sesi V: “RASUL DAN HARI KIAMAT DI SISI ORANG ASING”
Oleh Ustaz Abu Ihsan al-Atsary

01:00 tengahari
Sesi Soal Jawab

01:30 tengahari
Jamuan Tengahari/Solat Zuhur

02:30 petang
Sesi VI: “QADHO’ DAN QADAR DI SISI ORANG ASING”
Oleh Ust. Abu Islam Fathul Bari

04:00 petang
Sesi Soal Jawab
Bersurai sesi petang

08:00 - 10:00 malam
Dialog bertajuk: “CABARAN AQIDAH MASA KINI”
Bersama Panel:
1. Dr. Johari Mat
2. Ustaz Hussain Yee
3. Ustaz Abu Farouq Rasul Dahri

*tertakluk kepada sebarang perubahan

TEMPAT:
DEWAN KULIAH UTAMA
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR.

HARGA TIKET:
RM 80.00 seorang
(termasuk minum pagi@2 hari, makan tengahari@2 hari & keseluruhan lebihan akan diinfakkan kepada Islamic Centre Bin Baz, Yogyakarta)

TEMPAHAN TIKET:
DAPATKAN SEGERA, TEMPAT TERHAD

HUBUNGI,

1 - En. SHAMSIA: 012-2954064
2 - Pn. ZAHARIAH: 012-3076703
3 - En. NIK M YUSOF: 012-4326703
4 - En. BURHAN: 012-2182337
5 - Pn. ZULIANA: 012-2811265

Tuesday, July 07, 2009

MENGAPA TIDAK MAHU LURUSKAN SHAF?




Seringkali kita lihat gambar ini,hakikatnya kita sekadar tidak ambil peduli




Adalah menjadi kebiasaan bagi imam yang bertugas mengungkapkan hadis rasulullah tatkala tiba masa berdiri bagi mendirikan solat jemaah.Sesungguhnya ucapan tersebut bukanlah kata-kata yang direka-reka tanpa tujuannya,ini kerana kata-kata tersebut adalah shahih dari mulut rasulullah SAW yang mulia yang bermaksud:

Dari Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda”Luruskan shaf kamu,karena shaf yang lurus termasuk solat yang sempurna”

(Hadis Riwayat Muslim)



Dukacita di dalam masyarakat kita agak tidak mengendahkan seruan tersebut.Kita mengaku cinta kepada nabi,akan tetapi perintah baginda yang ringan seperti ini sering kali dipinggirkan.Ketahuilah sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah perlu diterjemahkan dengan mengikuti(ittiba’) sunnah-sunnah beliau yang shahih.Apa mungkin seorang anak mengaku cintakan ibu bapa tetapi tidak menuruti perintah kedua ibu bapanya?Cuba hayati hadis shahih rasulullah ini yang bermaksud:

Daripada Anas bin Malik r.a: daripada Nabi Saw, sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman.Pertama,hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai kecuali kerana Allah.Ketiga,hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”

(Hadis Riwayat Bukhari&Muslim)



Jika kecintaan kepada ibu bapa menuntut kepada ketaatan terhadap perintah mereka,apakah pula alasannya kita untuk tidak mengendahkan perintah rasulullah,sedangkan kedudukan cinta terhadap rasulullah adalah lebih tinggi berbanding kecintaan terhadap kedua ibu bapa kita.Begitulah kecintaan yang sebenar kepada rasulullah perlu kepada mengikuti (ittiba’) sunnah baginda SAW sebagaimana yang difirmankan Allah SWT yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Ali 'Imraan:31)



Mungkin ada yang rasa tidak selesa jika bersolat dalam keadaan rapat-rapat serta dalam shaf yang lurus.Tidak kurang juga yang timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu dan merapatkan tumit ketika bersolat berjemaah bersama-sama.Ketahuilah bahwa didalam sunnah yang dipandang ringan ini terkandung penawar bagi penyakit perpecahan yang sedang melanda umat Islam masa kini,hayatilah apa yang telah di tuturkan oleh Rasulullah 1400 tahun dahulu,yang bermaksud:

Dari Abu Masud r.a. , katanya Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata” Luruskan barisanmu(shaf),jangan bengkok-bengkok,nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah belah.

(Hadis Riwayat Muslim)



Begitulah kelebihan solat berjemaah yang sempurna shafnya dapat mengeratkan perpaduan sesama Muslim.Terdapat sesetengah masjid yang mewujudkan amalan bersalaman selepas solat bagi mengeratkan perpaduan sesama kita,akan tetapi Rasulullah mempunyai cara tersendiri di dalam mewujudkan perpaduan yang utuh di kalangan para sahabat dengan menyempurnakan shaf.Ini terbukti dengan lahirnya generasi yang ditarbiah oleh Rasulullah sangat menjaga perpaduan sesama mereka dan tidak mementingkan diri seperti puak Muhajirin dan Ansar yang dapat satukan.



Agak menghairankan didalam masyarakat kita terdapat budaya yang amat sensitif jika terdapat kanak-kanak yang maju untuk ke shaf hadapan dan solat bersama-sama orang dewasa,tetapi tidak pula sensitif dengan seruan Rasulullah bagi meluruskan dan merapatkan shaf.Ada yang beranggapan tidak sempurna shaf jika terdapat kanak-kanak bersolat bersama-sama dengan orang dewasa tetapi tidak pula merasakan solatnya tidak sempurna jika shafnya tidak lurus,sedangkan rasulullah telah mengungkapkan hadis yang bermaksud:

Dari Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda”Luruskan shaf kamu,karena shaf yang lurus termasuk solat yang sempurna”

(Hadis Riwayat Muslim)




Jika begini pasti lebih banyak ruang untuk jemaah yang hadir



Seringkali kelihatan tatkala solat jumaat ada jemaah yang terpaksa solat diluar masjid disebabkan ruang didalam masjid sudah dipenuhi oleh para jemaah.Mungkin jika para jemaah didalam masjid dapat merapatkan dan meluruskan shaf sedikit sebanyak dapat memberi ruang kepada jemaah yang diluar untuk turut sama bersolat didalam masjid.



Jika benar kita ikhlas cintakan rasulullah dan ingin mengeratkan perpaduan sesama muslim,ikutilah sunnah rasulullah.Mulakan dengan sunnah yang mudah ini dengan melurus dan merapatkan shaf,leburkan ego,eratkan perasaan kasih sayang sesama muslim dengan menyempurkan shaf.Semoga kita dapat meraih solat yang sempurna dan mengeratkan perpaduan sesama kita.Ayuh luruskan shaf kita seperti mana yang telah di perintahkan oleh rasulullah dan semoga mendapat kenikmatan syurga bagi mereka yang mentaati rasulullah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.

(An-Nisaa':13)



Ibn Yaacob

Ampang,Selangor.
7 Julai 2009 / 14 Rejab 1430

http://www.ibnyaacob.blogspot.com/