untuk perbahasan pertama ikuti ucapan tuan punya diri di dalam kekecohan kali ini:
BismilahirRahmanirRahim.
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.
Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.
Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.
Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri
secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.
Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.
UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.
Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar
Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :
Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.
Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?
Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.
Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat
Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.
Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.
Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.
Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.
Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.
Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.
Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.
Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak
Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.
Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.
http://zul4kulim.blogspot.com/2009/02/perutusan-mb-perak.html
pandangan ke- 2
1. Mengapa Nizar Jamaluddin Perlu Meletakkan Jawatan Sebagai MB Perak?
Kerana perintah meletakkan jawatan telah dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 5 Februari 2009:
Quote: |
YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta. Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan. 1 |
2. Mengapa Perintah Meletakkan Jawatan MB Ini Dikeluarkan?
Perintah ini telah dikeluarkan Pejabat DYMM Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor, kerana Nizar Jamaluddin telah didapati hilang sokongan majoriti ADUN Perak:
Quote: |
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri. Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan. Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri. 1 |
3. Mengapa Nizar Jamaluddin Tidak Mahu Meletakkan Jawatan?
Berikut adalah sebab-sebab yang diberikan oleh Nizar untuk tidak meletakkan jawatan:
Quote: |
Berhubung kecelaruan isu 'letak jawatan' atau 'lucut jawatan' saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa 'lucut jawatan' saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu : Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri. Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri. Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela. 2 |
4. Adakah Perletakan Jawatan MB Hanya Boleh Berlaku Melalui '3 Kaedah' Yang Disebutkan Oleh Nizar?
Tidak.
Mengikut Artikel 16 (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan (juga digelar Perak Constitution/Perlembagaan Negeri Perak):
Quote: |
If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council. |
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan menyatakan bahawa Menteri Besar hendaklah meletakkan jawatan apabila beliau berhenti mendapat kepercayaan majoriti ADUN (ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly).
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan tidak menyebut perkara-perkara berikut:
a. Kepercayaan majoriti ADUN hanya boleh diketahui melalui sidang Dewan Negeri;
b. Dewan Negeri perlu dibubarkan terlebih dahulu sebelum MB boleh meletakkan jawatan.
5. Mengapakah Nizar Jamaluddin Mahu Mengadakan Sidang Dewan Negeri?
Nizar Jamaluddin bertegas mahu mengadakan sidang Dewan Negeri kerana:
a. Beliau pasti bahawa Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (juga digelar Speaker), V. Sivakumar, yang juga merupakan ADUN Tronoh daripada parti DAP, akan menghalang 3 ADUN bebas yang menyokong BN daripada memasuki sidang. Ini kerana V. Sivakumar menganggap bahawa 3 ADUN bebas berkenaan telah meletakkan jawatan masing-masing sebagai ADUN;
b. Beliau mahukan sebarang 'undi tidak percaya' terhadap beliau yang bakal diusulkan oleh mana-mana ADUN BN, tidak akan dapat mencapai sebarang keputusan muktamad. Ini kerana, jumlah ADUN yang menganggotai BN dan PR adalah sama: masing-masing 28 orang. Tanpa penyertaan oleh 3 ADUN bebas ke dalam sidang Dewan Negeri, tiada keputusan muktamad dapat dicapai;
c. Beliau mengharapkan kebuntuan dalam mencapai keputusan muktamad akan mewujudkan situasi "hung parliament", yang akan mengakibatkan tekanan sehingga akhirnya memaksa pilihanraya diadakan. Menurut Siddiq Azani dari Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia:
Quote: |
"Hung parliament" bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi "hung parliament" di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas. 3 |
6. Mengapakah 'Perletakan Jawatan' 3 ADUN Bebas Yang Menyokong BN Ditolak?
'Perletakan jawatan' 3 ADUN bebas yang menyokong BN ditolak oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana sebab-sebab berikut:
a. Wujud keraguan terhadap surat perletakan jawatan;
Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusuf:
Quote: |
SPR telah meneliti secara mendalam dan rapi daripada pelbagai sudut perundangan dan dengan ini memaklumkan bahawa SPR mendapati wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan. 4 |
b. Surat perletakan jawatan telah disahkan tidak berkuatkuasa oleh ADUN sendiri;
Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusuf menyatakan bahawa:
Quote: |
Ia juga memandangkan kedua-dua ADUN itu secara sedar telah mengesahkan bahawa surat-surat berkenaan tidak berkuat kuasa. 4 |
Surat-surat perletakan jawatan yang dihantar kepada Yang DiPertua Dewan Negeri Perak, V. Sivakumar, juga sebenarnya tidak dihantar oleh ketiga-tiga ADUN bebas tersebut.
V. Sivakumar, dalam satu kenyataan yang difakskan kepada media, mendakwa ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan mereka ke rumah beliau pada jam 5.45 petang, 1 Februari 2009. 5
Perkara ini telah dinafikan oleh kedua-dua ADUN berkenaan dan laporan polis telah dibuat. Sehingga kini, pihak yang menghantar surat-surat perletakan jawatan berkenaan masih belum dikenalpasti.
Surat-surat perletakan jawatan berkenaan merupakan surat-surat tidak bertarikh yang ditandatangani selepas PRU ke-12, 8 Mac 2008. 6
7. Adakah Arahan Meletak Jawatan MB Perak Sah Di Sisi Perlembagaan Persekutuan?
Ya.
Menurut Siddiq Azani:
Quote: |
Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja. Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB. 3 |
Berikut ialah Perlembagaan Persekutuan, Perkara 40, Fasal (2)(a), (b) dan (c):
Quote: |
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; (c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini. |
8. Sekiranya MB Enggan Meletak Jawatan, Bolehkah Sultan Memecat Beliau?
Boleh.
Menurut Akta Interpretasi:
Quote: |
ELEVENTH SCHEDULE PROVISIONS OF THE INTERPRETATION AND GENERAL CLAUSES ORDINANCE, 1948 (MALAYAN UNION ORDINANCE NO. 7 OF 1948), APPLIED FOR INTERPRETATION OF THE CONSTITUTION 29. Power to appoint includes power to dismiss - Where a written law confers upon any person or authority a power to make appointments to any office or place, the power shall, unless the contrary intention appears, be construed as including a power to dismiss or suspend any person appointed and to appoint another person temporarily in the place of any person so suspended or in place of any sick or absent holder of such office or place: |
9. Adakah Sultan Telah Memecat Nizar Jamaluddin Selaku MB Perak?
Walaupun istilah keras seperti 'dipecat' atau 'dilucut' tidak digunakan, Sultan telah menitahkan agar Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan, dan sekiranya beliau tidak meletakkan jawatan, jawatan itu akan dianggap telah dikosongkan:
Quote: |
Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan. 1 |
1. "Kenyataan Media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan," 5 Februari, 2009, http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=387868
2. "Perutusan MB Perak, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin," 8 Februari, 2009, http://mt.m2day.org/2008/content/view/17810/84/
3. "Krisis di Perak: Penjelasan Dari Sudut Undang-undang (Penyokong Pakatan Harap Baca)," 7 Februari, 2009, http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/02/07/krisis-di-perak-penjelasan-dari-sudut-undang-undang-penyokong-pakatan-harap-baca/
4. "DUN Changkat Jering Dan Behrang Tidak Kosong - SPR," 3 Februari, 2009, http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=387298
5. "Dua Adun Perak Daripada PKR Letak Jawatan," 1 Februari, 2009, http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=387048
6. "Teka-Teki Masih Mewarnai Kemelut Politik Negeri Perak," 2 Februari, 2009, http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=387186
sumber: http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=24727#636650
Tidak taat kepada raja adalah derhaka - Mufti
IPOH 6 Feb. - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) berkata, sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.
Katanya, di dalam al-Quran jelas menyuruh umat Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, rasul dan pemerintah iaitu raja.
''Raja yang adil dan bijaksana dalam melaksanakan tugas demi kepentingan umat Islam asalkan tidak bertentangan dengan syariat, wajib dihormati.
''Oleh itu, kita wajib menghormatinya selama mana raja itu memerintah di sesebuah negeri itu," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin semalam yang enggan meletak jawatan walaupun dititah oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Mohammad Nizar enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandang secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Mengulas lanjut, Harussani berkata, seseorang yang tidak taat kepada raja selagi raja itu tidak melakukan perkara yang dilarang, bererti derhaka.
''Kita juga diwajibkan taat kepada ibu bapa serta guru dan jika tidak taat itu bererti menderhaka kepada mereka," katanya.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0207&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm&arc=hive
Nizar tetap derhaka kepada raja
IPOH 7 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria tetap mempertahankan kenyataannya semalam bahawa sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja tetap dianggap derhaka.
Katanya, perkara itu sudah jelas disebut di dalam Al-Quran kerana raja dan rakyat adalah berbeza dari segi kedudukan dan darjatnya.
‘‘Kita hendaklah menunjukkan taat setia kepada raja pemerintah sesebuah negeri itu.
‘‘Kalau dah tidak tunjuk taat, maka itu adalah derhaka,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0208&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm&arc=hive
Isu Perak: Haron Din jawab Mufti Perak
Salmah Mat Husain Sun | Feb 08, 09 | 7:43:01 pm MYT | |
PENGKALAN CHEPA, 8 Feb (Hrkh) - Golongan alim ulama di Negara ini harus bersikap adil di samping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik. Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan mengundang kekeliruan di kalangan masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam masaalah agama. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan mufti berkenaan yang didakwa sedemikian sebagai merujuk tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar, yang enggan melepaskan jawatannya sebagai menteri besar. Harussani baru-baru ini mendakwa, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah ataupun Raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka. Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Kepimpinan Dakwah Halaqat, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, di Putik, di sini semalam. "Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti politik. "Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak kepada kebenaran Islam yang satu,"ujarnya lagi. Haron Din, seterusnya memberitahu kenyataan Mufti sedemikian jelas menampakkan ianya kurang bijak dalam memberikan pandangannya berhubung kemelut politik di Perak. "Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang jelas iaitu Islam,"ujarnya lagi. Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau merujuk pada sejarah Islam bagaimana seorang alim ulama yang masyhur Izzudin Abdul Salam yang berani menyatakan kebenarannya walaupun di hadapan sultan sehingga beliau akhirnya dibuang daerah. Menurutnya, keberanian ulama di zaman ini amat diperlukan khususnya untuk menangani kegawatan suasana politik dunia dan tempatan yang semakin meruncing. "Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan,"ujarnya lagi. - mks. _ http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19285&Itemid=1 |
Apakah Hukum Lompat Parti dan ‘Double Standard' Berkenaannya?
Cukup hangat perkembangan politik tanahair. Pihak media tentunya yang paling gembira kerana jualan mereka meningkat, bagi media elektronik pula, lawatan meningkat.
Dalam artikel ringkas ini saya ingin mengajak kita sama-sama berfikir beberapa perkara yang melibatkan perkembangan politik di dalam negara dari perspektif sedikit akademik dan keagamaan. Bukan dari semua sudut tetapi dari beberapa sudut daripada pelbagai sudut sahaja.
Namun demikian, artikel ini mungkin kurang selesa dibaca oleh orang bukan Islam kerana ia meninjau dari perspektif Islam.
SEKITAR ISU LOMPAT PARTI
Ini isu pertama yang patut kita fikirkan. Isu ini sangat hangat diperkatakan sejak dimulakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim menjelang 16 September 2008, dan kemudiannya 24 Sept 2008 dan terus tertangguh.
Reaksi rakyat adalah pelbagai menjelang 16 September 2008 yang lalu, ada yang : -
· mencela ‘lompat' sebagai keji, tidak bermoral dan khianati pengundi
· tidak bersetuju tetapi tidak begitu membantah,
· ada yang tidak bersetuju tetapi menyerahkan kepada keadaan
· ada yang bersetuju, tetapi kurang selesa,
· ada yang sangat setuju,
· ada yang masih konfius dan mengikut keputusan pimpinan masing-masing tanpa berfikir
· dan macam-macam kelompok lagi.
Apa sebenarnya pendirian anda dan mengapa anda berpendirian begitu?
Kebiasaannya, pihak yang mendapat manfaat beserta penyokongnya akan bersetuju dan mempertahankannya. Namun demikian tidak dinafikan ada sebahagian penyokong dan pendokongnya yang termasuk dalam salah satu kelompok di atas tadi.
Pihak yang akan menerima kesan negatif pula kebiasaannya akan menentang habis-habisan. Namun ada juga penyokong dan pendokongnya dari kelompok di atas juga.
Sebelum kita berbincang lagi berkenaan pendirian wajar atau tidak. Ditaqdirkan Allah swt, tarikh 16 dan 24 September 2008 menemui kegagalan secara fizikalnya, namun justifikasi segera pemimpin PR mengatakan mereka tidak gagal malah berjaya iaitu menembus minda rakyat untuk terbayang kerajaan persekutuan boleh berpindah tangan. Tidak mustahil atau paling kurang memberikan sedikit ‘feel'. Sama ada justifikasi ini rasional, bertaraf tadika atau bertaraf dunia, terpulang kepada anda semua untuk menentukan. Ia bukan tujuan artikel ini ditulis.
Apa yang berlaku tiba-tiba adalah pada awal bulan Februari 2009, beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak pula melompat parti sehingga membawa kekecohan yang masih panas hingga ke hari ini.
Majoriti kelompok pendokong dan penyokong Pakatan Rakat tentunya berang bukan main, dan seribu satu macam hujah dan rasional dihamburkan bagi mengecam tindakan keempat-empat ADUN terbabit [ 3 PR + 1 UMNO (PKR) ]
Hasil pembacaan saya di pelbagai media di internet termasuk pendapat perseorangan dari kem Pakatan Rakyat dan Kem BN, mendapati empat perkara kerap dan menarik iaitu :
1) Double Standard ; Pimpinan PR mengamalkan sikap ‘double standard' ; kerana bila dahulu dikempen dan diusahakan lompatan 16 September 08, dipersetujui mereka, namun bila berlaku di Perak, mereka kutuk dan kecam. Bermakna, lompat masuk PR adalah terpuji, tetapi lompat masuk BN adalah celaka dan khianat. Adakah wajar ?
2) Strategi makan tuan ; strategi menubuhkan kerajaan hasil ‘lompatan' YB yang dipopularkan oleh DSAI dikatakan makan tuan apabila isu di Perak berlaku.
3) Mandat pilihan patut diberikan semula kepada rakyat : iaitu bubar DUN dan pilihanraya semula di negeri Perak. Secara asasnya saya setuju dengan cadangan ini tetapi artikel ini hanya akan menyentuh sedikit sahaja berkenaan perkara ini.
4) Isu perlembagaan; Isu lompat bukan yang paling utama, tetapi isu utama adalah MB Perak tidak dijatuhkan melalui saluran undang-undang yang sah menurut perlembagaan. Sultan tiada kuasa eksekutif memecat Menteri Besar tetapi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tempatnya melalui undi tidak percaya. Isu ini juga tidak saya tumpukan dalam artikel ini. Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan :
The Constitution is the highest law of the land. It is the foundation and source of legal authority, and the Rulers are sworn to protect and uphold it. According to the Constitution, Dato' Seri Nizar Jamaluddin is Menteri Besar until he resigns of his own accord, or is removed by a vote of no-confidence in a formal sitting of the assembly. The Constitution makes no provision for his removal by any other means, including by petitions or instructions from any other authority. (sumber )
Apa yang dijelaskan oleh Tengku Razaleigh ii dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir, Dato Zaid Ibrahim dan lain-lain. Namun, Ia adalah isu politik dan undang-undang dan saya tidak mengulasnya di sini.
Saya hanya akan menyentuh isu pertama, kedua dan sedikit isu ketiga. Pandangan saya bukan mewakili pandangan ISLAM tetapi hanya ditulis dari kaeda-kaedah penentuan hukum dalam Islam sahaja.
LOMPAT DAN ‘DOUBLE STANDARD'
Justeru itu, apakah respon dari pihak PR berkenaan perkara pertama dan kedua ?. Apa pula agaknya pandangan Islam berkenaan hal lompat melompat parti ini?.
Saya kira, tajuk ini layak dibuat kajian terperinci dalam tesis PhD atau M.A. Dari sudut Islam pula, Majlis Fatwa Kebangsaan wajar membincangkan dan menetapkan fatwa berkait hukum wakil rakyat melompat parti. Jika bimbang Majlis Fatwa tidak telus dalam hal ini, mungkin boleh diperolehi bantuan kepakaran dan ketelusan Majlis Ulama Indonesia. Majlis Syura PAS, ulama UMNO dan PKR turut wajar membincangkannya masing-masing.
Oleh kerana saya belum menemui perbincangan mengenainya kecuali tulisan umum dan bersifat ‘surface', saya suka berkongsi beberapa perbincangan awal dan ringkas berkenaannya. Tulisan ini tentunya tidak lengkap dan sangat boleh diperdebatkan, tapi harapnya ia boleh dijadikan buah awal untuk perbincangan dan difikirkan bersama. Saya cuba bersikap berkecuali dalam tulisan ini selaku ahli akademik.
KHIANAT ATAU TIDAK?
Kesimpulan pendapat saya, terdapat beberapa jenis lompat yang wajar manakala terdapat pula yang amat tidak wajar.
Ada yang sememangnya mengkhianati rakyat, manakala ada yang ada bersifat amanah kepada rakyat.
Tidak wajar untuk dipukul rata dengan mengatakan, semua lompat adalah baik, atau semua lompat adalah celaka, khianat lagi memalukan.
Tidak wajar juga kita tentang semua jenis lompat, atau menolak semua jenisnya juga.
Bagi saya, jika diguna pakai kaedah menentukan hukum dalam Islam, setiap satu tindakan adakalanya bergantung kepada situasi dan keadaan semasa, ia berubah dari satu masa ke satu masa, satu keadaan kepada keadaan yang lain. Satu orang kepada satu orang yang lain. Dalam Islam, bukan semua jenis ‘double standard' adalah SALAH tetapi adakalanya ia adalah keperluan. Contoh mudah Islam melarang penganutnya murtad, tetapi Islam menggalakkan penganutnya berdakwah kepada penganut agama lain untuk memasuki Islam bererti keluar dari agama mereka.
Bukankah nanti ada yang mengatakan mengapa ‘double standard'? keluar agama lain masuk Islam kamu setuju, tapi keluar Islam masuk agama lain tidak setuju.! Jawapnya memang ada double standard tetapi ia dari jenis double standard yang dituntut dan berasas dari Al-Quran dan Al-Hadis.
MARI LIHAT BEBERAPA DALIL
Telah saya nyatakan sebelum ini, terlalu banyak hujah dan dalil jika ingin dikemukakan, dan banyak pula bantahan dalil dan hujah, tetapi tulisan ini tidak akan menghurai semuanya, ia hanya pembuka minda dan jalan berbincang agar jelas di mana letak duduknya isu ini jika kita cuba melihat dari perspektif hukum Islam.
Berikut adalah dalil ringkas dari kesimpulan saya di atas :-
1) Satu ayat Al-Quran, firman Allah swt berkenaan arak :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Erti : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.. ( Al-Baqarah : 219 )
Dari ayat ini jelas Islam sentiasa mengajar kita untuk memperhati hasil kesan baik dan buruk dari sesuatu perkara. Neraca kebaikan dan keburukan pula disandarkan kepada kandungan Al-Quran serta Al-Hadis, bukan hawa nafsu. Dengan cara ini, kita boleh mengenalpasti hukum atau pendirian Islam terhadap sesuatu tindakan termasuk tindakan melompat parti.
Ringkasnya, jika sabit bahawa melompat membawa lebih kepada nilai kebaikan dan mendekatkan kepada ketaatan kepada Allah swt. Ia dikira wajar dibuat, namun jika lompatan membawa kepada parti yang jauh dari Allah swt maka ia TIDAK WAJAR. Ia memang double standard tetapi ia dari jenis yang dibenarkan.
Saya faham, untuk mengenalpasti kebaikan dan keburukan adalah terlalu subjektif tetapi kunci mulanya adalah dengan menyandarkan kepada dua rujukan utama tadi dan disusuli dengan penilaian aqal masing-masing. Namun demikian, ayat ini sahaja tidak akan mencukupi untuk menentukan keputusan berkenaan hukum lompat. Ia cuma salah satu dari kumpulan hujah yang perlu dilihat sekali.
2) Firman Allah swt :-
فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ
Ertinya : Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu. ( Az-Zariyat : 51)
Ayat ini jelas menyuruh sesiapa jua agar berhijrah atau melompat dari yang menderhakai Allah swt kepada apa jua cara dan jalan yang membolehkannya kembali mentaati Allah swt. Jika satu jalan kepadanya adalah dengan melompat parti, tentunya ia juga tergolong dalam ayat ini.
3) Sabda Nabi s.a.w
المهاجر من هجر ما نهى الله عنه
Erti : Seorang penghijrah itu adalah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang telah dilarang oleh Allah swt ( Riwayat Al-Bukhari)
Asal hadis ini disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w kepada kaum Muhajirin agar mereka tidak silap faham akan erti ‘Hijrah' hanyalah terhad kepada perpindahan dari Mekah ke Madinah, tetapi lebih jauh dari itu adalah meninggalkan segala maksiat kepada ketaatan. (Awnul Ma'bud, no 2481, hlm 128 )
Kaitan dengan isu lompat parti adalah, jika lompat adalah kepada ketaatan kepada Allah swt ia adalah tergolong dalam muhajir yang dimuliakan Islam.
4) Sebuah hadis :-
إنما نهيتكم من أجل الدافة التي دفت فكلوا وتصدقوا وادخروا
Ertinya : Sabda Baginda : Sesungguhnya aku dahulu melarang kamu dari menyimpan daging qurban disebabkan oleh daffah ( kumpulan pelawat Madinah yang memerlukan makanan), maka sekarang ini (di ketika tiada mereka yang memerlukan), bolehlah kamu makan daging itu, atau sedeqahkannya dan menyimpannya" ( Riwayat Al-Bukhari)
Imam al-Qurtubi menyatakan kedatangan pelawat miskin yang memerlukan makanan di musim raya haji, mereka tiada punyai makanan kecuali mengharap daging sembelihan, maka di waktu ketiadaan keadaan ini, Nabi Muhammad s.a.w membenarkan simpan walaupun melebihi 3 hari. (Al-Jami' li ahkam al-Quran, 12/48 )
Kaitan dengan isu lompat adalah hukum melompat dari parti tertentu kepada yang lain turut mempunyai hukum berbeza, melihat kepada keadaan dan kebaikan parti-parti terbabit. Jelas dari hadis, menunjukkan sasaran Rasulullah s.a.w adalah membantu orang miskin, agihan makanan dengan sempurna dan mendekatkan diri kepada Allah swt.
5) Dan satu lagi hadis adalah : -
فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba datang seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ya ( tiada masalah) ; kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata
Aku tahu mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu) (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, namun hadisnya bertaraf Hasan namun sebahagian ahli hadis mengganggapnya dhoif)
Pengajaran dari hadis ini adalah hukum yang disebut oleh Nabi s.a.w bukannya ‘double standard' tetapi ia adalah bergantung kepada keadaan orang yang bertanya dan Rasul s.a.w sendiri mengajar kita mengapa hukum berbeza, iaitu adakah ia menuju kepada sesuatu yang mendekatkan ketaatan kepada Allah swt dan menjauhkan diri dari maksiat.
Sekali lagi kaitannya dengan isu lompat parti adalah hukum melompat berbeza antara satu parti dengan parti yang lain.
6) Satu kaedah fiqh menyebut :-
لا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان
Erti : Tidak dapat disangkal bahawa beberapa jenis hukum berubah dengan perubahan masa (dan tempat). ( Majallah al-Ahkam Al-Adliyah)
Ibn Qayyim dan Syeikh Dr. Mustafa Az-Zarqa berkata, para ulama mazhab telah sepakat akan kaedah ini dalam hal-hal hukum cabang dan ijtihad, adapun hukum asas dan prinsip umum Islam tidak boleh berubah. ( Ighathah al-Lahfan, 1/330 ; Majalah Al-Muslimun, hlm 553 )
Ibn Qayyim dalam kitabnya ‘ilam al-Muwaqqien menyatakan lima sebab hukum furu' boleh berubah iaitu :-
· Tempat
· Masa
· ‘Uruf
· Situasi atau keadaan
· Niat
Kaedah ini memberikan input kepada kita bahawa hukum lompatan boleh berbeza dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.
ADAKAH YB KHIANAT UNDIAN RAKYAT APABILA MELOMPAT ?
Tidak semestinya. Ini adalah isu yang kerap disebutkan termasuk oleh pelbagai tokoh agama di Malaysia. Bagi saya, ia boleh dilihat dari pelbagai bentuk; tidak boleh dipukul rata.
Ia hanya menjadi khianat dan celaka apabila wakil rakyat ini melompat dari parti yang elok kepada yang tidak elok dan bukan sebaliknya. Mengapa?
Sama seperti kes murtad tadi juga. Ia adalah double standard berasas.
Bagaimana hak rakyat ? Terdapat dua perkara di sini :
Pertama : Wakil Rakyat (YB) adalah wakil kepada rakyat dalam membuat sebarang keputusan yang terbaik untuk rakyat yang diwakilinya. Jika yang terbaik untuk rakyat adalah melompat maka mandat sebagai wakil rakyat (YB) tadi telah cukup untuk sang YB melompat demi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil kepada rakyat dengan lebih berkesan. Para pengundinya patut reda dan rela jika lompatan itu difikirkan oleh YBnya bakal membawa kebaikan buat rakyatnya bukan untuk diri YB.
Kedua : Masalah sistem demokrasi ; Dalam Islam, sistem pemilihan demokrasi itu sendiri terdapat beberapa masalah, antaranya adalah membiarkan pemilihan pemimpin dibuat oleh semua jenis rakyat tanpa mengenal tahap kemampuan mereka dan baik buruk mereka. Ini adakalanya boleh membahayakan kerana jika orang tidak baik lebih ramai dalam kumpulan rakyatnya, maka pastinya orang tidak baik akan sentiasa menang kerana memilih sang tidak baik sebagai YB.
Dalam Islam sistem asal pemilihan adalah majlis ahli al-hal wal al'qad ( kumpulan cerdik pandai, berpengalaman dan bertaqwa). Di zaman Khulafa ar-Rasyidin dahulu mereka digelar Majlis Syura. Majlis ini sepatutnya yang akan menentukan siapa khalifah seterusnya dan ia dianggotai oleh individu terbaik dalam Negara.
Justeru itu, ketika ini kita sedang menggunapakai sistem demokrasi dan dalam masa yang sama cuba membawa cara Islam dalamnya. Atas asas itu, bagi saya adalah DIBENARKAN dan tidak dikira KHIANAT untuk sang YB melompat kepada parti yang lebih baik demi kebaikan rakyatnya.
Dengan anggapan sang YB sepatutnya mempunyai kelayakan lebih baik dari kebanyakan rakyatnya. Namun, sekali lagi diingatkan kebaikan ditimbang atas asas Al-Quran dan As-Sunnah dan bukan atas asas kerakusan nafsu.
Jika kedua-dua parti atau kumpulan, lebih kurang sahaja jauh dari Islamnya, maka pemilihan adalah atas dasar pilihan yang kurang mudarat. Berdasarkan kaedah :
أخف الضررين
Erti : Mengambil yang kurang mudarat.
Tatkala itu, melompat kepada parti yang kurang mudarat adalah tergolong dalam hal ini. Adapun mana satu parti yang kurang mudarat atau lebih mudarat saya serahkan kepada penilaian anda sekalian. Tidak saya bincangkan di sini.
Tidak dinafikan, secara realiti, masalah berlaku kerana rakyat TIDAK LAGI MEMILIH YBnya atas dasar kelayakan tetapi atas dasar parti. Ini menyebabkan terdapat ramai YB yang jauh kurang cerdik dari majoriti rakyat. Ketika itu, anda akan dapati kesukaran kerana YB akan melompat kepada parti yang jauh dari kebaikan. Lalu tatkala itu barulah PENGKHIANATAN boleh diperbincangkan.
KESIMPULAN
Bagi mengelak untuk menulis terlalu panjang dan membosankan pembaca, kesimpulan dari apa yang saya sebutkan di atas adalah :-
Pendapat peribadi saya (bukan fatwa hukum), hukum melompat dan mengajak lompat kepada parti, berbeza dari satu keadaan kepada yang yang lain. Ia seperti berikut :-
1- MELOMPAT DAN MENGAJAK LOMPAT YANG DIBENARKAN
Dibenarkan dalam beberapa keadaan antaranya :-
· Untuk Kebaikan Rakyat : Melompat kerana kepentingan dan kebaikan rakyat, bukan hasil kerakusan mengaut imbuhan untuk diri atau menyelamatkan diri dari tuduhan rasuah atau dakwaan kejahatan yang dilakukan oleh diri sendiri. Lalu kerusi wakil rakyat digadaikan.
· Membawa kepada taat Allah ; Jika menurut fakta, statistik dan pengalaman umum yang jelas bahawa sesebuah gabungan parti itu lebih membawa kepada pelbagai maksiat dan ketidakadilan manakala parti yang lain lagi membawa kepada lebih ketaaatan kepada Allah, lebih kebaikan dan kesaksamaan, maka ‘lompat' boleh menjadi HARUS malah mungkin ada ketikanya ia adalah sunat atau wajib.
· Mengurangkan mudarat ; Jika kedua-dua parti adalah tidak baik, namun demikian satu darinya kurang mudarat dan tidak baiknya. Maka boleh malah wajar untuk lompat kepada yang kurang membawa mudarat untuk diri dan rakyatnya.
· Tiada potensi mudarat lebih besar ; Telah ditinjau potensi bantahan rakyat tidak akan membawa mudarat yang lebih besar. Jika telah dikenalpasti rakyat terdiri dari mereka yang ganas dan boleh mencetus mudarat lebih besar akibat lompat. Maka lompatan wajar dijauhi.
· Pilihanraya korup sepenuhnya atau sebahagian besarnya ; tatkala itu usaha mengajak lompat dibenarkan jika tiada cara untuk menang dalam pilihanraya biasa kerana korupsi amat dahsyat dan rasuah bermahajalela menyebabkan pilihanraya tidak adil sama sekali.
· Pilihanraya dipelopori majoriti pengundi tidak baik ; Melompat dan mengajaknya dibenarkan apabila rakyat dikenalpasti majoriti terdiri dari orang yang sangat cenderung kepada kejahatan dan pastinya akan sentiasa memilih yang tidak baik sebagai wakil mereka. Justeru, bagi menyelamatkan Negara dan kebaikan rakyat sebegini, jemputan dan mengajak lompat adalah dibenarkan.
2- MELOMPAT YANG KHIANAT DAN TIDAK DIBENARKAN.
Dilarang sama sekali apabila :-
· Kerana manfaat diri sendiri ; Melompat kerana mendapatkan imbuhan untuk diri (seperti wang berjuta dan sebagainya) atau menyelamatkan diri dari tuduhan rasuah atau dakwaan kejahatan yang dilakukan oleh diri sendiri. Lalu kerusi wakil rakyat digadaikan.
· Timbul mudarat lebih besar ; seperti pengundi memberontak dan punyai potensi berlaku pertumpahan darah dan sebagainya.
· Pilihanraya semula lebih diredhai oleh semua ; ini dalam keadaan system pilihanraya masih boleh dipercayai dan pengundi bercampur antara yang suka kejahatan dan kebaikan.
· Dari yang baik kepada tidak baik ; melompat dari kumpulan yang baik kepada yang tidak baik dan membawa semakin jauh dari ketaatan Allah.
- Menuruti pandangan kumpulan pengundi tidak baik ; tunduk kepada permintaan pengundi tidak baik sehingga mengabaikan tuntutan pengundi baik dalam kawasannya.
PENUTUP
Akhir sekali, melalui artikel ini saya hanya menjelaskan kaedah atau menyediakan ‘tools' dalam penentuan sikap terhadap isu lompat parti dan ‘double standard' berkenaannya sahaja, keputusan mana satu parti yang lebih membawa manfaat dan kurang mudarat, terpulang kepada anda selaku pembaca untuk menilainya sendiri dari tulisan dan liputan berkenaan ahli-ahli politik semasa.
Adapun dalam isu kerajaan Negeri Perak, saya lebih cenderung bersetuju jika pilihanraya di adakan semula kerana kerajaannya terlalu rapuh dengan jumlah BN dan PR yang sama, dengan 3 orang calon bebas.
Bayangkan, amat kucar kacir dan menarikanya sejarah politik Malaysia jika tiba-tiba ada YB BN tiba-tiba melompat parti pula selepas ini. Menjadikan MB yang baru angkat sumpah terpaksa batal pula, sehingga terpaksa angkat sumpah MB baru lagi, tiba-tiba selepas sebulan, seorang YB dari Pakatan lompat kepada BN pula, maka terpaksa angkat sumpah lagi dan beterusan adegan ‘kartun' ini.
Justeru, bukankah lebih dibubar sahaja..
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
11 Safar 1430 H
7 Feb 2009 M
http://www.zaharuddin.net/content/view/800/72/
lagi..
by Debra Chong
KUALA LUMPUR, Feb 5 — The Perak Sultan’s decision today in asking for the Mentri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin’s resignation and denying consent to dissolve the state assembly has become the subject of legal debate among experts here.
“The problem in Malaysia is that the law is not allowed to take its course,” Abdul Aziz Bari, a law professor at the International Islamic University told The Malaysian Insider this afternoon.
He explained that while it is the Sultan’s “prerogative” to say “Yes” or “No” to a request to dissolve the state assembly and pave the way for fresh elections, the Sultan should not insist on the resignation of his appointed MB until it is clear he no longer holds the majority support of the state’s lawmakers.
“I think the Sultan has made a mistake,” said Abdul Aziz.
He explained the need to clear the disputed status of the three assemblymen for Behrang, Changkat Jering and Jelapang who yesterday announced their support for the Barisan Nasional (BN) coalition after having left the Pakatan Rakyat (PR) coalition to be independents.
Abdul Aziz said the courts must make a decision before a special sitting of the state assembly can be held to table a motion of no-confidence against MB Nizar.
Only then can the Sultan insist on Nizar’s resignation, paving the way for the BN’s takeover of the state government.
Human rights lawyer Malik Imtiaz Sarwar cautiously shared Abdul Aziz’s view.
He observed that the law states the ruler must be convinced the incumbent MB no longer commands the majority support of the state assembly.
But, he added the law was vague on how the ruler is to arrive at that conclusion.
“The Constitution only talks about the lack of confidence and does not talk about how it is to be manifested,” Malik said.
“The central question is whether the Sultan is in a position to be sure that the MB no longer has the confidence of the majority of the House,” he added.
He noted that conventionally, the state assembly can take a vote of no-confidence against Nizar, such as federal Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim attempted in Parliament against Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi late last year.
However, there may be other unconventional methods to convince the Sultan of the lack of confidence in Nizar.
“For example, if a big enough of the majority assemblymen meet him en masse to declare they no longer support the MB and he is convinced.
“In that scenario, the MB has no option but to tender his resignation,” said Malik.
He noted the 31-member delegation of BN and independent assemblymen who met up with Sultan Azlan Shah earlier this morning seems to have effectively convinced the ruler who was previously placed in a very difficult position.
But, Malik noted too that the political events in Perak which have been unfolding in such rapid-fire succession, may have been portrayed incorrectly.
He noted that it was complicated by the PR government asking the Sultan to dissolve the Dewan Undangan Negeri, leading to the messy deadlock between the PR and BN coalitions.
“It could be said there is no situation of no-confidence here because of the dispute over the two seats,” Malik said.
He added that Datuk Seri Najib Razak’s 31-assemblymen march to the Sultan for a show of no confidence against MB Nizar could not be accepted in the current political landscape.
“A vote of no-confidence can only be taken by people who are legitimately entitled to vote, meaning people who are still assemblymen,” he clarified.
“As such, the legal basis of the Sultan’s directive may not be found,” he added.
Malik agreed with Abdul Aziz for the status quo to remain until the courts have decided whether the Behrang and Changkat Jering state seats are vacant in line with the speaker’s order recognising the pre-signed quit letters of their incumbents Jamaluddin Mohd Radzi and Mohd Osman Mohd Jailu respectively.
“If the court decides in favour of the speaker, then everything would have to be unwound,” he remarked.
Likewise in the case of the Election Commission which on Monday denied the speaker’s call for by-elections in Behrang and Changkat Jering, Malik states that the Sultan does not hold the authority to conclude on the validity – or invalidity – of the PR-led state government.
“Keeping in mind that this is not a conventional situation of a no-confidence vote, that this is a crossing over, and that two seats are in dispute, the question whether the Sultan can direct the resignation of the MB or otherwise does not arise because respectfully, he does not have the power to do so,” Malik said.
He is alarmed at the pace at which the police are acting in Ipoh, even moving to surround the state secretariat building and ordering the incumbent government workers out for a BN takeover.
“The law enforcers are now enforcing rules untenable to the law. Where is the authority coming from,” Malik questioned.
He is worried the Perak crisis may point to a bigger crisis for Malaysia next month when DPM Najib is set to succeed Abdullah as Prime Minister after the Umno party elections.
He noted that while the BN may win in reclaiming Perak, it will affect its performance in the long run.
“If the Perak scenario is replayed at the federal level in favour of the Pakatan Rakyat, there is a high possibility of a similar outcome,” said Malik.
http://www.malaysianbar.org.my/legal/general_news/sultans_decision_sparks_debate.html
Perkara 16 (6) Sultan tidak boleh pecat MB.
Perkara 16 (6) hanya memperuntukkan kepada DYMM Tuanku yang boleh melucutkan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri (Exco) bukannya jawatan Menteri Besar.Najib didapati memutar belit dan membaca separuh sahaja dari perkara 16(6).
Menteri Besar menurut fasal itu hanya terlucut jawatan bila dibubarkan DUN dan diadakan piliharaya dan sesudah itu kalau dia menang atau tidak dia dilantik semula menjadi Menteri Besar atau tidak.
Juga terlucut jawatannya bila ada undi tidak percaya dalam Sidang DUN baru terlucut jawatannya.
http://idhamlim.blogspot.com/2009/02/perkara-16-6-sultan-tidak-boleh-pecat.html
Jika Kita Hayati Perjalanan Ini..
Ramai yang meminta saya mengulas tentang perkembangan politik tanahair yang gawat, khususnya di Perak. Saya fikir sudah cukup saya bercakap tentang soal prinsip politik dalam agama, memadailah. Bagi sesiapa yang berminat, sedikit persoalan tentang isu tersebut telah saya coretkan dalam laman web saya, bolehlah merujuk ke sana.
Politik tanpa prinsip dan politik taksub adalah dua bala besar dalam negara kita kini. Biarlah saya tinggalkan politik gawat itu, sambil tersenyum sinis melihat mereka bersendiwara di atas pentas dengan masing-masing mendabik dada berbangga dengan politik mereka. Bak kata al-Quran: (maksudnya)
“Dan sesungguhnya inilah umat kamu, umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu. Kemudian mereka itu berpecah-belah dalam urusan mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap puak berbangga dengan apa yang ada pada mereka. Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa”. (Surah al-Mukminun, ayat 52-54).
Kadang-kala dalam kejenuhan hidup di dunia ini kita perlu sering diingatkan agar balik semula kepada asas insani. Semoga dengannya, jiwa kotor kita dapat diredakan dari taufan kehidupan. Gagal mengingati asas menyebabkan kita hilang kompas dalam kembara hidup. Justeru, mari kita keluar seketika dari kegawatan isu, ketamakan dan kerakusan dunia dengan kembali merenung kepada hakikat hidup.
Walaupun bagi sesetengah orang, perbincangan tentang Hari Akhirat bagaikan kurang ‘standard’, namun mereka tetap tidak boleh menafikan bahawa hidup ini hanya sementara. Mereka tetap akan mati dan kehidupan dunia mereka akan berakhir tanpa tarikh yang dapat diberitahu oleh sesiapa pun.
Sementara, di sana ada kehidupan yang lebih abadi yang sering kita lupai. Justeru, Nabi s.a.w mengingatikan kita tentang kehidupan ini, sabda baginda:
“Aku di dunia ini hanyalah bagaikan seorang penunggang kenderaan yang berehat di bawah sebatang pokok, kemudian pergi meninggalkannya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Demikian kita semua dan dunia ini. Malangnya, hakikat ini sering kita lupa. Kita lupa kita dalam dalam pemusafiran yang sedang menuju ke suatu destinasi. Hari dan waktu yang berlalu saban detik adalah perjalanan yang mengheret kita ke sana, samada kita mahu ataupun tidak. Tiada siapa yang menongkat langit di dunia ini. Tiada makhluk yang kekal. Kata ‘Abdullah bin ‘Umar r.a:
“Rasulullah s.a.w memegang bahuku lalu bersabda: “Jadilah engkau di dunia ini bagaikan orang asing, atau seorang musafir”. (Riwayat al-Bukhari).
Hidup ini menjadi gawat apabila kita terlupa, atau tidak tahu ke mana destinasi akhir yang hendak dituju? Sehingga ke manakah kita mahu perjalanan hidup ini sampai? Di mana kompas perjalanan hidup? Ramai yang tahu apabila ditanya, tetapi sering terlupa apabila diburu urusan dunia.
Lebih malang lagi, di Barat ini ramai yang memang tidak tahu atau tidak beriman dengan destinasi akhir kehidupan. Ramai yang menjadi atheis, dan ramai pula yang masih tertanya-tanya tentang agama. Lalu mereka bertindak dalam hidup ini, seakan dunia tiada Tuhan dan akhirat itu tiada wujud dalam kamus kehidupan.
Kita yang mengaku beriman pun sering terlupa tentang perjalanan ini. Allah mengingatkan kita dalam Surah al-Takathur yang sering kita baca: (maksudnya)
“Telah melalaikan kamu perbuatan berlumba-lumba untuk membanyak-banyakkan (harta benda, kuasa dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk)! Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin. Demi sesungguhnya! kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu, demi sesungguhnya! - kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin. Selain itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari tentang tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!”. (ayat 1-8).
Ya, kita sering dilalaikan oleh politik, kuasa, harta, anak-pinak, persatuan, masyarakat, teman rakan, kerja dan berbagai lagi sehingga kita lupa untuk apa kita lakukan itu semua? Sebagai bekalan perjalanan? Atau sekadar berlumba membanyak atau menguatkan kedudukan dan harta tanpa memperdulikan halal dan haram sehingga menjadi beban perjalanan?.
Maka persaingan hidup membawa kita terlupa pada destinasi akhir yang di sediakan untuk kita hanyalah dua; syurga ataupun neraka. Tiada yang ketiga buatnya. Firman Allah: (maksudnya)
“Adapun sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya, orang yang ringan timbangan amal baiknya, maka tempat kembalinya adalah “Haawiyah”. Dan tahukah kamu apa itu “Haawiyah” itu?. (Ia adalah) api yang panas membakar. (Surah al-Qari’ah, ayat 6-11)
Kita lupa bapa kita Adam asalnya daripada syurga dan kita sepatutnya pulang ke sana. Kita bukan berasal daripada neraka. Al-Quran sering mengulangi kisah Adam, antara hikmahnya, agar kita sering mengingati hakikat ini. Tempat pulang kita adalah syurga yang dilimpahi dengan segala kenikmatan. Sehingga Nabi s.a.w jelaskan tentang keindahan syurga itu, sabda baginda:
“Allah berfirman: “Aku sediakan untuk hamba-hambaKu yang soleh itu apa yang mata tidak pernah melihatnya, telinga tidak pernah mendengarnya (kelunakan bunyiannya), dan tidak pernah terlintas (keindahan itu) dalam jantung hati manusia”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ya, kita patut pulang ke sana. Bukan tersalah jalan akhirnya kita ke neraka. Pohon perlindungan Allah dari itu semua!. Membaca kisah syurga dalam al-Quran dan al-Sunnah menjadikan jiwa kita rindu dan syahdu. Mendidik jiwa agar beriman dengan syurga dan neraka adalah ubat kepada kegawatan dan kerakusan hidup. Mengingati syurga menjadikan luka dan parah yang terkena dalam perjalanan ini amat kecil dan sedikit. Mengingati neraka menjadikan penderitaan atau susah payah hidup dalam mematuhi prinsip yang Allah dan rasulNya perintahkan itu, amat ringan.
Nabi s.a.w menceritakan kepada kita tentang kedahsyatan neraka dan kenikmatan syurga dalam sabdanya:
“Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi orang ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”. Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”. (Riwayat Muslim).
Ya, syurga melupakan kita kepada segala derita dunia, sementara neraka melupakan kita kepada segala kenikmatan dunia.
Jika kita ada kompas ini dalam kehidupan, tentu kita tidak akan terlajak terlalu jauh dalam kesalahan atau penyelewengan. Jiwa dan perasaan kita sentiasa rasa dikawal sehingga kita melihat dunia dengan segala kekerdilannya dan akhirat itu adalah kehidupan sebenar. Maka reda ombak duka, atau kerakusan jiwa.
Saya cuba bertanya diri dan rakan-rakan apabila membahaskan sesuatu perkara ilmu; apakah perbahasan ini membawa ke syurga atau ke neraka? Jika saya boleh bertanya kepada orang-orang politik; pergelutan kalian, cara kalian, bahasa kalian, gelagat kalian, loyar buruk kalian itu semua membawa ke syurga atau neraka?
Ya, mungkin soalan itu dianggap tidak standard lagi oleh kelompok politik era moden ini, termasuk yang dahulunya bercakap Islam, tetapi itulah hakikat perjalanan kehidupan.
http://drmaza.com/home/?p=552
Pandangan Dr Asri Tentang Isu Semasa Di Perak
Jawapan: Banyak sekali email isu pergelutan kuasa politik di Perak dihantar kepada saya. Maaf, saya tidak dapat memberikan jawapan yang mencukupi kerana barangkali maklumat yang meyakinkan saya belum mantap. Saya pada prinsipnya tidak dapat menerima perangai ‘lompat parti’ kerana itu adalah sikap yang tidak telus dan jujur terhadap undi rakyat. Sesiapa mahu tukar parti setelah dipilih, sepatutnya meletak jawatan dan bertanding semula. Serahkan semula amanah tersebut kepada rakyat. Rakyat ketika mengundi meluahkan hasrat mereka, dan itu tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Cuma ada beberapa perkara yang berlegar dalam fikiran saya tentang keadaan Perak;
BEBERAPA penyokong pembangkang bertindak nekad berbaring di tengah jalan sambil memegang bendera menghalang kereta peronda polis yang mengiringi kenderaan Raja Muda Perak di belakang berhampiran Istana Iskandariah, Perak, semalam.
1. Jika perbuatan melompat itu tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak, sepatutnya ketika isu lompat parti pada 16 September 2008 diuar-uarkan sikap yang sama ditunjukkan. Pendirian yang istiqamah atas prinsip itu hendaklah ditunjukkan dalam semua keadaan. Apakah bantahan isu Perak ini memang benar-benar atas prinsip atau semangat kepartian semata?
2. Tokoh agama Perak yang terkenal, Datuk Seri Harussani Zakaria adalah seorang mufti terkenal, juga tokoh kepercayaan PAS sendiri. Beliau mengepalai upacara membaca doa perlantikan MB baru, YB Datuk Dr Zamry. Adakah kemungkinan beliau telah melihat berbagai aspek isu tersebut, terutama dari segi agama. Maka saya kira mungkin orang PAS patut merujuk kepada Sahibus Samahah DS Harussani terlebih dahulu sebelum membantah keputusan Sultan Perak itu di sudut agama terutamanya. Mungkin ada perkara yang beliau lebih maklum, sebagai ‘orang lama’ Perak. Apatahlagi, beliau selama itu amat diyakini oleh orang PAS sendiri.
3. Beberapa pihak menyatakan YB DS Nizar sebenarnya hanyalah ‘boneka DAP’. Saya sendiri diberikan berbagai maklumbalas oleh pihak yang tiada kaitan politik. Kononnya, apa yang dilaksanakan di Perak adalah keputusan mesyuarat exco yang didominasi oleh DAP yang menumpukan kepentingan kepada kaum tertentu. Isu pemberian tanah kepada masyarakat cina umpamanya dibangkitkan. Dakwaan ini bukan sebarangan, sebab pihak Istana Perak sendiri seakan memberi isyarat kerunsingan tentang kedudukan ‘orang Islam’ di Perak. Dakwaan ini perlu dikaji dengan cermat dan teliti tanpa emosi. Apakah benar atau sebaliknya?
4. Dari segi kepentingan umat, tanpa mengira parti, kita perlu menilai; manakah kepimpinan Kerajaan Perak yang lebih bermanfaat dan kurang mudarat kepada umat dan rakyat? Manakah pula yang akan membahayakan masa depan umat? Ini perlu dilihat dengan teliti.
Maka saya dengan ini menangguhkan dahulu mengulas isu pergelutan politik di Perak, sehingga persoalan-persoalan ini jelas kepada saya. Saya sama seperti orang lain, dari jauh sedang memerhati isu ini.
http://drmaza.com/home/?p=550
Pemberontakan Kuasa: Antara Emosi Dan Penilaian Seimbang
Mungkin terdapat perbezaan pendapat antara seorang muslim dengan muslim yang lain. Boleh jadi juga terbukti seorang muslim yang lain melakukan kesilapan dan kesalahan yang menyebabkan hati kita sangat marah kepadanya. Namun walau apa pun, kita tidak diizinkan syarak untuk mengambil tindakan yang merugikan umum, atau membawa kemudaratan atau kemerbahayaan yang lebih besar dibandingkan kesalahan yang dilakukan. Apatah lagi dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang mempunyai kuasa yang boleh memberikan kesan besar terhadap keselamatan negara.
Tokoh agung umat ini Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) menyebut: “Sesungguhnya al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Munkar (Suruhan Melakukan Kebaikan, Cegahan Kemunkaran) sekalipun mengandungi tujuan menghasilkan kemaslahatan dan menolak kerosakan, namun mestilah dilihat jua kepada apa yang akan bertembung dengannya. Jika ia menyebabkan hilangnya kemaslahatan atau membawa kerosakan yang lebih besar, maka ia tidak lagi diperintahkan (oleh syarak untuk kita lakukan). Bahkan ianya menjadi haram sekiranya kerosakannya melebihi kemaslahatannya. Namun ukuran kemaslahatan dan kerosakan hendaklah dengan timbangan syariat” (Ibn Taimiyyah, Majmu’at al-Fatawa, 14/341, Riyadh: Al-Abikan).
Saya dahulunya apabila membaca kata-kata hikmah: “Pemerintah yang adil lebih baik dari hujan yang membawa kebaikan, sementara pemerintah yang zalim lebih baik daripada fitnah yang berterusan” (lihat: Al-Munawi, Faid al-Qadir 1/566), maka saya kurang puas hati dengan bahagian akhir falsafah tersebut. Saya rasa itu tidak meredakan jiwa muda saya. Tentu kata-kata seperti itu tentu lebih tidak dapat diterima oleh para pemberontak politik. Namun apabila saya mempelajari hadis-hadis Nabi s.a.w mengenai adab rakyat terhadap pemerintah, kata-kata seperti itu mungkin ada benarnya.
Apabila saya melihat apa yang berlaku di Algeria yang membawa tumpahan darah umat Islam yang berterusan disebabkan keinginan kepada perubahan politik. Sehingga pembunuhan sesama muslim, bahkan sesama kumpulan yang mendakwa inginkan Islam menjadi begitu berleluasa. Sehingga semangat Islam rakyat luntur dan imej umat hancur. Demikian apa yang sedang berlaku di Iraq. Maka jelas bahawa kehidupan mereka di bawah seorang pemerintah yang zalim seperti Saddam Hussain yang memangsakan perebut kuasanya lebih baik daripada kehidupan baru yang mereka cetuskan yang mana kezaliman dan kekejaman tidak pernah memilih bulu. Akhirnya, saya menulis buku “Membela Islam: Tanggungjawab dan Disiplin” dan juga satu tulisan lain dalam bahasa arab menyentuh isu yang sama hampir dua tahun yang lepas telah dibentang dalam sebuah seminar antarabangsa. Masa itu, saya belum menjadi mufti pun.
Saya ingin menyentuh tajuk ini secara umumnya. Untuk Dunia Islam keseluruhannya. Memang tajuk ini agak sensitif. Namun saya bukan insan kebuluran untuk berbicara bagi kepentingan sesiapa supaya ada habuannya. Jika anda pejuang hak asasi, ini adalah hak saya memberikan pandangan. Dalam hadis Nabi s.a.w, baginda bersabda: “Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat, mereka juga melaknati kamu”. Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?” Jawab baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang penguasa berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut tangan dari ketaatan” (Riwayat Muslim). Dalam riwayat lain, baginda menyebut:: “Akan ada para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar tersebut) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak selagi mana mereka bersolat” (Riwayat Muslim).
Hadis-hadis ini barangkali amat tidak menyelerakan sesetengah pihak. Sehingga ada yang menganggap sesiapa yang membacanya sebagai bacul. Tidaklah saya pasti sama ada mereka menganggap Nabi s.a.w. itu bacul atupun tidak. Bagi mereka, memerangi pemerintah dan sesiapa yang bersama pemerintah yang tidak adil –menurut penilaian mereka- itu adalah jihad yang jika ditumpahkan darah kerananya adalah syahid. Golongan yang bersemangat ini menyebut mereka yang takut untuk keluar menentang pemerintah secara keras sebagai ‘ulama bacul’ atau ‘ceroi’ dalam bahasa utara. Lalu hadis.: “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar- di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim”. (Riwayat Al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah- sahih) diulas sebagai memerangi pemerintah, bukan berpada dengan nasihat atau perkataan yang benar di hadapan pemerintah seperti yang disebutkan dalam hadis tersebut.
Mungkin jika mereka membaca kenyataan para ulama dahulu, lebih layak untuk dituduh bacul dan ceroi. Umpamanya al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) yang menyebut: “Adapun keluar menentang pemerintah itu dan memerangi mereka adalah haram dengan ijmak kaum muslimin sekalipun mereka itu fasik lagi zalim. Telah nyata hadis-hadis yang menyokong apa telah aku sebutkan. Telah sepakat Ahl al-Sunnah bahawa pemerintah tidak dipecat dengan sebab kefasikan…sebab tidak dipecat dan pengharaman keluar menentangnya kerana membawa kepada fitnah, penumpahan darah dan kerosakan yang nyata. Maka dengan itu kerosakan dalam pemecatannya lebih banyak daripada mengekalkannya” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 14/540). Maksudnya, jika usaha menukar pemerintahan itu boleh menyebabkan tumpah darah, atau rosaknya negara sehingga diambil kesempatan oleh orang lain umpamanya, maka tindakan itu adalah haram dengan sepakat para ulama Ahlis Sunnah wal Jamaah.
Perebutan politik dalam Dunia Islam hari ini, jika tidak terkawal boleh membawa kepada campurtangan asing atau membuka kesempatan untuk musuh-musuh Islam menguasai umat. Akhirnya, yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran.
Sesungguhnya Islam yang kita pegang hendaklah terikat dengan nas-nas al-Quran dan Sunah. Kita tidak perlu mengampu sesiapa atau meredakan sesiapa. Dunia Islam hari ini memang ada kecacatannya. Bukan sahaja para pemerintah dunia Islam hari ini sahaja, dahulu pun demikian. Melainkan pada zaman-zaman beberapa khalifah yang kegemilangan. Sejarah penumpahan darah kerana keinginan kuasa juga bukan sedikit. Kalau hendak dicari pemerintah yang maksum memang kita tidak berjumpa. Jika setiap kecacatan pemerintah maka balasannya dia ditumbangkan sekalipun dengan mengorbankan keselamatan masa depan umat, maka tidak ada kerajaan yang aman dalam Dunia Islam. Kemunduran dan pergolakan akan terus menguasai keadaan. Kita mungkin ingin mencuba sesuatu yang belum kita tahu, tapi pastikan jangan sampai kita menjemput padah yang tidak sudah dan luka yang lebih parah. Melainkan apabila kita benar-benar yakin bahawa kewujudan kuasa pemerintah itu jauh lebih merbahaya daripada ancaman masa depan yang akan dipertaruhkan.
Sebab itu dalam hadis daripada ‘Ubadah bin Samit, katanya: Nabi s.a.w. telah memanggil kami, maka berbai‘ah (berjanji setia) dengannya. Baginda perintah kami berjanji setia untuk dengar dan taat (kepada pemerintah) pada perkara yang kami suka dan kami benci, dalam keadaan kami senang dan susah, juga ketika pemimpin lebih mementingkan diri mereka melebihi kami. (Kami juga berjanji setia) tidak akan merebut kuasa dari pemerintah melainkan jika melihat kufr bawah (kufur yang nyata), yang ada bukti dari Allah (kekufuran yang jelas dengan dalil syarak) (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini bukan menyuruh membiarkan pemerintah bermaharaja lela, tetapi menyuruh kita menilai kesan terhadap sesuatu pemberontakan kuasa. Maka dalam usaha membaiki keadaan, umat Islam tidak boleh melakukan sesuatu yang membawa kerugian yang lebih besar.
Ketamakan politik jika telah memenuhi nafsu diri seseorang boleh menyebabkan dia melupai segala. Ia boleh membutakan mata terhadap kepentingan umat dan masa depan negara. Maka tidak hairanlah jika ada orang muslim yang berpakat dengan bukan muslim untuk menjatuhkan pemerintah muslim. Sedangkan dia sendiri pun tidak dapat memberi jaminan apakah yang akan terjadi seterusnya setelah mereka yang bukan muslim menumpaskan negara muslimnya. Demi sesungguhnya saya tidak pernah takut dengan kuasa pemerintah. Saya tidak berkeinginan mengampu mereka. Telah pun saya selar secara umum perbuatan yang merugikan rakyat. Namun saya sedang bercakap tentang nas-nas Nabi s.a.w dan kemaslahatan masa depan umat ini yang menjadi pertimbangan utama.
Saya teringat dengan seorang insan yang bersemangat bercerita tentang kewajipan menumbangkan pemerintah walau apapun risiko kita akan tanggung kemudian, katanya. Jika hendak difikirkan risiko, apa kerja pun tak jadi. Masa depan bukan di tangan kita, itu urusan Allah, tambahnya. Saya yang mengetahui rekod anaknya yang bermasalah berkata: “kenapa tidak dihalau sahaja anak haji itu keluar dari rumah”. Dia jawab: “Tidak bolehlah macam, nanti lebih teruk lagi jadinya. Sebagai bapa saya kenalah berfikir panjang”. Saya kata kepadanya: “Apakah boleh saya anggap haji ini ayah yang penakut? Masa depan bukan urusan kita”. Dia terdiam. Demikianlah kebanyakan manusia selalu memikirkan kepentingan diri, tetapi tidak kepentingan umum.
Sehingga ada yang menganggap apabila kita benci kepada pemerintah yang muslim, kita tidak boleh menolong mereka atau taat dalam setiap arahan mereka. Padahal para ulama Islam menyatakan jika pemerintah muslim meminta rakyat berjihad bersamanya menghadapi kuffar maka wajib mereka mentaatinya tanpa perlu melihat kepada peribadi pemerintah samada dia seorang yang adil atau zalim. Ini kerana, persoalan menentang musuh-musuh Allah demi mempertahankan agama atau tanahair kaum muslimin adalah kewajipan yang tidak terhenti atau terbatal hanya disebabkan tidak puas hati rakyat kepada pemerintah. Demikian juga apabila pemerintah mengajak kepada sesuatu kebaikan maka tidak perlu dipertikaikan keperibadiannya dalam mentaati perkara yang baik. Inilah yang diingatkan oleh para ulama sejak dahulu lagi iaitu; umat wajib mentaati pemerintah yang muslim dalam persoalan kebaikan dan kebajikan.
Kata al-Khattabi (meninggal 388H): “Sesungguhnya jihad itu wajib sekalipun bersama dengan pemerintah yang zalim, sepertimana ia wajib bersama pemerintah yang adil. Kezaliman mereka tidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam persoalan jihad. Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya” (al-Khattabi, Ma‘alim al-Sunan, 2/ 357). Inilah yang diputuskan oleh para ulama Islam. Sebabnya, mempertahankan umat adalah kepentingan umum yang mana kejatuhannya atau kekacauan berterusan dalam negara adalah lebih buruk dari kesalahan seorang pemerintah yang masih muslim.
Mungkin ada yang akan berkata: habis apa peranan kita jika ada kesalahan pemerintah? Diamkan diri sahaja? Biarkan? Demi sesungguhnya tidak pernah saya berkata demikian. Tidaklah pernah ulama Ahlis Sunnah wal Jamaah ini mengajar demikian. Bahkan kita disuruh bercakap benar dan jujur dalam menasihati pemerintah serta bekerjasama dengan mereka dalam urusan kebaikan dan mencegah mereka dari kemunkaran. Malangnya, ramai orang menyalahtafsirkan bercakap benar atau menasihati itu dengan memaki hamun mereka secara peribadi di khalayak ramai. Mencegah dari kemunkaran pula ditafsirkan dengan memberontak menjatuhkan mereka dan mendapat kerusi untuk diri atau kelompok sendiri.
Jika Fir‘aun yang melampaui batas itu, tetap Allah perintahkan Musa dan Harun agar datang menasihatinya dengan cara yang baik, seperti firmanNya (maksudnya) “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lembut, mudah-mudahan dia beringat atau takut”.( Taha: 43-44). Maka apakah wajar kita memaki pemerintah muslim secara terbuka? Tentu mereka tidak lebih jahat daripada Firaun yang Allah perintahkan kedua nabiNya berjumpa secara hadapan dan menasihati dengan lunak.
Hari ini, kebanyakan cercaan ke atas individu penguasa itu bukan sahaja tidak lunak, bahkan tidak secara berhadapan. Bahkan kadang kala makian itu sehingga membabitkan persoalan yang amat diharamkan Allah dan RasulNya. Sehingga ada yang sanggup membokar rahsia peribadi, kaum keluarga dan menghina rupa paras yang Allah ciptakan, padahal tiada kaitan dengan negara sama sekali. Demi Allah, itu semua diharamkan syarak dengan sebenar-benar pengharaman. Apakah itu dinamakan dakwah?. Saya tidak membantah nasihat dalam bentuk yang umum. Namun mencerca maki peribadi dengan harapan mendapatkan kerusi, hendaklah dinilai semula dengan pertimbangan syarak.
Pernah saya katakan: “Wahai anda yang menggunakan nama agama, jika diandaikan ketika anda berceramah sedemikian rupa, baginda s.a.w hadir mendengarnya, apakah baginda akan redha dan mengakui inilah rupa dakwah Islam yang baginda bawa?!. Jika anda menjawab ya! Maka Rasulullah yang anda dakwa itu amat jauh sifatnya dari apa yang tercatat dalam al-Quran dan Sunah.”
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
http://drmaza.com/home/?p=143
belum habis lagi
Boleh jugak rujuk peguampas.blogspot.com Ana paste tulisan Malik Imtiaz takut org ckp ana bias. Perak: A constitutional crisis FEB 6 — Now that the dust is settling, it is becoming clearer what it is that took place in Perak over the last 24 hours. My respectful view is that His Highness may have acted erroneously in directing the resignation of the menteri besar. artikel ini diperolehi dari ruangan komen: http://saifulislam.com/?p=4633 lagi sedikit BERNAMA salah lapor kenyataan Aziz Bari
By Malik Imtiaz Sarwar
As always, it will be useful to consider the objective facts. They are as follows:
His Highness, the Sultan of Perak, granted audiences and in doing so was made to understand that the majority of the members of the Legislative Assembly no longer support the incumbent menteri besar. Of these, three memberships are disputed in view of letters of resignation having been tendered to the speaker. The speaker has taken the position that the letters are valid and as such the three members are no longer members. Further, legal proceedings are being contemplated
excluding the three disputed memberships, both the Pakatan Rakyat and the Barisan Nasional each hold influence over 28 members
28 members have indicated in private to His Highness that they no longer have confidence in the incumbent menteri besar. With the two disputed memberships, this number increases to 31
Crucially, the directive was made in accordance with Article 16(6) of the Perak Constitution. This article provides that where a request for dissolution is made as a consequence of the menteri besar ceasing to command the confidence of the majority of the members of the assembly and His Highness refuses, the incumbent menteri besar must tender the resignation of the Executive Council.
From the above, it is apparent that His Highness considered the situation to be one in which the menteri besar had ceased to command the confidence of the majority of the members. In doing so, His Highness accepted the three disputed members as still being members of the assembly and as such approached the situation on the assumption that the Barisan block outnumbered Pakatan by three instead of one.
It must be borne in mind that:
as noted above, Article 16(6) is specifically directed to a no-confidence scenario, that is the incumbent menteri besar can seek the dissolution of the assembly upon his having ceased to command the confidence of the majority
Article 36(2) however provides more generally that His Highness has the power to dissolve the assembly. It is clear that this provision is aimed at allowing His Highness to dissolve the assembly for other reasons thought to be appropriate
as a matter of law His Highness is empowered to do what is permitted under the Perak Constitution and the Federal Constitution. This is the essence of a constitutional monarchy.
the Perak Constitution does not empower His Highness to dismiss the menteri besar. The manner in which the menteri besar is to be removed from office is as provided for under Article 16(6), through a refusal to dissolve the assembly at the request of the menteri besar when the menteri besar has ceased to command the confidence of the majority of the assembly.
It is apparent that His Highness had moved on the assumption that the request for dissolution was prompted by the menteri besar having ceased to command the confidence of the majority. This may have been based on a misapprehension of the situation and the appeal to the Sultan to dissolve the assembly for reasons other than confidence. If so, then the directive to resign was arguably not tenable.
However, it could be said that all things considered His Highness had come to the conclusion that in any event the menteri besar no longer commanded confidence. In this context, the central question is whether His Highness was empowered to conclude that the incumbent menteri besar no longer commanded the confidence of the assembly without there having been a vote of no confidence.
There is precedent. The Federal Court had in 1966 (Stephen Kalong Ningkan) determined that a similar provision of the Sarawak Constitution required there to be a vote of no confidence taken in the assembly before the chief minister was obliged to resign. The decision was based on several key factors that I believe to be relevant to this discussion. These were:
the Sarawak Constitution did not empower the Governor to dismiss a chief minister
the phrase “confidence of the majority” was a term of art and could be read as implying the need for a vote of confidence or a vote on a major issue. The court took into consideration the fact that the Sarawak Council Negri should, in principle, manage its own affairs
no vote had been taken in the Council Negri and instead the Governor had come to his conclusion based on extraneous matters, particularly confidential letters. The court observed that members expressing a view outside the Council Negri might very well take a different position in it when under the scrutiny of the public. This was of particular significance as out of the 42 members of the Council Negri only 21 had indicated their not supporting the incumbent chief minister.
It could therefore be credibly argued that the Perak Constitution requires the tabling of a vote of confidence in the circumstances. The factors considered by the Federal Court have great significance to the scenario at hand, one as ambiguous as that which the Federal Court was faced with in 1966.
Much will now depend on what the incumbent menteri besar does. In Stephen Kalong Ningkan, the chief minister concerned took it to court and won. The Federal Court declared the Governor as having acted unconstitutionally and the dismissal of the chief minister invalid. Mohamad Nizar could attempt the same course.
It would be regrettable if the situation were forced to escalate to that level. Litigation of that nature, any nature for that matter, will be disruptive at all levels. With the Barisan Nasional moving in already, it seems that there is little choice in the matter. Walking away is simply not an option that the Constitution and the people and democracy will allow for.
In the meanwhile, we will have to buckle in for what has become a full-blown constitutional crisis.
Malik Imtiaz Sarwar is the president of the National Human Rights Society (HAKAM) and a lawyer.
Tarmizi Mohd Jam Mon | Feb 09, 09 | 12:40:32 pm MYT | |||||||
IPOH, 9 Feb (Hrkh) - Bernama telah membuat laporan yang silap mengenai kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari Jumaat lalu. Bagaimanapun beliau mengakui ia mungkin berlaku kerana beliau sendiri tersasul dalam perbualan telefon dengan wartawan dari agensi berita berkenaan.
Aziz berkata beliau tidak bermaksud mencadangkan supaya sultan menarik balik perlantikan jawatan Menteri Besar Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin. Beliau berkata ini tidak boleh dilakukan kerana sultan tidak mempunyai kuasa berbuat demikian di sisi perlembagaan. Profesor undang-undang itu berkata apa yang boleh dilakukan ialah menarik balik perlantikan Dato Dr Zambry Kadir atas alasan salah pertimbangan atau salah kira. "Itu pernah berlaku di Sabah pada 1985 apa TYT Tun Adnan Robert menarik balik perlantikan Tun Datu Mustapha selaku Ketua Menteri Sabah atas alasan beliau ditekan oleh beberapa orang yang menceroboh masuk ke kediaman rasmi beliau", jelas Aziz. Harakah cetak edisi Isnin (Bil1413, 9-12 Februari 2009) memuatkan laporan Bernama mengenai kenyataan Aziz pada halaman N.9 Dalam kes berkenaan Tun Mustapha menyaman Tun Adnan Robert tetapi ditolak oleh mahkamah. Bagaimanapun Aziz menjelaskan soal itu ialah soal teknikal dan apa yang lebih penting di Perak sekarang ialah cadangan beliau untuk menyelesaikan kemelut dan krisis politik yang berterusan. Beliau berkata krisis itu sudah berlanjutan dan perlembagaan tidak menyediakan sebarang peruntukan untuk menanganinya. Aziz berkata menunggu keputusan mahkamah agak lama dan ketika itu ia mungkin terlambat dan keadaan sudah semakin teruk. "Dalam keadaan sekarang sultan mempunyai autoriti untuk mengambil beberapa langkah drastik dan tidak ada siapa pun termasuk mahkamah yang boleh mempersoalkannya", tegas beliau. Aziz berkata di bawah teori undang-undang perlembagaan sultan mempunyai kuasa khas atau kuasa simpanan untuk membubarkan dewan tanpa permintaan dari kerajaan yang ada. Beliau berkata keadaan sekarang kelam kabut dan sultan tidak boleh memberi perintah atau arahan kerana kerajaan tidak bergantung kepada mandat istana. "Bagaimanapun sultan boleh bertindak atas sifat sebagai pelindung atau penjaga negeri dan perlembagaan. Kuasa ini meskipun kontroversial ia boleh digunakan untuk melaksanakan demokrasi. Bagaimanapun ia tidak boleh digunakan untuk kepentingan peribadi sultan. Ia mesti digunakan dalam konteks menjernihkan keadaan dan memulihkan demokrasi". Aziz berpendapat apa yang dilakukan oleh istana Terengganu Mac 2008 lalu sebenarnya adalah kuasa khas atau kuasa simpanan. Ini kerana, katanya, perlantikan itu tidak mengikut peruntukan biasa yang menangani isu perlantikan. Ketika itu Umno, yang memiliki majoriti dalam DUN Terengganu, mahukan Dato' Seri Idris Jusoh yang bagaimanapun ditolak oleh istana. Apa yang menarik ialah perlantikan itu disenangi oleh rakyat. Di Perak sultan boleh menggunakan pertimbangan yang sama untuk membubarkan dewan bagi membolehkan pilihan raya. Jika dilihat kepada reaksi rakyat dan beberapa pungutan suara jelas rakyat mahukan dewan dibubarkan. Aziz berkata cara sultan melantik Zambry sebenarnya betul di dalam keadaan yang biasa. Dan itulah yang dilakukan oleh Sultan Selangor, Raja Perlis dan Raja Nazrin sendiri Mac 2008 lalu. Bagaimanapun, kata Aziz, dalam konteks pergolakan politik di Perak minggu lalu yang merupakan kemuncak kepada beberapa kejadian misteri seperti kehilangan, penculikan dan dakwaan rasuah formula tersebut tidak tepat dan ini jelas kelihatan dalam protes yang meletup selepas Sultan melantik Zambry. Aziz berkata sultan boleh menangguhkan perlantikan tersebut apalagi di dalam keadaan kerajaan yang ada telah pun memfailkan saman mengenai status tiga ADUN yang menjadi misteri itu. "Pendeknya, formula yang dipakai oleh sultan meskipun betul bukanlah merupakan ubat yang sesuai bagi penyakit yang sudah kronik itu. Takkanlah kita nak beri panadol setiap kali kita pening kepala. Mungkin pening kepala itu petanda penyakit lain", ujarnya dan Aziz berpendapat undang-undang perlu ditafsir dalam konteks moden. "Sekarang kita ada emel, blog dan segala macam. Pada 1956 itu semua tidak ada. Dan sebab itulah perlembagaan meletakkan budibicara yang seolah-olah mutlak di tangan Raja. Hari ini dengan teknologi canggih yang ada kita tahu apa yang rakyat mahu dan mereka jelas hendakkan pilihan raya. "Pada saya tidak wajar faktor itu tidak diambilkira. Dan kita jangan lupa Suruhanjaya Reid mengingatkan Raja-Raja supaya meletakkan kepentingan negara dalam soal pembubaran dewan,"katanya. Aziz mengakui memang ada insiden penolakan permintaan pembubaran dewan sebagaimana yang berlaku di Kelantan pada 1977. Tetapi, katanya, tindakan Pemangku Raja ketika itu - Sultan Kelantan sekarang - adalah betul di dalam suasana ketika itu. Prinsip Kelantan tidak boleh digunapakai di Perak dalam senario 2009. Aziz menjelaskan meskipun peruntukan mengenai perlantikan kerajaan dan pembubaran dewan semacam berasingan kedua-duanya harus ditafsir bersama. Jika tidak akan berlaku kekecohan sebagaimana yang wujud di Perak sekarang. Aziz menyebut bahawa dalam satu syarahan di INTAN tahun lalu Raja Nazrin sendiri menegaskan bahawa "Raja-Raja tidak pekak dan bisu". - azm _ |
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19294&Itemid=1
2 comments:
salam..
menarik fakta yang dikupas di sini..
izinkan saya utk linkkan post ini..
terima kasih..
tiada masalah
Post a Comment