Daripada Amiril Mukminin Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a., katanya
"Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa hijrahnya kepada dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada akan yang ia inginkan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim
Mula menulis kembali di blog yang telah lama saya tinggalkan. saya kembali mencari tujuan penulisan dan matlamat blog ini dihidupkan kembali.
Apakah tujuan saya kembali mencoret di blog ini.adakah kerana mengikut orang.adakah saya seorang ustaz yang boleh memberi tunjuk ajar(nasihat) .layakkah saya.sedang saya amat jauh dari takuk kesempurnaan,bimbang pula dilabel sebagai munafiq,banyak berkata-kata akan tetapi tidak dapat menunaikan kesemua kata-kata sendiri(cakap tak serupa bikin).bukan juga setiap penulisan di dalam blog ini nanti untuk menegur dan mengkritik pihak-pihak tertentu,boleh jadi penulisan selepas ini akan lebih mengkritik kelemahan diri sendiri yg Maha banyak.
Selepas mengamati hadis yang mashyur di atas saya kembali 'refresh' niat mahu pun tujuan saya menulis kali ini.adalah lebih sesuai blog ini menjadi perkongsian pengalaman hidup saya yang boleh jadi jika ada kebaikkan dapat di contohi dan sememangnya kelemahan dapat menjadi pengajaran buat kita bersama dalam mencari redha-Nya.semoga Allah merezekikan saya keikhlasan dalam penulisan kali ini.
amin.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
3 days ago
1 comment:
Alhamdulilahh..Alhamdulillahh.
Post a Comment