Friday, February 13, 2009

ISU TANAH: INI JAWAPAN YAB DS NIZAR

ISU TANAH: INI JAWAPAN YAB DS NIZAR


artikel ini saya dapati dari sebuah blog di internet,artikel ini amat bersesuaian dengan soalan yang diajukan oleh kawan baik saya di pejabat:

teringat berkenaan satu makluman berkenaan tanah perak hanjong simen yang sekarang menjadi milik YTL,selepas tanah tersebut menjadi milik YTL,ramai pekerja kilang berhenti kerja,kata mereka dari pada diturunkan gaji yang serendah-rendahnya baik berhenti kerja,sekian wallahu'alam..

Ramai yg SMS bertanyakan isu tanah yang diberi pada masyarakat cina di Perak. Saya jumpa jawapan ini dalam Blog Dato Seri Nizar. Selamat membaca

Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin said...

AssalamualaikumKepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.
Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.
Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.
Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.
Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.
Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.
Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.
Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.
Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:
  1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
  2. 5,000 ekar di Bruas
  3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
  5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
  6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! )
Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.
Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.
Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.
Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!
Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.
Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu..Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

http://kamparinn.blogspot.com

http://najwasuhaimi.blogspot.com/2009/02/isu-tanah-ini-jawapan-yab-ds-nizar.html




Natijah polisi tanah Perak

Akhirnya teka-teki sama ada Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan polisi yang diumumkan sebaik-baik berjaya menerajui kerajaan negeri itu dulu, terjawab juga. Menteri Besar menyerahkan milik kekal kepada 11 orang kumpulan pertama penduduk kampung baru Cina di Kampung Baru Kuala Rui, Grik.

"Banyak lagi akan diluluskan," katanya. Sudah tentu kerana terdapat 134 buah kampung baru Cina di seluruh negeri Perak, yang terdiri daripada kira-kira 10,000 buah keluarga. Dan sudah tentu keputusan serta pelaksanaan polisi tersebut akan memberikan impak yang besar ke atas landskap pemilikan tanah di negeri tersebut.

Kalau pengumumannya dulu menimbulkan kejutan kepada penduduk Perak serta peneliti undang-undang tanah, kini ternyata Menteri Besar Perak benar-benar menyimpang daripada konvensi. Seolah-olah pemberian pajakan (lease hold) kepada penduduk-penduduk kampung baru Cina tidak mencukupi, Menteri Besar merasakan mereka perlu diberikan hak milik pegangan bebas (free hold) pula.

Ada dua natijah yang terkesan daripada pelaksanaan polisi tanah Perak. Pertama, apakah rasionalnya polisi tersebut dilaksanakan?

Untuk menjawab soalan ini kita harus bertanya asal-usul penduduk kampung-kampung baru Cina?

Kita hanya perlu menoleh sedikit ke dalam lipatan sejarah, yakni kira-kira enam puluh tahun dulu, iaitu ketika bermulanya zaman darurat. Fakta menunjukkan bahawa penduduk asal kampung-kampung baru Cina terdiri daripada penyokong-penyokong tegar pengganas komunis.

Atas fakta itulah pihak Inggeris berpendapat cara yang terbaik untuk menangani masalah tersebut ialah dengan mengasingkan mereka. Tindakan itu bertujuan memutuskan hubungan langsung antara pengganas komunis yang berada di dalam hutan, dengan penyokong-penyokong, dan tali barut mereka yang berada di luar.

Dengan cara ini pergerakan mereka dapat dikawal dan keluar masuk ke penempatan baru tersebut dikawal selia oleh tentera. Dengan pengasingan ini, iaitu melalui penubuhan kampung-kampung baru Cina, didapati bekalan makanan (food dumps) yang diletakkan di pinggir-pinggir hutan semakin berkurangan.

Akhirnya penentangan bersenjata komunis yang dipimpin oleh Chin Peng menjadi lemah dan akhirnya mati meragan di tengah hutan.

Kedua, ia menjadi suatu ironi sejarah yang malang. Akhirnya orang yang menentang kerajaan secara terang-terangan (walaupun pernah menyokong pengganas komunis) dianggap layak diberikan hak milik pegangan bebas.

Apakah hebatnya golongan ini daripada kaca mata Kanun Tanah Negara, maka keistimewaan harus dianugerahkan kepada mereka? Ya, apakah istimewanya penduduk-penduduk kampung baru Cina di mata Menteri Besar Perak?

Takrif dan persepsi perubahan ada bermacam-macam. Namun janganlah "mengubah, kerana semata-mata ingin mengubah", walaupun yang baru itu lebih teruk daripada yang lama.

Kalau dilakukan tinjauan kecenderungan politik secara rambang, kita dapati sebahagian besar, kalau pun tidak semua, kampung-kampung baru Cina memilih parti-parti pembangkang secara berterusan pada setiap pilihan raya umum. Inikah keistimewaan yang dikaitkan dengan kampung-kampung baru Cina?

Dan apabila pakatan parti pembangkang meraih kemenangan, maka mereka terdesak untuk 'membalas budi' yang telah sekian lama ditabur oleh penduduk-penduduk kampung baru Cina. Ketika kedengaran suara yang berteriak: "Now we have a place to call home", dirasakan ia bernada sindiran, sumbang dan naif.

Di manakah mereka tinggal selama ini? Adakah wujud sebarang percubaan kerajaan negeri untuk menghapuskan kampung-kampung baru Cina di Perak?

Apa sebenarnya muslihat Kerajaan Perak yang tergesa-gesa mengeluarkan hak milik pegangan bebas kepada penduduk-penduduk kampung baru Cina? Bidalan orang tua memang tepat - "Si lemah makanan si kuat, si bodoh makanan si cerdik." Dengan enam kerusi Pas berbanding dengan 18 kerusi DAP, umum sudah tahu siapa sebenarnya yang memegang tampuk pemerintahan negeri Perak Darul Ridzwan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perak, Nga Kor Ming menambah, "Kami menjamin memberikan mereka hak milik pegangan bebas, dan hak milik baru ini ialah 999 tahun, dan nilai hartanah akan naik berlipat ganda."

Mengikut Seksyen 76 (a) Sub-seksyen (iii) Kanun Tanah Negara, hak milik pegangan bebas hanya diberi dalam tiga keadaan sahaja:

a) Kerajaan Persekutuan, atau penguasa awam,

b) Untuk kegunaan awam, dan

c) "Sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati wujud keadaan-keadaan istimewa yang menyebabkan ia perlu berbuat demikian."

Keputusan kerajaan negeri secara "tidak menyempat-nyempat" mengeluarkan hak milik pegangan bebas kepada penghuni kampung-kampung baru Cina di Perak tidak lain tidak bukan bertujuan mengekalkan sokongan politik pengundi-pengundi di kampung-kampung baru Cina seperti di Gunung Rapat, Pasir Pinji dan Pasir Puteh terhadap mereka.

Alasan untuk mengutip premium adalah remeh, dan tidak pernah menjadi isu bagi kerajaan Perak. Sekarang, dengar khabar kerajaan negeri ingin menumpukan perhatian kepada tanah pertanian pula. Kononnya untuk menyelesaikan backlog permohonan. Baguslah begitu, tapi harap-harap janganlah tanah-tanah kerajaan yang sudah diteroka secara haram di pinggir-pinggir hutan, juga dihadiahkan hak milik.

Kebanyakan tanah-tanah ini ditanam dengan kelapa sawit dan getah dan diteroka oleh mereka yang punya modal besar. Sekiranya dibuat bancian, luas kawasannya boleh mencapai ribuan ekar.

Lazimnya portfolio tanah tidak pernah diserahkan kepada ahli Exco lain dan ia dipegang sendiri oleh Menteri Besar. Apakala ketahuan bahawa Menteri Besar menyerahkan hampir setiap urusan tanah kepada wakil DAP, apatah lagi yang menyangkut isu-isu kontroversi, sudah pasti hal ini akan menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan orang Melayu.

Almaklumlah apa juga tanah yang hendak dianugerahkan kepada sesiapa sekalipun, ia merupakan cebisan-cebisan daripada apa yang disebut sebagai Tanah Melayu, dan bukan tanah Inggeris, atau pun tanah orang lain.

Kerajaan negeri yang memerintah hanya diberikan amanah untuk mentadbirkan tanah tersebut, dan pendapat penasihat undang-undang negeri hendaklah diminta, bagi sebarang keputusan yang melibatkan perundangan.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri mengingatkan bahawa tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Perak bertentangan dengan keputusan Majlis Tanah Negara. Namun nasihat tersebut ternyata masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Kerajaan Pakatan Rakyat masih bertegang urat dan menegaskan kerajaan negeri mempunyai kuasa. Apakah kerajaan Pusat tidak punya kuasa? Dan bukankah negeri Perak masih berada dalam Malaysia?

Dalam hal ini penulis teringatkan seorang teman politik lama yang tidak kurang hebatnya. Beliau bukan saja seorang jurutera yang handal, bahkan juga tidak buta sejarah dan budaya. Kata beliau, kalau hendak berbudi pun ada tertibnya. Beliau lalu mengingatkan saya kalau hendak berbudi pun janganlah sampai "Kera di hutan disusukan, anak di ribaan mati kelaparan."

Kepada Datuk Seri Mohamed Nizar, kalau boleh, tengok-tengoklah pepatah- petitih nenek moyang kita. Ada serangkap yang cukup menarik untuk dihayati di dalam kemelut politik semasa:

Ikut cakap musang

Makan buah belolok

Ikut cakap orang

Terjun masuk lubuk!

- PENULIS ialah mantan Penolong Pegawai Daerah I, Daerah Kecil Slim River dan Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Perak. Sekarang mengarang dan berdakwah sepenuh masa.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0105&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive



Permohonan tukar hak milik kekal tanah lot kediaman dibuka

IPOH 2 Dis. - Pemilik tanah lot kediaman di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung Baru di seluruh Perak boleh memohon menukar status hak milik pajakan kepada hak milik kekal mulai hari ini, kata anggota Exco Kanan negeri Perak Datuk Ngeh Koo Ham.

Beliau berkata, pemilik tanah lot kediaman di seluruh 349 RPT dan 134 Kampung Baru di seluruh negeri ini hanya perlu membayar premium sebanyak 20 peratus daripada perbezaan nilai tanah hak milik kekal dan nilai tanah baki tempoh pajakan untuk pertukaran status hak milik tersebut.

"Bagi lot tapak kediaman yang terletak di dalam Kawasan Simpanan Melayu, jumlah bayaran premium yang dikenakan hendaklah separuh daripada jumlah yang patut dibayar selaras dengan Peraturan 8 (4) Kaedah Tanah Perak 1966 (Pindaan 1998)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, permohonan status hak milik kekal bagi lot tapak perniagaan di RPT dan Kampung Baru akan diumumkan kerajaan negeri apabila penilaian tanah berkenaan disiapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Perak.

Manakala, permohonan status hak milik kekal bagi taman perumahan dijangka dilaksanakan selepas permohonan di RPT dan Kampung Baru diproses. Menurut Ngeh, pemberian hak milik kekal dijangka meningkatkan nilai hartanah bagi RPT dan Kampung Baru di Perak melebihi RM1.5 bilion.

Beliau menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa pemberian hak milik itu memihak kepada sesuatu kaum sahaja.

"Pemberian hak milik ini melibatkan 349 RPT yang mempunyai lebih kurang 102,000 hak milik dan 134 Kampung Baru yang mempunyai lebih kurang 47,000 hak milik.

"Kebanyakan penghuni di RPT adalah orang Melayu dan kebanyakan Kampung Baru didiami orang Cina manakala orang India menghuni di kedua-dua RPT dan Kampung Baru," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa tindakan memberi hak milik kekal itu melanggar peraturan dalam Kanun Tanah Negara, Ngeh berkata, kerajaan negeri telah mendapat nasihat seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan selain membincangkannya dengan panel peguam berpengalaman yang berpandangan bahawa perkara itu boleh dilaksanakan.

Katanya, kerajaan negeri menjangkakan bakal memperolehi hasil antara RM300 juta hingga RM450 juta dari pembayaran premium sekiranya kesemua pemilik tanah berkenaan memilih untuk menukar status tanah mereka.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1203&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_05.htm&arc=hive









No comments: